Penyanyi Kumpulan Hujan, Noh Salelh semalam memuat naik satu gambar dalam kapal terbang bersama isteri ke Syria. Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, dia dan Mizz Nina terbang ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua.
Ini bukanlah kali pertama pasangan ini mengikuti misi bantuan tersebut. Malah pasangan ini aktif menjalankan aktiviti amal.
Dalam perkongsian tersebut, Noh berterima kasih kerana diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan.
“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi Ramadan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.
“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.
“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!” Tulisnya.
Ada antara netizen yang sebak dengan kata-kata yang diungkapkan Noh menerusi perkongsian tersebut.
Sumber: IG mohammadnohbinsalleh