Memasuki usia 2 tahun semakin aktif dan cergas, perkembangan kesihatan bidadari kecil kesayangan Malaysia ini dilihat semakin baik sehingga kembali normal seperti bayi lain. Bahkan gelagat dan aksinya juga membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, ibunya memuat naik satu video yang mana Ainul cuba mengikut walidnya menyebut kalimah Allah. Kedengaran suara walidnya meminta anak sulungnya itu mengikut sebutannya itu.
Apa yang membuatkan ramai terharu dan sebak adalah perlakuan Ainul yang dilihat spontan memasukkan jarinya ke dalam alat yang dipasang dilehernya. Lalu mula menyebut apabila kedengaran bunyi ‘Aa’.
sehinggakan berbuih-buih air liur Ainul ketika menyeut kalimah tersebut. Walaupun nampak susah tapi Ainul tetap berusaha. Memang comel dan bijak bidadari kecil kesayangan ramai ini.
Meninjau bahagian komen, rata-rata memuji Ainul yang nampak bersungguh-sungguh untuk menyebut tanpa putus asa.
Rata-rata memuji Ainul anak yang kuat dan mendoakan semoga dia dipermudahkan segala urusan dan membesar dengan sihat dan baik.