
Bila sebut tentang usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau dikenali sebagai DSV selain terkenal sebagai seorang usahawan kosmetik, gelagat lucunya juga menjadikan dirinya sering menjadi perhatian orang ramai.
Baru-baru ini, DSV telah berkongsi kejadian lucu yang berlaku saat mereka sedang bercuti di Sky Water Villas, Semporna, Sabah.
Menerusi perkongsian video di laman Tiktok miliknya itu, Vida seronok menaiki sampan yang didayung oleh seorang lelaki pada waktu malam. Tidak lama kemudian, mereka gagal menyeimbangkan badan sehingga sampan dimasuki air laut!
Pada awalnya Vida dilihat bergelak tawa akhirnya menunjukkan reaksi panik apabila sampan mereka mula karam dan tenggelam dalam air laut.
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata keliru sama ada Vida tengah bergelak atau menjerit ketika itu. Malah, turut menjadi perhatian dan raih pujian apabila anak lelakinya, Kacak terjun menyelamatkan ibunya.
Sumber: TikTok @datoserividaofficial
Kebenaran Murid & Guru Pakai Pakaian Sukan, KPM Prihatin Cuaca Panas!

Bukan hanya memudahkan paling utama memberi keselesaan kepada murid-murid selepas semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas ini.
Pun begitu pertimbangan itu berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
Dalam satu kenyataan semalam, KPM memaklumkan institusi pendidikan juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan berkaitan fenomena cuaca negara yang telah ditetapkan.
“KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca di luar jangka.
“Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Selain itu, pihak berkaitan juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.
Menurut KPM, murid juga digalakkan untuk mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta pihak berkaitan perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
Semua institusi pendidikan KPM juga diminta supaya sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
— BERNAMA & Astro Awani
Bila Suami Hadiahkan Emas, Ini Hak Isteri Yang Ada Padanya. Sila Takenote!

Cukup padat dan jelas kupasan yang diberikan oleh Tuan Haji Ariffin Sabirin ini berkenaan status emas yang dihadiahkan oleh suami.
Jadi bolehlah dibaca untuk info bersama.
APAHAL PULAK SUAMI NAK TUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS YANG TELAH DIHADIAHKAN KEPADA ISTERINYA ?
Soalan ini ditanya kepada saya. Pelik juga bunyinya. Kenapa pulak suami ni bersungguh-sungguh nak menuntut haknya ke atas barang kemas yang pada awalnya dia dah hadiahkan/hibahkan kepada isterinya? Mungkin masa beri barang kemas tu couple ni loving loving tapi sekarang dah hating hating kot. ish ish ish pelik2 orang sekarang ini.
Saya tidak tahu dari mana sumber soalan ini namun saya hanya akan ulas setakat pengetahuan saya sahaja. Mungkin ada pihak lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Kita meraikan pandangan semua pihak kerana isu ini ialah isu khilaf. Tiada jawapan betul atau salah.
SUAMI MEMBERI BARANG KEMAS KEPADA ISTERINYA.
Mengikut urf ( adat ) setempat di Malaysia, apabila suami memberikan barang kemas contoh gelang emas kepada isterinya, ia lebih bersifat ‘hadiah’ atau ‘hibah’.
Suami menghargai segala pengorbanan yang dibuat isterinya sepanjang perkahwinan ( ini hadiah) atau memberi gelang emas itu sebagai tanda kasih sayangnya kepada isteri ( ini hibah). Jadi bergantung kepada niat pemberian itu, ia menjadi hadiah atau hibah. Ke ada juga suami yang beri barang kemas kepada isteri dengan niat gelang emas itu milik bersama ? Tak kot…
Apabila kita memberi hadiah / hibah kepada isteri atau kepada sesiapapun , rasanya tidak wujud langsung sebarang niat dalam hati kita untuk menuntut semula hak kita ke atas hadiah / hibah itu.
Sifat ‘hadiah’ atau ‘hibah’ itu sendiri menunjukkan bahawa kita sebagai pemberinya sudah melepaskan hak kita ke atas barang kemas itu dan penerima hadiah atau penerima hibah itulah yang berhak 100% ke atas barang kemas itu.
Sangat jarang suami memberi gelang emas kepada isteri dengan niat untuk menuntut semula haknya ke atas gelang emas itu selepas isterinya mati atau mereka bercerai.
SUAMI BERI BARANG KEMAS KEPADA ISTERI SEBAGAI MANIFESTASI TANGGUNGJAWABNYA ?
Ada pandangan lain pula mengatakan tanggungjawab suami ialah untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuannya. Jadi apabila dia berkemampuan, dia membeli barang kemas berharga puluhan ribu RM dan menghadiahkan/menghibahkan barang kemas itu kepada isterinya. Itupun menjadi salah satu cara dia menafkahkan isterinya.
APA KEDUDUKAN JIKA SUAMI MEMBERI DUIT KEPADA ISTERI DAN ISTERI MEMBELI BARANG KEMAS MENGGUNAKAN DUIT ITU?
Tindakan suami memberi duit kepada isteri juga boleh jatuh di dalam dua kategori iaitu sama ada hadiah atau hibah. Maka ia adalah milik mutlak isteri. Ini bermakna apabila isteri membeli barang kemas menggunakan duit itu, barang kemas itu juga merupakan milik mutlak isteri.
SO BOLEH TAK SUAMI NAK MENUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS ISTERINYA ?
Tuntutan harta sepencarian boleh dituntut dalam tiga keadaan iaitu iaitu apabila pasangan itu bercerai mati atau bercerai hidup atau apabila suami ingin berpoligami ( sudah berpolligami ).
Dalam kisah ini, suami yang ingin menuntut hak harta sepencarian terhadap barang kemas yang telah dihadiah/dihibahkan kepada isterinya. Ini bermakna tuntutan itu dibuat dalam keadaan sama ada pasangan ini bercerai mati atau bercerai hidup.
Saya merujuk kepada beberapa orang pakar dalam hukum syarak dan undang2 berkaitan harta sepencarian bagi mendapat jawapan kepada soalan yang ‘tricky’ ini.
Pada pandangan peribadi saya ( orang lain mungkin ada pandangan berbeza ), oleh kerana niat pemberian si suami pada asalnya ialah hadiah / hibah, maka agak sukar untuk suami menuntut hak harta sepencarian ke atas barang kemas yang telah diberinya kepada isteri.
Kecualilah jika wujud akad antara pasangan tadi yang mana suami menzahirkan bahawa barang kemas yang dibelinya itu boleh dipakai oleh isteri tetapi ia tetap milik bersama dan isteripun bersetuju dengan akad itu. ( Ada ke ?)
Kalau akad di atas tidak wujud, ia bermakna bila isteri mati, barang kemas itu menjadi harta pusaka yang berhak dituntut waris mengikut hukum faraid. Tetapi jika isteri semasa hidupnya / sebelum bercerai telah menghibahkan barang kemas itu kepada anak-anaknya dan suami yang tahu tentang hibah tersebut tiada apa-apa halangan isteri bertindak begitu, maka dia boleh dianggap telah melepaskan segala haknya ke atas barang kemas itu.
SO ISTERI YANG TERIMA BARANG KEMAS DARI SUAMI CEPAT2LAH HIBAHKAN KEPADA ANAK DAN BUATLAH HIBAH ITU DALAM KEADAAN SUAMI TAHU SUPAYA DIA TAK BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS ITU !
Apapun tiada halangan untuk suami tadi memfailkan tuntutan harta sepencarian ke atas barang kemas itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Dia bolehlah berhujah bahawa niatnya memberikan barang kemas itu bukanlah sebagai hadiah / hibah. Biarlah Mahkamah Syariah memutuskan. Ini hanya pandangan peribadi saya yang mungkin salah.
HEI SI SUAMI …
Awatlah hang ni buruk siku sangat. Kalau dah hadiah / hibah gelang emas tu, dah serah hak kepada isteri sebagai penerima hadiah / hibah tu, maka habislah cerita. Yang hang nak dok tuntut lagi awat ? Loghatlah laki macam ni. Malulah wei….
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).
Sumber : Ariffin Sabirin Official
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
‘Biarlah anak dia..cara dia.” Wanita Kongsi Cara Jaga Baby Newborn Dapat Perhatian Ramai Kerana….

Cara saya jaga newborn. Semua petua orang tua-tua saya langgar. Sebab tu saya tak boleh berpantang di kampung, hehehe… Dari anak sulung sampailah anak kesepuluh ni, saya memang koboi aje jaga baby.
Takde mitten, takde bootie, takde barut, takde bedung. Cuma saya selimutkan sahaja kalau baby sejuk. Mitten, bootie, barut dan bedung tu saya pakaikan kat baby kalau nak keluar rumah aje. Sekadar nak berlakon depan orang, sebab malas nak bersoal jawab.
From day one, baby digalakkan explore dunia. Baby bebas gerakkan tangan dan kaki. Hisaplah jari tu, cakarlah muka tu, no hal. Kaki belajar tendang dan tolak. Berlatih angkat kepala macam kura-kura. Cuba pusing badan kiri kanan.
Nak tidurkan baby, saya tepuk-tepuk aje. Takde buai, takde swing, takde rocking chair, semua tu tak pernah ada di rumah saya. And strictly no pacifier! Ada sebab kenapa puting tu dipanggil “dummy”. Tak gamak saya nak tipu baby sendiri, tak sanggup nak ajar baby bertenang dengan puting kosong.
Saya juga tak ajar berdukung bagai. Letak aje baby atas tilam, pandai-pandailah dia tidur sendiri. Saya cuma selawat, zikir dan nyanyi dari jauh aje. Supaya baby tak rasa takut keseorangan, dia boleh dengar suara orang kat sebelah dia.
Saya selalu bercakap dengan baby. Kalau baby meragam, membebel aje bagi nasihat kat dia. Anggap saja baby boleh faham, hahaha…
Ramai orang heran, anak-anak saya sangat mudah dijaga, dari baby sampai ke besar. Anak-anak saya tak reti meragam, tak reti tantrum, tak banyak songeh, senang suruh tidur, takde menangis tak tentu pasal dan sangat jarang sakit.
Saya percaya bahawa setiap insan belajar sejak hari pertama dilahirkan. So dari hari pertama lagi kita dah kena start ajar baby.
Ramai ibu bapa terlalu manjakan newborn sebab katanya nak wujudkan bonding dengan baby. Saya percaya proses bonding tak semestinya bermaksud overly attached. Baby perlu diajar berdikari, but at the same time dia tahu yang ibunya ada di sisi.
Sumber : Asiah Abd Jalil
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club