Siapa yang pernah memancing, mesti tidak akan jumpa ‘jalan keluar’ daripada hobi tersebut. Dek kerana pernah bermain permainan memancing, anak kepada pelakon hebat, Hairul Hazreen iaitu Yusuf Iskandar meminta ayahnya untuk pergi memancing secara nyata.
Dek kerana keinginan anak lelakinya itu, Hairul mengajak Achey untuk menemani mereka. Dalam video yang dimuat naik, Achey menerangkan satu persatu langkah bermula dari memasang umpan sehinggalah cara menarik joran sekiranya umpan mengena.
Yang menarik perhatian dalam video tersebut, cara Achey untuk berkomunikasi dengan yusuf dalam bahasa inggeris dengan mengulang ayat ‘this one this one’.
Malah, video tersebut turut merakamkan detik gembira sebagai bukti Yusuf yang berjaya menangkap ikan yang besar sambil melompat riang.
“@theyusufiskandar bagi tau daddynya, dia nak rasa macam mana memancing nak dpt ikan, Jadi hari ni genap seminggu daddy dia dah opration lutut ACL Inilah video buat kali pertama Yusuf belajar mancing.
Ads
“Thank you @acheykintangkintung layankan anak aku & tq hadiahkan dia satu set rod “lucky” bak kata Yusuf.
“Yusuf inilah video / kenangan first time kamu mancing dalam hidup kamu yg kamu teringin sgt nak try selepas kita berlatih main game Doraemon fishing game je, sampai nak sgt try real fishing” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata merasa lucu melihat kegigihan Achey yang bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Yusuf. Malah, ada juga seakan ‘warning’ pada Yusuf bahawa aktiviti memancing ini bila sekali sudah terpengaruh, tak boleh keluar.
Setelah ramai yang berteka teki dan melemparkan kata-kata negatif kepada bekas isteri, akhirnya penyanyi Bad Indigo menjelaskan tentang punca penceraiannya dengan Ashira.
Memuat naik satu video di laman Istagram miliknya baru-baru ini, dia tidak mahu lagi ada kata-kata negatif atau pun komen melampau yang menghina bekas isterinya.
“Masih ramai lagi yang sangat tak puas hati tentang perpisahan kami kerana tiada terbongkar cerita fasal apa kami berpisah.
“Jadi disebabkan itu Ashira tidak habis-habis dicaci, dimaki, dihentam oleh netizen dalam sosial media.
“Ada yang kata tinggalkan laki sebab dah kudung tangan, kaki dan sebagainya. Apa benda semua ni kalau tak tahu pangkal cerita kenapa nak kena sibuk.
“Kami berpisah bukan salah dia, salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia daripada mula. Saya tak jujur bukan fasal orang ketiga, jangan salah faham.
“Saya tak jujur dengan sakit-sakit yang saya ada yang saya sendiri tak faham. Jadi bila dah bernikah baru saya tahu benda itu.
“Baru saya tahu betapa teruknya sakit itu. Jadi tak adil untuk Ashira sebab tak jujur dengan dia yang saya takut kehilangan dia.
“Saya takut kalau dia tahu saya sakit macam-macam dia tak nak. Itu salah saya sepatutnya saya yakin dan percaya dengan dia.
“Tapi saya sendiri yang jadi selfish masa itu, akhirnya tak menjadi apa pun, last-last kami tetap berpisah juga,” jelas Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji sifatnya yang tampil menceritakan kebenaran tentang hubungan mereka. Malah ada yang mendoakan supaya urusannya dipermudahkan. Ashira turut kelihatan meninggalkan komen di perkongsian tersebut.
Terdahulu, Ashira teruk dikecam netizen gara bergambar dengan seorang lelaki lelaki yang difahamkan sebagai kenalan zaman remajanya. Disebabkan itu juga netizen telah menuduh Ashira sebagai wanita kurang baik kerana meninggalkan Bad yang menanggung sakit keseorangan.
Bad dan Ashira berumah tangga pada 11 Mac 2021 selepas kedua-dua mereka mula rapat ketika bergelar peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Kemudian, mereka disahkan bercerai pada 23 Jun 2022.
Walau susah manapun kita melihat sesorang itu menanggung kesempitan hidup, susah lagi orang yang sedang mengalaminya, ini seperti peribahasa Melayu ada menyebut; Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.
Begitulah kisah hidup seorang nenek berusia 73 tahun ini, sanggup berkorban dengan kudrat yang ada demi membesarkan dua cucunya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak 2008.
Difahamkan dua beradik yang berasal dari Kampung Bunga Emas, Penambang, Kelantan ini hanya dapat menjadikan nenek mereka sebagai tempat menumpang kasih sepertimana memetik berita daripada myMetro.
Muhammad Aftarihan Arnia Mohd Asni, 17, dan adiknya Linafsha Arnia, 16, yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang ketika ini bergantung hidup kepada nenek mereka, Kamariah Mat Ali, 73.
Menurut, Linafsha Arnia, arwah ibunya, Latifah Ismail, meninggal dunia pada 2008 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, manakala arwah bapanya pula, Mohd Asni Hussin meninggal dunia pada 2012 selepas mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan ibu yang menjadi teman hidupnya selama ini.
Gambar Pengubat Rindu
“Ketika arwah ibu meninggal dunia, saya baharu berusia tiga tahun serta masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis dan merayu supaya ibu bangun kerana menganggap ibu sedang ‘tidur’.
“Selepas menginjak usia dewasa, saya mula memahami dan kini hanya gambar ibu yang menjadi tatapan setiap kali mahu meluahkan rasa rindu yang semakin lama semakin menebal,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, hari ini.
Terdahulu dua beradik berkenaan dikunjungi Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria.
“Besarkan kami dengan kudratnya…”
Linafsha Arnia berkata, walaupun kasih sayang ibu dan ayah tiada gantinya, namun perhatian yang diberikan oleh neneknya membuatkan dia dan abangnya melupakan kesedihan bergelar yatim piatu.
“Kini nenek yang menjadi ibu dan ayah kepada saya dan abang apabila menyediakan keperluan harian kami dua beradik termasuk memberi makan dan minum, malah nenek turut berjanji mahu membesarkan kami dengan kudratnya selain tidak akan memisahkan kami adik-beradik walaupun dihimpit kesusahan.
“Saya dan abang bersyukur kerana dikurniakan seorang nenek yang sangat penyayang serta menjaga kebajikan kami selama ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun menumpang kasih sayang.
“Beban nenek menjaga kami dua beradik sedikit ringan apabila saya dan abang masing-masing memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan kami,” katanya.
Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Sementara itu, Kamariah berkata, meskipun kehidupan dia dan dua cucunya tidak semewah orang lain, dia tetap bersyukur.
Katanya, dia juga masih mempunyai kudrat untuk menjaga mereka berdua, walaupun menghidap penyakit kencing manis dan masalah kolestrol,
“Selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal, dua beradik ini seolah-olah mengerti mereka kehilangan segala-galanya ketika usia masih setahun jagung.
“Saya akan menjaga kedua-dua cucu ini bagai menatang minyak yang penuh seperti diamanahkan arwah anak serta menantu walaupun kehidupan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya sambil mengelap air mata hiba.
Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di negara ini, ramai rakyat negara ini mula berkebun di rumah bagi memenuhi masa mereka. Sejak itu, bermacam-macam jenis tanaman di belakang rumah.
Kebanyakannya adalah sayur-sayuran yang mudah ditanam di dalam pasu atau polibag kerana ruang yang sempit dan tidak mempunyai tanah lapang.
Namun ada cabarannya untuk, menanam cili terutama serangga perosak. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara untuk menghalang masalah tanaman ini.
Alhamdulillah.. berbunga hati bila pokok cili dah berbuah n subur. Dh bnyak kali cuba tanam sebelum ni, asyik tak menjadi je. Berbunga, tapi gugur n daun jadi kuning. Selepas sembur dgn Fumakila waterbase waktu petang sekali seminggu, baru la ada buah. Terima kasih yg kongsi petua ni.
Guna penyembur nyamur water base. Saya sembur kat daun n batang pokok yg ada bena. Guna macam sembur nyamuk..