“Pandainya Kakak” Nampak Simple Pujian Ni, Tapi Sebenarnya Toksik! Ubah Cara Puji Anak

Share

Selalunya kalau anak membuat sesuatu yang membanggakan, mesti kita kan beri pujian. Betul tak? Contohnya, “Bijaknya kakak!”

Tapi siapa sangka, pujian seperti ini merupakan jenis pujian yang toksik. Seperti yang dikongsikan dari tweet yang dibuat oleh Psikologis Akif Basri, pujian sebegitu boleh menyebabkan anak kurang keyakinan untuk buat silap dan lebih tinggi anxiety.

Melalui perkongsian ilmu dari Puan Wawa Shauqi pula, ayat pujian perlu diubah menjadi lebih diskriptif iaitu menghuraikan usaha yang anak lakukan. Jom baca penjelasan seperti di bawah dengan lebih lanjut.

SEPATUTNYA PERLU DIPUJI PROSES ATAU USAHA ANAK BUAT

Siapa sangka, pujian seperti, “pandainya kakak”, “bijak anak mama ni” boleh jadi pujian yang TOKSIK. Terkejut juga masa awal-awal belajar dulu.

Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni. Kita akan faham kenapa.

PUJIAN SEBEGITU MEMBERI 3 IMPAK NEGATIF TERHADAP MINDSET ANAK

Cara pujian macam dekat atas tu, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa:

1. Pandai itu bakat. Tak pandai tu nasib. Sedangkan tak pandai boleh jadi pandai melalui usaha.

2. Anak lebih concern untuk dilihat pandai. Sampai sanggup menipu atau tindas orang lain.

3. Susah nak mengakui kesilapan.

IA DIGELAR SEBAGAI ‘FIXED MINDSET’

Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.

Anak akan mudah down bila gagal capai sesuatu. Paling tak best, ada yang sanggup tipu/ tiru dalam exam, asalkan skor.

Kalau anak yang bernasib baik pulak, risau-risau akan timbul sifat diva dalam diri. Selalu merasa dirinya lebih baik. Dan tak suka bila kawan lain lebih dari dia.

TUKAR AYAT PUJIAN SEPERTI MENERANGKAN USAHA YANG ANAK LAKUKAN

Cuba tukar pujian tu jadi lebih diskriptif. Kita tak label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita describe USAHA yang anak dah buat.

  • “Asbab dari kakak banyak habiskan masa study sebelum exam, Allah izinkan result exam akak cemerlang macam ni.”
  • “Mama tengok, sejak abang banyam melukis ni, lukisan abang makin kemas. Pilihan warna pun makin cantik.”
  • “Mama tengok, sejak adik kerap bantu mama, makin cekap adik buat kerja. Basuh pinggan akin bersih. Lipat kain makin kemas.”

Pujian-pujian diskriptif ni membentuk ‘growth mindset’ dalam diri anak-anak. Anak yang ada ‘growth mindset’, memahami bahawa:

  • Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.
  • Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.
  • Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi via sirap limau