Sebagai ibu bapa tentunya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak, bukan sahaja makan pakai mereka terjaga rapi malah apa yang utama dapat memberikan pelajaran yang sempurna agar dapat menjamin masa depan yang cemerlang buat mereka.
Apatah lagi dengan suasana persekitaran pembelajaran, kini ianya sangat berbeza dengan apa yang telah dilalui oleh anak-anak kita kesan daripada pandemik Covid-19.
Lantaran itu usaha dan pendekatan yang digunakan tidak sama seperti dulu dan ini sekali gus turut memberikan kebimbangan di hati ibu ayah tentang pencapaian pembelajaran anak-anak.
Apatah lagi sekiranya ibu bapa sendiri dapat melihat sepanjang fasa pendemik Covid -19, anak-anak tidak dapat menerima ilmu sepenuhnya dan tidak mampu menguasai subjek-subjek yang diajar oleh guru-guru.
Nyata, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pandemik ini turut merosakkan perjalanan akademik kebanyakan anak-anak kita. Namun untuk menyalahkan keadaan itu bukan jalan penyelesaiannya!
Berani Mencuba Pembelajaran Online
Dalam pada ada yang merungut melihat pencapaian anak-anak di sekolah yang tidak memuaskan hati, secara kita tidak sedar ada segolongan pelajar yang tidak terjejas prestasinya malahan semakin maju dari segi akademik berbanding rakan seangkatan.
Hal ini tentu sahaja membuatkan ada antara ibu bapa teruja untuk mengetahui apakah rahsia dan formulanya agar dapat juga dipraktikkan kepada anak-anak mereka agar maju dalam pelajaran.
Seiring dengan dunia digital masa kini, maka jawapannya adalah tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka itu adalah pelajar yang berani mencuba pembelajaran online bersama MCPLUS, yang merupakan pusat tuisyen online terbesar di Malaysia.
Ads
Di sini anak-anak akan diajar secara maya oleh barisan guru-guru yang terlatih dan terkenal yang didatangkan dari seluruh Malaysia. Cikgu-cikgu MCPLUS memang dilatih dan dipantau ketat oleh pengasas MCPLUS untuk menyalurkan ilmu secara lebih menarik dan berkesan yang kena dengan perubahan peraliran zaman.
Diperkasakan pula dengan sistem yang stabil, MCPLUS terus mengorak langkah kehadapan dengan penyediaan all in one app pendidikan top 5 di Malaysia dan menjalinkan kerjasama rapat dengan Zoom Inc. Untuk memastikan pembelajaran atas talian bukan sekadar satu pilihan kecemasan tetapi adalah pilihan yang terbaik.
Mudah Untuk Semua
Sepanjang penubuhan MCPLUS secara maya sejak PKP 1, MCPLUS telah berjaya menyelamatkan lebih 250,000 pelajar seluruh Malaysia dari ketinggalan akademiknya.
Ads
Itu bukanlah jumlah yang mustahil untuk dicapai, memandangkan kelas boleh dijalankan di mana-mana sahaja bahkan tiada isu pelajar tertinggal kelas sekiranya perlu mengikuti keluarga bercuti dan sebagainya.
Ini kerana di MCPLUS, pelajar disediakan fungsi REPLAY. Kemudahan ini disediakan untuk pelajar sekiranya pelajar tersebut ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Ini secara tidak langsung turut memberi keselesaan kepada ibu bapa. Kini, kita tidak perlu lagi terkejar-kejar meredah jem untuk menghantar dan mengambil anak ke tempat tuisyen.
Kena Dengan Pelajar Masa Kini
Medium pembelajaran dalam talian dilihat kena dengan pelajar masa kini. Ia bukan sahaja dapat membantu pelajar mendalami ilmu yang dipelajari dengan pendekatan yang lebih menarik malah setiap pelajar dapat bertukar idea dan berkomunikasi secara lebih terbuka dan meluas.
Apatah lagi bersama MCPLUS, setiap pelajar akan dibantu oleh guru-guru yang terkenal dan terlatih dengan mengaplikasikan teknologi ipad/tv bagi mempelbagaikan bahan dan menambah pemahaman kepada setiap pelajar yang mengikuti pembelajaran secara maya.
Ads
Istimewanya juga setiap guru-guru MCPLUS dilatih untuk memberikan penyampaian yang santai, padat, dan sangat kena dengan jiwa pelajar kini.
Bahkan melancarkan lagi pengurusan di MCPLUS, turut mempunyai team dedikasi untuk; online support, jadual, nota, sistem pantauan nazir, dan broadcasting yang terurus. Sistem ini membolehkan pelajar hanya perlu menekan “ENTER CLASS” untuk memulakan sesi pembelajaran dengan lancar dan mudah.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Pepatah Melayu ada menyatakan tak kenal maka tak cinta, jadi apa tunggu lagi. Ayuh! Ibu ayah kita kenali lebih dekat MCPLUS dan bertindaklah hari ini dengan mendaftarkan anak-anak menyertai kelas secara PERCUMA selama tiga hari.
Akan ada banyak perkongsian dan info bermanfaat serta memberi pengalaman baharu belajar bersama MCPLUS. Rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja.
Jadi buat yang berminat sila dapatkan info terkini di website www.mcplus.my atau Instagram mcplus.my sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usah pandang enteng akan perihal seks kerana ia mampu membuatkan mood down secara tiba-tiba kala di ranjang. Soal kebersihan diri baik anda mahupun pasangan amatlah dititik beratkan. Usah pandang sebelah mata!
Mungkin anda dilihat kemas, kacak, cantik dan bergaya kala ke pejabat, namun semua itu tidak menjamin akan hebatnya anda di ranjang. Ketahui elemen dan aspek mengenai kebersihan diri yang selalunya membantutkan keinginan seks anda.
1. Bau Mulut Kurang Enak
Ini masalah berat! Bau mulut bukan terjadi disebabkan oleh tidak memberus gigi semata-mata sebaliknya ia bagaimana cara anda menjaga kebersihan gigi dan mulut secara keseluruhannya. Masalah kesihatan dalaman anda juga boleh dikaitkan dengan masalah bau mulut yang kurang enak. Cubalah rawat masalah anda ini secepat mungkin supaya pasangan lebih berselera untuk bersama.
2. Masalah Bau Badan
Bau badan bukan masalah picisan yang perlu dilepaskan untuk difikirkan setiap daripada kita. Lelaki terutamanya cukup terdedah dengan masalah ini. Ambil kisah akan masalah ini. Pastikan sebelum bersama pasangan, anda bersihkan badan terlebih dahulu dan pakailah wangi-wangian yang mampu membangkitkan ghairah anda dan pasangan.
Bau badan yang kurang menyenangkan memang membantutkan aura untuk bersama. Pemakanan juga perlu diambil kira untuk memastikan bau badan sentiasa segar.
3. Badan Tidak Bersih
Sesekali sentallah daki-daki yang berkarat di badan supaya lebih licin dan kelihatan lebih bersih. Usah biarkan bahagian ketiak, tengkuk dan celahan kelangkang menjadi gelap dan tidak menaikkan aura untuk anda menjelajah lebih hebat. Apa salahnya anda memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah ini diatasi.
4. Atasi Jerawat
Memang jerawat buat anda rasa tidak yakin untuk berhadapan dengan sesiapa jua. Jika jerawat yang disebabkan oleh peralihan hormon setiap bulan pastinya tidak menjadi soal, sebaliknya berusahalah untuk memulihkan masalah jerawat yang kritikal seperti jerawat dalaman yang sudah bertahun-tahun lamanya. Pastinya ini membuatkan kurangnya keyakinan diri untuk ‘bersama’ dengan pasangan.
5. Jaga Alat Sulit
Kawasan ini harus diberi keutamaan. Bersihkanlah setiap celahannya supaya bersih dan tidak berbau. Potong dan kemaskanlah bulu- buluan di sekitarnya setiap kali mandi, apatah lagi ketika waktu hendak ‘bersama’.
Amalkanlah pembersih alat sulit bersifat herba yang mampu membersihkan kawasan dalaman sekaligus. Jika punya lebihan modal, bersauna dengan herba mampu mengatasi masalah dalaman ini. Berusahalah!
6. Cukur Bulu-Buluan
Siapa kata bulu-buluan tidak punya impak pada penampilan diri dan kebersihan. Cukurlah apa jua jenis bulu secara berkala supaya ternampak lebih kemas dan bersih. Bulu ketiak misalnya, usahlah dibiarkan panjang terutama sekali bagi isteri. Namun suami juga tidak harus mengabaikan masalah ini. Kemaskan!
7. Sental Kaki
Siapa kata kaki tidak memainkan peranan besar dalam hubungan seksual. Sepasang kaki yang runcing, licin dan halus pastinya membuatkan pasangan terpukau dengannya. Jangan dibiarkan kulit kaki kelihatan kering, kusam dan berkeping-keping kerana ini akan membuatkan kurang selera pasangan kala melihatnya. Sentallah hingga bersih dan kenakan sapuan losyen saban hari. Kuku kaki usah dibiarkan panjang. Buruk kelihatannya!
8. Rambut Berbau
Benar rambut yang kita miliki tidaklah secantik selebriti yang mampu ke salun setiap minggu semata-mata untuk merawat dan merapikannya. Benar kekangan kewangan turut mengganggu, namun ada caranya untuk memastikan rambut bersih dan bermaya.
Bersyampulah setiap hari dengan perapi yang sesuai dan kemaskan. Jangan biarkan rambut kusam, tidak bermaya dan berbau dek kerana tidak bersyampu. Jika punya bajet yang lebih, kenakanlah serum khas untuk rambut anda. Cukuplah menampakkan ia sihat, bersih dan berbau harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak Wabak Covid-19 menyerang, pelbagai pihak berjaga-jaga. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara kaedah yang dilaksanakan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak ini.
Dalam masa yang sama, rakyat diminta menjaga kesihatan termasuklah kebersihan diri. Penggunaan topeng muka, Hand sanitizer amat digalakkan.
Bimbang virus itu melekat pada buah-buahan, sayur-sayuran, ada yang merendamnya dalam air sabun bagi membunuh virus tersebut.
Tapi tak semua benda boleh dicuci dengan air sabun terutama bahan makanan kerana penggunaan sabun biasa dilarang kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan.
Saudara Che Azawimie Che Zahari berkongsi tip cara mencuci sayuran dengan menggunakan sabun khas untuk sayur.
Basuh2… Baru segar.
Tetiba ada org pm. Bakpe basuh sayur pakai sabun tu……
Abam pakai sabun mmg khas utk sayur la… Bukan sabun basuh pinggang hok biasa tu..
ni mmg boleh buat basuh sayur… Utk buang2 racun2.. lagi segar sayur tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.