
Bayangkan apabila ada orang yang tidak dikenali memanggil pasangan anda sebagai sayang. Tentu hilang sabar dibuatnya.
Namun hakikatnya itulah salah satu teknik pemasaran yang dilakukan oleh sebuah restorang untuk menarik perhatian pelanggan.
Biarpun ia agak janggal bagi sesetengan pelanggan, namun cara itu telah menyebabkan restoran itu mendapat sambutan yang luar biasa.
Gambar Via Tribun Solo
Begitulah perkongsian dari negara seberang yang dilakukan oleh pemilik restoran itu, Sulastri, mencipta inisiatif panggilan sayang selepas mendapat pengalaman ketika merantau ke Kalimantan bersama suaminya.
Ketika di sana, mereka sering membeli sayur dan ketika itu penjual sayur juga selalu memanggil mereka sayang.
“Dari situ, Sulastri mengajak suaminya membuka kedai makan dan menerapkan konsep panggilan sayang kepada pelanggan,” kata Asih yang juga merupakan adik kandung kepada Sulastri.
Pelbagai respon daripada pelangga
Didapati bahawa restoran ini telah mendapat pelbagai respon para pelanggan ketika dipanggil sayang adalah berbeza. Ada yang gembira, senyum, tertawa dan bahkan sehingga membuatkan raut wajah pasangan kekasih kelihatan sensitif. Namun, tidak pernah ada yang marah.
“Memang terkadang kalau pasangan kekasih ke sini, ada sebahagian wanita yang kurang senang. Tetapi kami jelaskan bahawa semua pelanggan kami panggil sayang, tidak kira lah kanak-kanak, remaja, ibu bapa hingga ke datuk dan nenek,” ujar Asih.
Sumber: Suarasurakarta
“Kalau Orang Kata Dia Tak Baik Saya Sakit Juga, Nama Pun Ibu Kan.” Luahan Bonda Aliff Syukri Buat Netizen Terharu & Sebak!

Ibu mana yang sanggup mendengar atau melihat anak sendiri dikecam. Biar mungkin si ibu tidak bersetuju dengan tindakan si anak, namun nun jauh di sudut hatinya pasti terselit rasa sedih mendengar dan membaca kecaman yang diterima si anak.
Demikilah juga dengan Bonda Rozita bila mana anaknya Dato’ Seri Aliff Syukri menerima kecaman demi kecaman dek perbuatannya baik ketika memuat naik menerusi laman sosialnya mahupun di hadapan khalayak ramai.
Menerusi satu posting, Bonda Rozita mengakui selalu menasihati perbuatan anaknya itu.
Saya sakit juga kalau orang kata dia
“Kalau org kata dia tak baik..Saya sakit juga..anak kan..!! Hepi sangat hari ni dia datang kasi tudung sambil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tudung sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak tak ada ganti2 ke..??
.
Pakai tudung biar nampak muda selera gak daddy tengok..kalau tak dah rupa macam mak lampir ” diguraukan saya ni..Saya redho dan maklum saya tua dah..tak marah pun.
Malah, akui Bonda Rozita, biarpun nampak anaknya berperangai sedemikian, namun sebenarnya dia seorang yang prihatin, suka membantu orang lain.
Bab baik dia ni dengan orang miskin dan family dia pemurah hobi memang suka cakap dan melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sangat faham dia
..No point kondem dia ..dia tak rasa apa ..!!
Tambahnya lagi, Dato’ Seri Aliff juga bukan anak jenis yang ambil kisah biarpun tahu ibunya merajuk dek perbuatannya itu.
Anak tak kisah bonda merajuk
“Saya tak boleh follow cara dia bila jumpa saya dah tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dan tak heran pun ..Malah saya carutkan lebih2 lagu si bobo tu..Dia kata sekadar kerja.. tak cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri
.
Jawabnya “Mak ingat saya rapat ke ..tak ada makna lah..Mak kenal saya cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dan hakikatnya dia jenis tak dengar nasihat tak peduli orang ..( dalam family semua sayang dia sebab dia sangat baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun tak leh nak cakap apa dah..tahankan je )
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Sumber: IG bondarozitaibrahim
Besarkan Anak Syurga, Banyak Ujiannya & Ni Perkongsiannya!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun betapa susahnya diri kita menanggung ujian terkadang orang sekeliling hanya pandai berkata-kata sahaja hingga tanpa sedar mengguris perasaan.
Kisah dan pengalaman yang sama juga telah dilalui oleh ibu ini dalam membesarkan anak istimewanya dan kisahnya itu dikongsikan di sini.
Selama 12 tahun, saya begitu yakin cerebral palsi boleh pulih.
17 tahun, kehidupan kami banyak menggembara ke luar negara …cuba mencari penawarnya.
“Kenapa dia? Tak cuba pergi berurut ke, terapi ke?” Ayat wanita yang lalu di hadapan kami ketika di PKNS Bangi itu masih perit diingati.
Saya hanya diam memandang kosong wanita itu tanpa senyuman. Penat baharu pulang dari UK, tidak mahu dibazirkan tenaga menjelaskan padanya.
Dalam hati berdetik juga;
“If only you knew what we have done and went through.”
Tanpa mengenali,
Tapi tahu latar belakang,
Tanpa berfikir sebelum bicaranya,
Seolah dia meletakkan ‘tuduhan’ kami ibubapa yang tidak berusaha!
Sedangkan saat itu, kami baharu sahaja pulang dari UK; meninggalkan kehidupan selesa dan pekerjaan di tanahair.
Itu tuduhan sangat tajam menikam.
Mana ada ibubapa yang tidak berusaha untuk anaknya. Apatahlagi anak seperti Balqis kami.
4 tahun Balqis ke pelbagai terapi di sana.
3 tahun Balqis bersekolah di sana.
Malah menjalani operasi jantung selama 17 jam di hospital terkemuka sana!
“Waaa, best la. Rezeki Balqis kat sana.”
Mulut berbicara dari 1 sudut sahaja, tanpa berfikir panjang agaknya.
Eh, Bukan semudah itu urusannya ya.
Di sebalik tabir dalam proses 4 tahun terapi itu, Saya terpaksa tangguhkan pengajian Masters yang hanya berbaki 2 semester sahaja lagi. Malah berhenti kerja.
Kami hidup dengan elaun pelajar yang rendah di sana.
Belum lagi keadaan fisikal dan jiwa. Raungan kesakitan Balqis menjalani setiap sesi terapinya. Lelah dan demam yang seringkali dihadapinya,
Emosi dan kepenatan tubuh manusia,
Konflik yang timbul dalam keluarga,
Masalah kewangan yang dihadapi, hingga kami suami isteri bergilir waktu bekerja cuci di kampus universiti.
Semua ini datang bersama dalam 1 pakej untuk ‘kesembuhan’ Balqis.
Selepas itu, kami ke US pula. Dengan harapan “pulang nanti Balqis boleh berjalan!”
Lalu, Rumah dan kereta dijual. Kerja ditinggalkan tanpa ada tarikh tetap untuk kembali semula. 6 anak kecil berantakan resah di dalam 17 jam perjalanan udara.
Jelingan tajam mata para penumpang yang menambahkan resah di jiwa.
Kepenatan yang tidak terkata. Belum lagi kisah proses kehidupan baharu dan terapinya di sana pula.
Kami pulang ke tanahair, tetap mengendung Balqis yang sudah di usia awal remaja.
Selama 12 tahun usia Balqis, Saya begitu mudah rasa kecewa dengan diri sendiri, suami malah anak-anak.
Saya mudah stres dengan persekitaran.
Rumahtangga kami mudah goyah bila salah seorang termakan kata-kata pedih yang dilemparkan kepada kami sekeluarga.
Akhirnya,Dengan izin Allah, hanya 8 tahun yang lepas saya temui jawapan pada perjalanan berliku kami keluarga.
Selama usaha kami membawa Balqis ke luar negara mendapatkan ‘kesembuhan’ yang dicari, Saya sekalipun tidak pernah bangun malam memohon dariNYA.
Saya tidak sekalipun pernah menangis ketika sujud mengadu padaNYA.
Saya membuka Al Quran hanya untuk mencari jawapan terus “bagaimana menyembuhkan anak istimewa!”
Ya Rabb
Betapa jahilnya hambaMU ini.
Kita semua perlu sedar….
Harapan seorang ibu mahu anaknya kembali sempurna, semua ibu yang waras akan rasa.
Usaha tanpa reti berputus asa para ibubapa untuk anaknya, itu adalah naluri semulajadi setiap kita.
Namun, yang paling utama;
“Di mana iman kita ketika diujiNYA?”
“Adakah semakin dekat atau jauh dariNYA?”
“Bagaimana kita berusaha ‘menterapikan’ jiwa kita sendiri dalam usaha membantu anak yang dikasihi?”
Kisah-kisah ini, panjang dikongsikan di dalam buku “Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya”
Yang dipendam selama ini, disusun berhati-hati dengan kata-kata penuh makna.
Yang dilalui, diceritakan dengan terperinci dalam setiap kisahnya.
Agar ramai cuba mengerti sebelum menyemburkan kata-kata yang menikam hati ibubapa seperti kami.
Perjalanan rohani kita saat diuji hanya ada 1 ubat mujarabnya…
Berlarilah padaNYA!
Biarlah jiwa tenang dan iman teguh saat diujiNYA.
Meletakkan harapan dan keyakinan pada janjiNYA.
Keputusan akhir bukanlah yang utama dilihatNYA,
Tetapi usaha kita.
Ukurannya bukan di mata manusia, tetapi di sisiNya
Pasti tiada yang sia-sia.
~Ada Syurga Di Bawah Bumbung Rumah Kita~
sumber : Ummu Naufal
Nak Pokok Bunga Asyik Mekar Dan Berbuah Lebat, Lelaki Ini Tunjukan Cara Hasilkan Semburan Penggalak Subur, Guna Tiga Bahan Ni. Memang Menjadi!

Banyak petua nak suburkan tanamam yang dijual di pasaran. Ada juga baja yang dibuat sendiri dengan pelbagai campuran.
Sebagimana perkongsian pendidik ini, menggunakan 3 bahan untuk memastikan tanaman subur seperti ajinamotor, minuman yakult dan telur ayam.
Dengan menggunakan baja secara natural beliau berjaya mendapat hasil tanaman yang merimbun, berbuah lebat dan subur.
Semua ini dipraktikkan di tanaman di sekolah tempat beliau mengajar. Malah beliau memberi tip cara menyiram baja dengan betul.
Ikuti perkongsian ini.
Cara penyediaan baja
Cara buat baja power + mudah + murah daripada barang-barang dapur (baja yakult) hasilnya amat luar biasa.
Bahan utamanya 1 botol yakult + 2 biji telur + 1 sudu teh ajinomoto. Campurkan & goncang sehingga berbuih & peram paling kurang 1 hari. Pati baja tadi boleh dicampur dgn 10 liter air biasa & spray pada daun seminggu sekali.
Cara siram
Spary pada daun SPRAY seminggu sekali. Jangan siram ke tanah@akar. Sesuai utk pokok bunga, buah-buahan dan sayuran.
Lepas cantas kedondong… terus spray baja yakult 5 hari berturut2….
Lepas cantas mulberi terus spray baja yakult 5 hari berturut2… insyAllah akan dpt hasil mcm ni…
Bunga melati@jeliti
Pokok Ati-ati
Bunga 3 bln@ bunga siti zaleha@ bunga siti zubaidah
Bidara Epal….
Limau nipis..
TIP TAMBAHAN:
Hasil tanaman setelah menggunakan semburan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Nor