Gelagat puteri sulung kesayangan pasangan sama cantik sama padan ini sentiasa mencuit hati . Walaupun baru berusia enam bulan, namun Nur Fatima Aisya membuatkan ramai yang geram melihatnya.
Terbaru, dia dilihat bersungguh-sungguh memegang gelas yang mengandungi air sambil diperhatikan oleh daddynya, Fattah Amin.
Kedengaran suara Mummy Fazura ketawa melihat kaletah Fatima yang beria mahu minum air. Cukup comel dan bersahaja gayanya.
Ads
Dengan penampilannya yang cukup comel mengenakan baju rona merah jambu, Fatima nampak sudah pandai dan teruja mahu minum walaupun air kosong.
Ads
Ads
Jarinya yang montok menambahkan kegeraman sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tular di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.
Hal ini mendapat respon pelbagai pihak dan memetik laporan di Harian Metro difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.
“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.
“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di sini, hari ini.
Idris menjawab dakwaan pelakon berkenaan baru-baru ini, yang mendedahkan sikap buruk bapanya termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dalam reaksi semalam juga bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.
Manakala Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim pula berkata, tindakan pihak yang menemu bual pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun itu bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.
Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan dalam menemu bual kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.
“Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.
“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.
“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.
“Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” katanya lagi.
Pada masa sama, Raj berkata, tindakan pelakon itu mendedahkan berhubung pengalaman pahitnya dikhuatiri memberi kesan jangka panjang termasuk kemurungan dan malu.
Beliau berkata, remaja terbabit sepatutnya mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membuat laporan polis jika benar berdepan gangguan seksual daripada bapanya sendiri.
Petai, jering dan kerdas, makanan tiga beradik ni memang selalu jadi makanan penaik selera. Biarpun mempunyai bau yang kurang enak namun rasanya cukup hebat.
Boleh makan nasi bertambah-tambah jika disajikan dengan menu berasaskan ketiga-tiga bahan ini.
Apa lagi jika dimakan bersama nasi panas. Masyarakat kita terlalu sinonim dengan Sambal Udang Petai, Masak Lemak Petai dan sebagainya sedangkan terlalu banyak resipi yang boleh diolah daripada makanan ini.
Jom kita jadi lebih kreatif di hujung minggu ini. Jadikan menu petai, jering dan kerdas sebagai menu special untuk keluarga. Layan 7 resipi kreatif ini.
GULAI LEMAK KAMBING BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
100gm buah kerdas
1 biji santan
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
2sm kunyit hidup |dikisar
1 batang serai |diketuk
2 helai daun kunyit
Air rebusan daging kambing secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging kambing dengan air secukupnya hingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
3. Titikkan serai dan kacau rata.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan daging kambing bersama air rebusannya, buah kerdas dan juga daun kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tuangkan santan dan kacau sentiasa.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
AYAM BERLADA MASAK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm petai |dihiris nipis
4 biji cili merah |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4. Masukkan petai dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.
ASAM PEDAS DAGING TETEL BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel |dipotong kecil dan direbus hingga empuk
20ml air asam jawa
100gm buah kerdas |dibuang kulitnya
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai |dititik
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
3 sudu makan cili kisar
Daun limau purut secukupnya |untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan sedikit air dan ketuk serai bersama bunga kantan, daun kesum serta daun limau purut.
3. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan daging tetel bersama buah kerdas. Biarkan empuk.
4. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya dan angkat.
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang hingga masak dan ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama sedikit garam.
3. Masukakan kerang rebus dan perahkan jus limau kasturi di atasnya.
4. Gaulkan mesra dan sedia dinikmati.
KALIO LEMAK NANGKA BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
5 biji jering
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
1 batang serai
1 sudu makan cili boh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nangka dengan air secukupnya hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing dan pecah minyaknya.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan nangka bersama jering. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali tuangkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Kacau sentiasa hingga mendidih kemudian angkat.
SAMBAL HIJAU UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
100gm petai
5 biji cili padi |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
Sedikit serbuk kunyit |untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan udang bersama petai dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
JERING AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm jering |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
2 batang serai |dititik
2sm halia |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
2sm lengkuas |dikisar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit |dihiris nipis
2 helai daun limau purut |dicarikkan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai dan cili kisar hingga naik minyaknya.
3. Apabila sudah pecah minyaknya, masukkan gula melaka bersama jering dan juga daun limau purut. Gaulkan hingga sebati selama 10 minit.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak sekejap.
5. Tuangkan santan bersama garam dan juga kerisik.
6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kuahnya pekat.
7. Taburkan hirisan daun kunyit dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kecewanya bila setiap kali kita mengisar cili kering, bijinya masih lagi ada. Akibatnya semua masakan kita seperti rendang, sambal, asam pedas dan sebagainya akan terlihat biji cili yang besar ini.
Bukan sahaja pandangan mata kurang elok, malah kurang sihat untuk dimakan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Noor Fatehah Osman ini. Tips nak asingkan biji cili kering.
Tak payah gunting, Tak payah pegang cili , tangan pun Tak pijar.Selamat mencuba suri2 di dapur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...