“Pandainya Simpan Rahsia, Wajah Anak Seiras.” Rupanya Ini Anak Pengacara Halim Othman, Warganet Terkejut!

Share

Siapa yang tak kenal dengan penyampai radio dan pengacara, Halim Othman, 56 tahun merupakan seorang pengacara Selamat Pagi Malaysia serta hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.

Namun kehidupan peribadinya tidak ramai yang tahu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai keluarganya.

Bagaimana pun tular di media sosial, gambar dia bersama anak tunggalnya membuatkan peminat terkejut.

Harian Metro melaporkan bahawa anaknya merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27.

Difahamkan anaknya ‘menyorok’ identiti dirinya demi menghormati ayahnya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara.

Bagaimana pun anaknya yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya. Malah, pendedahan ini mendapat keizinan ayahnya terlebih dahulu.

“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.

 “Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah.

 Mirip wajah ayah

Melihat pada sikap ramah Myra, cara percakapan serta raut wajahnya, memang ada iras Halim.

Ujarnya, persamaan itu mungkin kebetulan kerana mereka anak-beranak.

“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.

“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya yang juga tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Wargenet terkejut!

Dalam pada pada, warganet meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu pengacara popular itu telah berkahwin dan mempunyai anak.

Sumber: Harian Metro

 Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz