Pantai Genting Tumpat Dilanda Ribut, Pengarah APM Negeri Kelantan Jelaskan Kronologi.

Share

Tular video mengenai ribut kencang melanda Pantai Geting Tumpat, Kelantan.

Difahamkan kejadian berlaku petang semalam yang membuatkan ramai panik.

Menerusi facabook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tumpat (APM Tumpat), Mohd Adzhar – Pengarah APM Negeri Kelantan memaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 

Berikut kenyataan yang dinyatakan oleh Mohd Adzhar – Pengarah APM Negeri Kelantan.

Ini kronologi kejadian ribut yang melanda Pantai Genting Tumpat Kelantan.

Laporan Kes Negeri Kelantan

Tarikh : 06/08/22(Sabtu)
Masa : 1900hrs
Tempat : Pantai Geting Tumpat
Jenis Kes : Ribut
Mangsa : Tiada

Kronologi : Kejadian Ribut Pasir dalam lewat petang tadi di Pantai Geting , Tumpat sebagaimana seperti video.

Kejadiaan berlaku dalam semasa anggota Penyelamat Pantai APM Tumpat, sedang bertugas.

Dalam kejadian tersebut semua selamat,tiada kemalangan jiwa berlaku ke atas anggota dan orang awam dilaporkan sehingga kini.

Terdapat kerosakan khemah berhampiran dgn kawasan tersebut.

Keadaan semasa,cuaca baik seperti sediakala.

Sedang mendapatkan maklumat fenomena dari MetMalaysia.

 

 

Semoga kita semua berhati-hati lantaran sekarang cuaca tidak menentu.

Sumber: APM Kelantan

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club