Sebut sahaja tentang cara untuk turunkan berat badan di internet, berlambak tip dan saranan yang diberikan oleh ‘pakcik google’.
Ada yang bagus dan ada pula mencadangkan diet extrim dan tidak kurang juga menyarankan jalan pintas dengan memilih cara mudah iaitu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk cepat nampak kesannya.
Sedar atau tidakt tindakan ini akhirnya akan mengundang padah!
Jadi, apa kata ikut saranan Doktor Hamid Arshat ini untuk cara diet yang lebih selamat dan tidak memudaratkan tubuh badan.
Jom semak perkongsian daripadanya.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN.
Pengalaman saya merawat pesakit -pesakit yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah caragaya hidup khususnya tabiat makan.
Ads
Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi , roti, mee, kuih-kuih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
Cuba amalkan panduan-panduan ini.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
Ads
2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buah. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buah mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .
4. Mulakan makan dengan buah-buah diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum saperti donut, cakes dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
Ads
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang-sekurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’ . Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan konyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buah atau kacang-kacang waktu ketageh nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 – 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
Allah menguji keluarga ini dengan kehadiran seorang anak comel yang mengalami Autism Spectrum Disorders (ASD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD). Sejak umur dua tahun, Muhammad Furqan Dzulkarnain Muhamad Firdausi sudah menghidap penyakit ini.
Furqan juga dikesan ‘Global Development Delay’ diikuti masalah sendi dan tulang kaki kiri selain menghidap jangkitan kuman khusus pada salur darah utama. Sakitnya kronik dan terpaksa merayu meminta bantuan untuk membeli mesin oksigen dan pendakap lutut untuknya memandangkan ibu bapanya tidak mampu.
Ibunya, Siti Asmahul Husnah Maarof, 24 cuma seorang suri rumah sepenuh masa. Suaminya pula hanya seorang pekerja kedai makan dengan pendapatan yang tidak seberapa.
“Sebab itu, anak saya sangat memerlukan mesin oksigen dan pendakap kaki. Tapi saya tidak cukup wang untuk membelinya,” ujar Siti Asmahul Husnah.
Kerana ketidakcukupan wang, ibu ini kuatkan jiwa dan tebalkan muka meminta bantuan orang ramai. Keluarga ini sememangnya benar-benar tidak mampu untuk membeli peralatan perubatan yang Furqan perlukan.
Mahu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) ini saja pun mereka perlu berulang turun naik bas. Selalunya jika ada temu janji dengan pihak hospital berangkatlah dua beranak ini naik bas.
“Saya tak ada kenderaan sendiri. Terpaksalah naik bas ekspres dari Mersing jam 7.15 pagi. Dalam jam 10 baru sampai. Biasanya saya berhenti dekat pusat membeli belah di Tebrau sambung jalan kaki dengan anak ke HSI.
“Balik dari hospital pun macam itulah juga. Kena ambil bas ekspress untuk balik ke Mersing.”
Bila Kesempitan, Cuma Beri Anak Minum Susu Pekat Manis
Bila dah berjalan jauh dan terdedah sebegitu, tentulah ianya tak bagus untuk Furqan. Lagi-lagi, anak istimewanya itu mudah diserang jangkitan kuman dan boleh melarat terkena lelah. Sepatutnya dalam usia nak masuk pra-sekolah ini, Furqan dah boleh ke sekolah.
“Saya dah tanya banyak pusat asuhan, tapi tak ada yang sanggup ambil anak saya. Dia masih pakai lampin pakai buang. Dia juga agak agresif bimbang tak mampu kendalikan Furqan.
“Itu pun saya minta tolong untuk tampung kos tambang pergi Johor (Bahru). Saya juga sudah mohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi ia dalam proses.
“Suami buntu. Kos untuk anak lebih dari kemampuan suami saya. Di mana mahu membeli susu dan lampin pakai buang lagi. Bila tiba kesempitan wang, saya akan beri anak minum susu pekat manis. Anak pula dia tidak boleh terima nasi, cuma boleh makan biskut dan roti sahaja.”
Menurut ibu ini lagi kehidupan mereka sekeluarga sangat mencabar;
“Husna dengan suami kena sentiasa berhati-hati. Terutamanya dalam bab kewangan. Sebulan saja kos untuk anak mencecah RM1000 kadang lebih. Sebab suami sorang saja yang kerja jadi saya kena bijak kawal perbelanjaan.
“Alhamdulillah keluarga banyak bagi sokongan dari belakang. Mereka sering datang melawat Furqan namun dari segi kewangan saya memang tak pernah minta. Saya pun faham. Keluarga bukan dari kalangan yang serba ada. Sama saja macam saya. Masing-masing ada tanggungan. Jadi saya pun tak nak bebankan mereka dengan masalah saya,” terang Siti Asmahul Husnah lagi.
Tengok Wajah Furqan, Air Mata Mengalir Laju
Semestinya hati si ibu sangat sebak apabila anak yang disayangi menderita. Begitu juga yang dilalui Siti Asmahul Husnah.
“Perasaan saya jangan cakap la kak. Bila pandang muka dia. Hati ini rasa macam tersiat. Bila tengok muka dia saja, laju airmata jatuh. Susah nak bendung kak. Hati ibu, takada seoang ibu pun yang nak anak dia sakit.
“Kadang terdetik juga dalam hati, “pergilah nak dari azab tersiksa, ibu yang tengok pun rasa derita”. Tapi Allah dah atur semuanya. Ni ujian untuk saya sekeluarga. Saya percaya takdir Allah. Dia yang memberi sakit, Dia juga yang memberi kesembuhan. Saya percaya anak boleh sembuh,” tambah Siti Asmahul Husnah.
Rayu Bantuan Beli Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut
Selepas muncul di akhbar Sinar Harian baru-baru ini, Siti Asmahul Husnah menerangkan dia menerima panggilan dari pihak Baitulmal.
“Untuk mesin oksigen, selepas keluar dari Akhbar Sinar Harian tempoh hari saya terima panggilan dari pihak Baitulmal. Saya dah ajukan sekali bersama pendakap lutut tersebut. Masih lagi dalam proses, buat masa sekarang ni saya sewa saja dulu mesin oksigen tu. Dengan kadar RM500/per bulan. Kalau kewangan tersekat, saya terpaksa tangguh bayaran dan bawa ke bulan depan,” luah wanita ini.
Reda dengan ketentuan Ilahi, namun Siti Asmahul dan suami akan terus usaha untuk anak kesayangannya. Malah tidak ada apa yang diharapkan selain kesembuhan Furqan.
Sayunya kisah Furqan ini, jika anda mahu menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan ke :
No. akaun : 6-8805730-10
Siti Asmahul Husnah Binti Maarof
Public Bank
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak sihat dan bebas dari penyakit, rumah kenalah bersih dan kemas. Tapi jangan bab habuk dan sampah saja yang diberi perhatian, bab barang-barang dalam rumah juga penting.
Tentu ada yang menghadapi masalah terutama ketika menyapu habuk pada kipas. Habis habuk-habuk berterbangan, jika dibiarkan melekat pula pada barangan lain.
Untuk memudahkan anda mencuci kipas dengan pantas dan mudah tanpa menyebabkan habuk-habuk berterbangan sehingga mengotorkan ruang di dalam rumah, bolehlah cuba tip ini.
1. Masukkan sarung bantal pada bilah kipas. Kemudian, tarik sarung bantal ke bahagian atas dan bawah bilah kipas.
2. Tarik semula kain tersebut dan habuk serta kotoran yang ada akan turut dibersihkan juga.
Bagi memastikan kipas yang dicuci tidak berhabuk kembali dalam tempoh 2 hingga 3 bulan, lakukan tip di bawah ini. Selain mudah, ia juga menjimatkan kerana tidak perlu berbelanja lebih. Selamat mencuba!
3. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.
4. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.
5. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
6. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan adalah amat penting untuk kesihatan ahli keluarga. Ia termasuk aspek pemakanan dan minuman.
Salah satunya perkongsian oleh Dr Suri Roowi yang mengulas bahawa carrot susu bagus untuk kesihatan.
Ikuti perkongsainnya.
KENAPA MINUM ‘CARROT SUSU’ LEBIH BAIK berbanding ‘CARROT O’?
Kajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid
Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan
Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak @ lemak
Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi
Sebaiknya guna susu segar
Tomato juga kaya bahan karotenoid
Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah
Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu
Labu juga kaya karotenoid
Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan
Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun
Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak)
Ini penting utk mendapatkan penyerapan bahan berkhasiat pada tahap optimum dan dapat manfaat kesihatan yang lebih
Selamat mencuba
Sumber: FB DrSuriRoowi
Principal Scientist
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...