Selalunya kalau anak membuat sesuatu yang membanggakan, mesti kita kan beri pujian. Betul tak? Contohnya, “Bijaknya kakak!”
Tapi siapa sangka, pujian seperti ini merupakan jenis pujian yang toksik. Seperti yang dikongsikan dari tweet yang dibuat oleh Psikologis Akif Basri, pujian sebegitu boleh menyebabkan anak kurang keyakinan untuk buat silap dan lebih tinggi anxiety.
Melalui perkongsian ilmu dari Puan Wawa Shauqi pula, ayat pujian perlu diubah menjadi lebih diskriptif iaitu menghuraikan usaha yang anak lakukan. Jom baca penjelasan seperti di bawah dengan lebih lanjut.
SEPATUTNYA PERLU DIPUJI PROSES ATAU USAHA ANAK BUAT
Siapa sangka, pujian seperti, “pandainya kakak”, “bijak anak mama ni” boleh jadi pujian yang TOKSIK. Terkejut juga masa awal-awal belajar dulu.
Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni. Kita akan faham kenapa.
Ads
PUJIAN SEBEGITU MEMBERI 3 IMPAK NEGATIF TERHADAP MINDSET ANAK
Cara pujian macam dekat atas tu, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa:
1. Pandai itu bakat. Tak pandai tu nasib. Sedangkan tak pandai boleh jadi pandai melalui usaha.
2. Anak lebih concern untuk dilihat pandai. Sampai sanggup menipu atau tindas orang lain.
Ads
3. Susah nak mengakui kesilapan.
IA DIGELAR SEBAGAI ‘FIXED MINDSET’
Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.
Anak akan mudah down bila gagal capai sesuatu. Paling tak best, ada yang sanggup tipu/ tiru dalam exam, asalkan skor.
Kalau anak yang bernasib baik pulak, risau-risau akan timbul sifat diva dalam diri. Selalu merasa dirinya lebih baik. Dan tak suka bila kawan lain lebih dari dia.
Ads
TUKAR AYAT PUJIAN SEPERTI MENERANGKAN USAHA YANG ANAK LAKUKAN
Cuba tukar pujian tu jadi lebih diskriptif. Kita tak label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita describe USAHA yang anak dah buat.
“Asbab dari kakak banyak habiskan masa study sebelum exam, Allah izinkan result exam akak cemerlang macam ni.”
“Mama tengok, sejak abang banyam melukis ni, lukisan abang makin kemas. Pilihan warna pun makin cantik.”
“Mama tengok, sejak adik kerap bantu mama, makin cekap adik buat kerja. Basuh pinggan akin bersih. Lipat kain makin kemas.”
Pujian-pujian diskriptif ni membentuk ‘growth mindset’ dalam diri anak-anak. Anak yang ada ‘growth mindset’, memahami bahawa:
Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.
Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.
Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain.
Ramai ibubapa tidak dapat lari dari menghadapi masalah anak membuang air kecil pada waktu malam lebih-lebih lagi pada usia mereka 3-5 tahun.
Malah ada di antara mereka yang masih lagi gagal untuk menahan kencing dah terlepas di tilam tanpa disedari walaupun usia sudah menjejaki 6 – 7 tahun.
Sudah! Anda tidak perlu risau lagi. Mari cuba petua ini.
PETUA PERTAMA
Cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.
Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air pada perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.
PETUA KEDUA
Dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas satu sudu kecil madu lebah dan suruh anak kecil minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan anak kecil akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak kawal.
PETUA KETIGA
Anda juga boleh mengamalkan kombinasi doa-doa ini:
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Mukminun ayat 115-118
3. Doa penahan di bawah ini.
Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkongsi saranan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di instagram miliknya agar memandang serius kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mingkin tidak sesuai.
Ini berikutan ayahnya yang mula mengalami gajala muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19.
“Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi stroke di bahagian yang sensitif di kepala.
“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,”katanya meluahkan rasa di Instagram miliknya semalam (Isnin)
Bercerita lanjut, Mohd Asri berkata ramai juga yang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.
“Kebetulan minggu sebelum itu ada anak seorang sahabat meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga. Beliau sebelum itu sihat. Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci. Mereka hanya kata “lepas vaksin nombor 3, tak pasai pasai dia sakit, lepas tu meninggal”. Mungkin juga ada punca lain,” jelasnya lagi.
Selain itu beliau turut berkongsi cerita mengenai seorang bakal ahli jamaah umrah beliau yang ambil dos penggalak sebagai syarat umrah, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal.
“Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan? Kena kajian pakar.
“Apapun, pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga Allah merahmati kita semua,” pintanya.
Kisah ini agak mencuit hati bila mana sang suami dikatakan ‘kantoi’ dengan isterinya yang terjumpa kasut wanita lain di dalam kereta.
Insiden yang berlaku pada Fairuz Fawzi ini membuatkan dia ‘kecut perut kerana dia tidak tahu milik siapa kasut berkenaan yang tertinggal di dalam keretanya.
Ini mencetuskan situasi kelam kabut tapi kelakar bila mana ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapanya turut memberi respond.
Awalnya tiada yang mengakui sehinggalah akhirnya adik perempuan Fairuz yang baru terbaca perbualan di dalam grup keluarga mengaku kasut itu miliknya.
Kasut ni punca aku tak cukup nafas pagi tadi. Bini tanya kasut siapa aku pun ingat kasut dia. Menggelabah tanya mak tanya semua orang siapa punya kasut. Tenang tenang je adik pompuan aku sorang lagi baru bangun cakap ini kasut dia. Bini gua muka dah tak macam orang dah.
Ingat adik adik perempuan jangan buat abang korang macamni. Silap silap abang korang ke mahkamah pakai songkok dgn spek mata hitam karang.
Kalau tinggal kasut,tudung waima pin tudung sekalipun tolong bagitau!!!!! Fitnah akhir zaman ni seram.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.