Pandan Karamel Gebu Gebas, Resipi Mudah & Cara Buat Pun Simple!

Share

Menjamu keluarga dengan hidangan kek sebagai pemenis mulut pasti lengkap rasanya jika dihidang Kek Pandan Karamel ini.

Rasanya yang lemak manis dan aroma pandan yang mengharum pasti sahaja membuatkan ramai menggemarinya.

Untuk anda yang ingin mencuba menyediakan menu ini, jom buat dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.


Ini kali kedua buat kek pandan karamel.. Hari first buat tu keras sikit.. Sekarang elok lembut je.. Resipi mudah dan senang sangat cara buat nye.. Jom tengok resipi kat bawah ni

Kek:

*Tepung naik sendiri 2cawan(220g)
*Telur 5biji gred A
*Ovalete 1sudu besar
*Garam 1sudu kecil
*Minyak masak(apa2 brand pun boleh) 1/2 cawan
*Santan kotak 100ml
*Gula kastor 1/2 cawan
*Esen pandan 2sudu kecil
*Pewarna hijau 2sudu kecil

Krim:
*Butter unsalted 250g
*Gula icing 1cawan
*Susu pekat manis 1cawan
*Tambahan pewarna hijau utk deko krim atas*
*Karamel sos(beli siap kat kedai bakery)

Cara buat kek:
1. Ayak tepung bersama garam.

2. Putar telur, gula, ovalete, santan sampai kembang.

3. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit..

4. Masuk kan pewarna hijau dan esen pandan.. putar dalam 15minit.

5. Kemudian masuk kan minyak masak.. Tak perlu putar hanya kaup balik sahaja untuk bagi minyak sebati dengan adunan.

6. Panaskan oven dalam 15minit dahulu.. Kemudian masuk kan adunan.. Bakar suhu 160c api atas bawah selama 45minit..

Cara buat krim:
Putar 250g butter, gula icing dan susu pekat sehingga berubah warna dan kembang 2kali ganda..

Deko ikut kreativiti masing-masing.. selamat mencuba

Sumber : Fadillah Rofaee via MAHN