
Hari cuti begini, jika tak ke mana-mana apa kata cuba resipi mudah ini untuk hidangan ninum petang anda sekeluarga.
Juadah pemanis mulut yang sejuk dan menyelerakan pastinya menarik selera anak dan suami. Resipi Biskut Tiramisu ini cukup mudah disediakan dan dijamin sedap. Jom cuba!
BISKUT TIRAMISU
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut merie perisa coklat
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Nestum
Serbuk milo
Cara-caranya:
- Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
- Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat. Kemudian tutup api.
- Susun satu lapisan biskut dalam bekas.
- Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk nestum dan milo.
- Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan nestum dan milo. Ulang langkah ini hingga adunan habis.
- Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 – 3 jam dan sedia untuk dihidang ketika berbuka nanti.
Sumber : resipicikguani
7 Beradik Sepakat Buat Tabung Dari Awal Syaaban. Belanja Raya Di Rumah Mak, Semua Beres! Terbaik Idea Ni.

Perkongsian daripada Puan Musleha Mohd Tahrir ini tentang bagaimana dia dan adik beradiknya yang lain sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung, wajar kita praktikkan.
Sekurang-sekurangnya tidaklah membebankan orang tua kita berbelanja sepanjang musim perayaan akan datang.
Jom ikuti perkongsian ini.
Cuti raya hampir tamat. Kebanyakan orang telah pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga kami adik-beradik. Kini tinggal lah Mak Bapak berdua di kampung menjalani kehidupan seharian seperti sebelum nya.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan… hihi…
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Raya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Raya2017kgsaribarupagoh
*Kakak saya kata saya jadi ketua disiplin
Sumber : Musleha Mohd Tahrir
Tampil Berkebaya Serta Berkasut Sukan Di Pusat Penamaan Calon, Nurul Izzah Raih Perhatian

Tampil Berkebaya Serta Berkasut Sukan Di Pusat Penamaan Calon, Nurul Izzah Raih Perhatian
Suasana hari Penamaan Calon mendapat perhatian seluruh negara. Masing-masing tampil dengan cara yang tersendiri termasuk calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.
Apa yang meraih perhatian Nurul Izzah Anwar tampil di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini dengan mengenakan kebaya dan berkasut sukan.
Gaya yang bersahaja dan penuh yakin melangkah membuatkan ramai memuji gaya Naib Presiden PKR ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Elak Bersesak, Semak Awal Pusat Mengundi & Waktu Digalakkan Untuk Pilihan Raya Nanti!
MESTI BACA: Rupanya Dr. Maszlee Malik Belajar Hidup Berdikari Sejak Usia Tahun 13 Tahun. Sungguh Motivasi Kisah Hidupnya
MESTI BACA: Najib & Mahathir, Pasangan Kembar Ni Sering Diusik Bernamakan Dua Tokoh Politik!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sambil melontarkan senyuman, anak sulung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengenakan kebaya berwarna biru ‘turquoise’ dan kain corak batik, sedondon dengan seorang pencadangnya.
Sementelaah, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi lebih 300 penyokong manakala calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan tiba di pusat penamaan calon berkenaan pukul 9.05 pagi.
Muhammad Fawwaz yang berbaju Melayu berwarna biru diiringi lebih 200 penyokong yang melaungkan takbir sebelum bergerak ke dewan utama.
Pada PRU15 kali ini, Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan masing-masing terdiri daripada calon parti BN; PN, PH dan Gerakan Tanah Air (GTA).
Sumber: Utusan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Intan Saleh Kongsi Majlis Pernikahannya Buat Ramai Tumpang Gembira!

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Intan Saleh berkongsi saat manisnya disatukan bersama seorang pemuda bernama Aizam Yahya, 35 tahun di dalam sebuah majlis yang cukup meriah.
Berakhir sudah kesedihan yang ditanggung 3 tahun sebelum ini dalam episod duka perkahwinan terdahulu angkara orang ketiga.
Majlis persandiangannya ini cukup membahagiannya seisi keluarga bahkan netizen juga merasakannya dan tumpang gembira.
Dimajlis tersebut dapat dilihat Intan berarak masuk ke dewan sambil diapit oleh kedua anak lelakinya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. Aura pengantin baru begitu terserlah sekali!
Hanya Sekali Lafaz
Dengan hanya sekali lafaz , kedua-dua mempelai selamat disatukan oleh ayah pengantin perempuan. Dapat dilihat pasangan ini cukup sepadan sama cantik dengan mengenakan busana rona peach.
Jelas kelihatan di saat majlis membatalkan air sembahyang, Intan tidak dapat menahan sebak ketika Aizam menyarungkan cincin di jari manisnya.
Dalam pada itu majlis turut diraikan oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan yang turut berkongsi momen manis pasangan bahagia ini di Intagram masing-masing.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang rasa bahagia dan gembira malah ramai mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kebahagiaan yang dikecapi kini akan kekal hingga ke jannah.
Sumber : @__iiiintan.saleh
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!