Pernah cuba resipi Nasi Sugarbun, bunyi macam unik kan. tapi menu yang satu ini boleh membantu membuka selera anak-anak.
Sedikit warna kuning diletakkan memancing selera anak-anak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Iqtiyani Al-Amin ini.
Bahan-bahan
Beras dibasuh bersih, toskan
Kiub pati ayam (sebab takde chicken stock)
Sosej 2 btg (cincang halus)
Halia
Butter
Minyak bijan 1 sudu makan
Kismis (saya suka kismis dlm nasi, so saya letak byk2) masa sblm nasi tu masak, saya tambah lagi kismis
Garam sebagai perasa
Tumis sosej yang dh dicincang halus dengan butter sampai sosej lembut
Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan
Gaul rata
Masukkan air ikut sukatan macam masak nasi biasa jugak
Masukkan bahan2 lain, 1 kiub pati ayam
Serbuk kunyi (ni mcm terlebih lah) kurangkan lagi dri ni ye. Letak lagi sedikit butter jugak
Sesudu makan minyak bijan
Masukkan kismis & perasakan dgn garam sedikit. Ikut suka korang, kalau tak nak garam pun takpe kot. Gaul sebati semua. Masak mcm masak nasi biasa guna rice cooker. Done!
Sumber: Iqtiyani Al-Amin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club