Pandemik Lahirkan Pelajar Kompetitif Generasi Baru; “Online Is The Future”

Share

Sebagai ibu bapa tentunya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak, bukan sahaja makan pakai mereka terjaga rapi malah apa yang utama dapat memberikan pelajaran yang sempurna agar dapat menjamin masa depan yang cemerlang buat mereka.

Apatah lagi dengan suasana persekitaran pembelajaran, kini ianya sangat berbeza dengan apa yang telah dilalui oleh anak-anak kita kesan daripada pandemik Covid-19.

Lantaran itu usaha dan pendekatan yang digunakan tidak sama seperti dulu dan ini sekali gus turut memberikan kebimbangan di hati ibu ayah tentang pencapaian pembelajaran anak-anak.

Apatah lagi sekiranya ibu bapa sendiri dapat melihat sepanjang fasa pendemik Covid -19, anak-anak tidak dapat menerima ilmu sepenuhnya dan  tidak mampu menguasai subjek-subjek yang diajar oleh guru-guru.

Nyata, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pandemik ini turut merosakkan perjalanan akademik kebanyakan anak-anak kita. Namun untuk menyalahkan keadaan itu bukan jalan penyelesaiannya!

Berani Mencuba Pembelajaran Online

Dalam pada ada yang merungut melihat pencapaian anak-anak di sekolah yang tidak memuaskan hati, secara kita tidak sedar ada segolongan pelajar yang tidak terjejas prestasinya malahan semakin maju dari segi akademik berbanding rakan seangkatan.

Hal ini tentu sahaja membuatkan ada antara  ibu bapa teruja untuk mengetahui apakah rahsia dan formulanya agar dapat juga dipraktikkan kepada anak-anak mereka agar maju dalam pelajaran.

Seiring dengan dunia digital masa kini, maka jawapannya adalah tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka itu adalah pelajar yang berani mencuba pembelajaran online bersama MCPLUS, yang merupakan pusat tuisyen online terbesar di Malaysia.

Di sini anak-anak akan diajar secara maya oleh barisan guru-guru yang terlatih dan terkenal yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Cikgu-cikgu MCPLUS memang dilatih dan dipantau ketat oleh pengasas MCPLUS untuk menyalurkan ilmu secara lebih menarik dan berkesan yang kena dengan perubahan peraliran zaman.

Diperkasakan  pula dengan sistem yang stabil, MCPLUS terus mengorak langkah kehadapan dengan penyediaan all in one app pendidikan top 5 di Malaysia dan menjalinkan kerjasama rapat dengan Zoom Inc. Untuk memastikan pembelajaran atas talian bukan sekadar satu pilihan kecemasan tetapi adalah pilihan yang terbaik.

Mudah Untuk Semua

Sepanjang penubuhan MCPLUS secara maya sejak PKP 1, MCPLUS telah berjaya menyelamatkan lebih 250,000 pelajar seluruh Malaysia dari ketinggalan akademiknya.

Itu bukanlah jumlah yang mustahil untuk dicapai, memandangkan kelas boleh dijalankan di mana-mana sahaja bahkan tiada isu  pelajar tertinggal kelas sekiranya perlu mengikuti keluarga bercuti dan sebagainya.

Ini kerana di  MCPLUS, pelajar disediakan fungsi REPLAY. Kemudahan ini  disediakan untuk pelajar sekiranya pelajar tersebut ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ini secara tidak langsung turut memberi keselesaan kepada ibu bapa. Kini, kita tidak perlu lagi terkejar-kejar meredah jem untuk menghantar dan mengambil anak ke tempat tuisyen.

Kena Dengan Pelajar Masa Kini

Medium pembelajaran dalam talian dilihat kena dengan pelajar masa kini. Ia bukan sahaja dapat membantu pelajar mendalami ilmu yang dipelajari dengan pendekatan yang lebih menarik  malah setiap pelajar dapat bertukar idea dan berkomunikasi  secara lebih terbuka dan meluas.

Apatah lagi bersama MCPLUS, setiap pelajar akan dibantu oleh guru-guru yang terkenal dan terlatih dengan mengaplikasikan teknologi ipad/tv bagi mempelbagaikan bahan dan menambah pemahaman kepada setiap pelajar yang mengikuti pembelajaran secara maya.

Istimewanya juga setiap guru-guru MCPLUS dilatih untuk memberikan penyampaian yang santai, padat, dan sangat kena dengan jiwa pelajar kini.

Bahkan melancarkan lagi pengurusan di MCPLUS, turut  mempunyai team dedikasi untuk; online support, jadual, nota, sistem pantauan nazir, dan broadcasting yang terurus. Sistem ini membolehkan pelajar hanya perlu menekan “ENTER CLASS” untuk memulakan sesi pembelajaran dengan lancar dan mudah.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Pepatah Melayu ada menyatakan tak kenal maka tak cinta, jadi apa tunggu lagi. Ayuh! Ibu ayah kita kenali lebih dekat MCPLUS dan bertindaklah hari ini dengan mendaftarkan anak-anak menyertai kelas secara PERCUMA selama tiga hari.

Akan ada banyak perkongsian dan info bermanfaat serta memberi pengalaman baharu belajar bersama MCPLUS. Rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja.

Jadi buat yang berminat sila dapatkan info terkini di  website www.mcplus.my atau Instagram mcplus.my sekarang!