Dalam usianya memasuki 53 tahun, Ratu irama pop tradisional,  Noraniza Idris  kini sudah bergelar nenek apabila anak sulungnya, Aliff Haiqal sudah menimang cahaya mata perempuan baru-baru ini.

Berita gembira itu dimuat naik menerusi laman Facebook milik penyanyi irama tradisional itu.

Menurut  pelantun lagu Awallah Dondang itu, detik kelahiran cucu yang diberi nama Hannah merupakan hari bersejarah apabila dirinya kini sudah bergelar nenek.

“Panggil Umi Tau, Tak Nak Nanny La. Tua Rasanya.” Noraniza Idris Bergelar Nenek, Anak Sulung Timang Cahaya Mata Pertama!

“Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila di’watikah’ menjadi nanny hari ini.

Menurut Noraniza lagi, kelahiran cucu perempuan itu juga sangat bermakna kerana jatuh pada hari lahir yang sama dengan ayahnya iaitu 23 Mac.

“Sempena hari lahir Aliff. Ada satu hadiah paling istimewa. Tak ternilai dengan wang ringgit. Hadiah kehadiran satu lagi nadi kehidupan yang sangat besar ertinya dalam hidup berumah tangga hari ini.

Belian barangan murah di SINI

“Panggil Umi Tau, Tak Nak Nanny La. Tua Rasanya.” Noraniza Idris Bergelar Nenek, Anak Sulung Timang Cahaya Mata Pertama!

Ads

“InsyaAllah… semoga Allah melindungi kehadirannya ke dunia realistik. Hadiah ini istimewa untuk seluruh seisi keluarga. Buat pertama kali lahir seorang lagi keturunan Noraniza Idris dan Haji Idris..

“Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga… menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama,” katanya.

“Panggil Umi Tau, Tak Nak Nanny La. Tua Rasanya.” Noraniza Idris Bergelar Nenek, Anak Sulung Timang Cahaya Mata Pertama!

Dalam pada itu, Noraniza turut meluahkan mengucapkan terima kasih kepada menantunya iaitu Ezza Nafiesha yang telah menghadiahkan anugerah bermakna dalam keluarga mereka.

“Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa status nanny untuk mama buat pertama kalinya.

Ads

Banyak tawaran menarik. Klik di sini.

“Panggil Umi Tau, Tak Nak Nanny La. Tua Rasanya.” Noraniza Idris Bergelar Nenek, Anak Sulung Timang Cahaya Mata Pertama!

“Semoga baby Hannah terus menjadi anak yang sihat dan solehah. Menjadi mommy yang sangat bijak membahagikan masa antara karier dengan keluarga. Penting sekali jaga hati Aliff bila ada Hannah.

Jangan cemburu jika Aliff beri perhatian pada Hannah tau… Tak sabar nak tengok wajah cucu pertama umi. Panggil Umi tau, tak nak nanny la… tua sungguh rasanya,” ujarnya

Ads

Aliff Haiqal berkahwin dengan Ezza Nafiesha Zakaria pada 22 Disember 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28.

Jom cuci mata DI SINI

Sumber: Noraniza Idris

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI