Panggilan Telefon Anak Tak Angkat, Rupanya Orang Tua Dah Meninggal 48 Jam Lalu, Jiran Pun Tak Tahu. Moga Jadi Iktibar.

Share

Kematian akan datang dimana pun kita berada tanpa mengenal usia dan waktu. Bagi anak pula tidak pernah bersedia untuk menghadapi hari kematian kedua orang tua. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir ketentuan Allah.

Khabar duka yang dilalui oleh seorang anak setelah panggilan telefon tidak berjawab. rupanya ibu bapanya angkatnya meninggal dunia di ruang tamu kediaman.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Pasir Gudang di Taman Kota Masai, pasangan itu tidak mempunyai anak kandung dan mayat mereka ditemui oleh anak angkat yang berusia 19 tahun selepas pergi ke rumah berkenaan untuk melawat ibu bapa angkatnya kerana panggilan telefon mereka tidak berjawab.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berusia 61 tahun itu disahkan positif Covid-19, manakala suaminya yang berusia 68 tahun pula dipercayai mengalami beberapa komplikasi kesihatan.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pasangan tersebut dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. Si suami dipercayai mempunyai penyakit kronik termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kematiannya berpunca daripada sejarah penyakit yang dihidapinya itu.

“Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas kematiannya.

“Siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Jiran sangka mansa tak keluar rumah sebab patuh SOP.

Lebih menyedihkan jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Esah, 40an tidak menyedari kejadian itu sehinggalah anak angkat mangsa memberitahu ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, kali terakhir bertemu dengan pasangan itu pada minggu lalu dan beberapa hari lalu ada terserempak dengan anak angkatnya itu dan menyapanya serta bertanya khabar ibu bapa angkatnya.

“Mereka pernah beritahu ada sakit kencing manis dan darah tinggi dan hanya jiran perempuan yang sering keluar rumah untuk membeli barang dapur, manakala suaminya hanya di rumah.

“Wanita berkenaan dikenali sebagai Mak Besah memang dikenali ramai kerana pandai berubat dan suaminya dikenali sebagai Pak Bakar.

“Namun sejak minggu lalu memang tidak kelihatan mereka keluar dan saya menjangkakan pasangan itu tidak mahu keluar rumah kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”

Semoga kisah ini menjadi iktibar bersama agar prihatin dan bertanya khabar jiran tertangga terutama jika berjiran dengan warga emas.

Sumber: Harian Metro

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club