Menaiki kereta yang bersih pastinya membuatkan kita berasa cukup selesa di sepanjang perjalanan. Bukan bermakna hanya nampak berkilat pada bahagian luaran malah dalaman kereta juga harus diberi keutamaan.
Pun begitu, kebiasaanya kita sering terlupa untuk membersihkan atau mencuci di bahagian penal kereta memandangkan kekotorannya kurang nampak. Bagaimana pun, jika anda cuci bahagian tersebut, ia turut memberi impak nyata agar ruang dalaman kereta terlihat lebih bersih dan nampak baharu.
Istimewanya juga, proses membersihkan panel kereta ini boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur anda. Nak tahu bagaimana? Ayuh ikuti perkongsian Encik Radi ini.
“Hari ni saya nak share tentang penjagaan panel pintu kereta. Mesti ramai yang tak kisah dengan panel pintu sebab tak nampak kotor kan? Ok cuba lihat pada gambar di bawah ni. Ni panel pintu kereta myvi. Panel pvc nya berwarna terang. Kita tak perasan kalau warna tu semakin gelap sebab melekat kotoran.”
Mood nak berjalan-jalan sempena cuti sekolah ini mesti seisi keluarga tak sabar-sabarkan. Jadi apa kata sebelum pergi bercuti tu cuci sekejap panel pintu kereta anda agar nampak bersih dan baharu.
Caranya cukup mudah, guna 2 bahan sahaja!
Bahan-bahan:
Cuka
Baking soda
Cara-caranya :
Langkah 1
Ambil cuka dan baking soda. Campurkan dan letakkan bersama air suam.
Langkah 2
Masukkan dalam botol spray. Lepas tu spray kat panel pvc.
Langkah 3
Layang-layangkan berus lembut, pastu lap dengan kain microfibre.
Langkah 4
Selain panel pintu boleh juga buat cuci dashboard dan apa-apa pvc dalam kereta tu.
Selamat mencuba!
sumber : Radi Apiz