Malang tidak berbau… Demikian yang berlaku pada keluarga ini apabila dikejar Monyet liar. Insiden tersebut menyebabkan anak kecil tercedera dan dibawa je hospital untuk mendapatkan rawatan.
Perkongsian puan Norazimah Bunihan ini dimuatnaik menerusi laman Facebook nya dan mendapat respond ramai.
KAMI DISERANG MONYET LIAR !
8/11/2021
5.52pm
Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.
Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh.
Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.
Banyak monyet liar disini
Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi.
Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?”
Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.
Bawa bayi yang ada sawan dan cedera
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu.
Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.
Tak ingat nombor ic bayi
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa.
Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya.
Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.
Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman.
Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort.
Pihak hotel ambil berat & tak lepas tangan
Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy.
Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran. Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.
Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.
Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu.
Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, atleast sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.
Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan.
Ikhlas,
Pengunjung 2105
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club