Lain orang lain caranya dalam mendidik anak-anak. Sama juga dalam mengerjakan ibadah puasa, pada peringkat awal dan umur anak-anak masih kecil pelbagai cara ibu bapa melatih anak puasa. Bila mereka dah faham nanti, senang la mereka mengerjakan ibadah tersebut tanpa dipaksa.
Sama juga bagi penyanyi Ayu Damit, dia ada cara yang tersendiri dalam mengajar anak-anaknya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.
Untuk memastikan anak-anaknya berjaya berpuasa penuh pada hari tersebut, dia akan ‘memancing’ merek dengan memperuntukkan ganjaran RM10.
Menurutnya, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata yang semakin membesar, dia mahu melatih anaknya supaya lebih bersemangat menjalani ibadah puasa.
“Tahun ini anak bongsu saya dah mula belajar berpuasa. Jadi untuk support dia, saya berikan ganjaran RM10 untuk satu hari dia berpuasa penuh.
Ads
“Hari pertama puasa Alhamdulillah dia puasa penuh tapi masuk hari kedua mungkin sebab dia bersekolah, dia berpuasa separuh hari sahaja
“Kalau separuh hari, saya bagi separuh untuk dia dan disebabkan dia rasa sikit. jadi dia cuba bersungguh-sungguh untuk terus berpuasa penuh hari-hari berikutnya.
“Saya memang train anak-anak macam itu supaya mereka rasa bersemangat nak berpuasa dan ganjaran’ wang itu saya akan beri pada malam raya nanti,” kata Ayu.
Terdahulu, hasil perkahwinan dengan suami, Syed Fauzi, Ayu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 13, Sharifah Alya Aryana, 10, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia tujuh tahun.
Keluar bersama keluarga dan anak-anak itu merupakan antara detik yang cukup menggembirakan malah menjadi aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Lazimnya melakukan riadah bersama-sama orang tersayang pada waktu yang terluang terdapat banyak perkara boleh kita lakukan. Selain pergi ke taman rekreasi, pergi ke pusat membeli belah untuk ‘cuci mata’ dan sebagainya, anda juga boleh lakukan seperti keluarga Diana Amir ini, bermian ice skating.
Aktiviti ini telah mencuri tumpuan wargamaya apabila Diana Amir selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bermian ice skating sambil ditemani suami dan tiga cahaya matanya iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anak-anaknya.
Apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila Diana yang mengenakan pakaian jubah hitam dan berniqab begitu asyik meluncur ais.
Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan antaranya adalah seperti :
“masyaAllah kak…dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk…wlpn tutup likup tp nmpk sgt indah di mata ❤️ flowy kain tu main peranan 😆😆”
“Eee best nya main ice skating,, kita ni main xpandai asik jatuh gedebuk je.. hahahha”
“terornyaaa, proud muslimah❤️🙌😍”
“Diana amir saya cemburu dengan awak.. Tengok keazaman awak, istiqomah awk menjadi hambar Allah yang taat saya saya cemburu dan kagumi.. Mudahan saya juga Allah bantu beri keazaman serta istiqomah yang sama”
Sumber : Ig Diana Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melatih anak-anak kecil untuk berpuasa bukanlah mudah, dan sebab ini juga ada sebilangan ibu dan ayah membuat tindakan dengan terus memaksa anak-anak untuk berpuasa sehari penuh walaupun mereka sudah seakan tidak larat lagi.
Sungguh, tidak ada salahnya kita mendidik anak sedari kecil sebagaimana kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan kita juga percaya bila anak dapat lakukan berpuasa setiap hari, lama kelamaan ibadah ini tidak membebankannya sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut alah bisa tegal biasa.
Pun begitu, dalam menilai wajar atau tidak tindakan kita itu, ayuh kita fahami perkongsian daripada seorang ustaz yang mengajar anak-anak di pra sekolah. Jom semak.
Saya teringat kepada peristiwa beberapa tahun lepas yang telah berlaku di sekolah kami.
Tamat sahaja kelas prasekolah jam 12.00 tengah hari, keluarlah anak-anak kecil pra kami dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang. Mak dan ayah semua dah tunggu. Dari dalam bilik, boleh dengar riuhnya suara budak-budak kecil ini bertanya kepada kawan masing-masing tentang puasa ke tidak.
Kami yang di dalam pejabat, melayan ajelah dengan melihat dan mendengar jawapan serta gelak ketawa sesama mereka. Sedang kami perhati, lalulah di luar pintu pejabat kami seorang anak prasekolah. Berjalan perlahan dan duduk betul-betul depan pintu pejabat kami.
Muka dia sayu. Nampak macam menangis. Saya buka pintu dan bertanya,
“Kenapa awak ni? Ada orang usik ke?”
Dia menjawab dalam sendu “Nak minum air, nak minum air. Penat”.
Kawan saya, Amirul pun datang menghampiri kami, lalu berkata “Lah minum ajelah. Pergi kat water cooler tu. Ambil air dan minum”.
Budak tadi menjawab lagi “Mak tak kasi. Nanti mak marah. Mak cubit. Mak suruh puasa. Mak tak bagi minum. Tak nak minum. Tapi haus. Nak minum air, nak minum air”.
Kasihan.
Kemudian datanglah kawan-kawan kami yang lain memujuk. Puas pujuk, dia tak nak juga. Akhirnya, kami sepakat bagi dia sebotol air mineral, paksa dia minum.
Saya gunakan nama saya dan bagitahu “Kalau mak tanya atau marah-marah cakap siapa suruh minum air ni, bagitahu mak, Ustaz Wan yang kasi minum”.
Dia pun minumlah air tu. Adalah dalam 2-3 teguk. Tak nak dah. Bimbang sangat dia kalau-kalau maknya tahu.
Inilah yang kita alami sekarang. Mak dan ayah sibuk suruh anak berpuasa. Bangga sangat anak kecil mereka sudah boleh berpuasa penuh dan ada juga yang berbangga anaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja tak berpuasa.
Habis satu kampung dijaja pasal anak kecilnya hebat berpuasa, dimasukkan juga berita tentang anaknya itu ke dalam grup whatsapp minta pujian.
Kalau anak yang tak puasa pula, siaplah diugutnya dengan berkata lebih kurang kalau tak puasa tak dapat beli baju raya, tak dapat duit raya, tak dapat main game dalam telefon dan macam-macam lagilah.
Kawan-kawan,
Sama ada kita mak atau ayah, guru, pengusaha tadika, pengasuh kepada anak-anak kecil ini, pastikanlah kita tak memaksa mereka berpuasa.
Kalau ya pun nak didik dan ajar anak-anak ini berpuasa, tidaklah perlu sampai menyeksa mereka. Tak pasal-pasal pahala yang kita patut dapat berganda di bulan mulia ini, hilang begitu sahaja.
Bagi mak dan ayah, bekalkan anak dengan makanan dan minuman bila dihantar mereka ke sekolah, rumah pengasuh, tadika dan lain-lain tempat yang seumpamanya. Ini kerana memang banyak tempat kita hantar anak tu yang sibuk memaksa anak-anak kita berpuasa. Suruh anak kita puasa, dalam bilik dia ada bau maggi boleh aje kan.
Eh nak termembawang pula.
Anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan itu adalah bonus bagi mereka. Itu pun tetap kita kena tanya dia daya ke tidak untuk berpuasa. Yang tak mampu, yang tidak berpuasa, tiada masalah.
Didik anak dengan solat dahulu. Bila dia jaga solat, pandailah dia jaga semua tu.
Lihat mana keutamaan yang perlu kita buat kepada anak-anak dalam mendidik hal-hal agama kepada mereka.
Dahulu, Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dah sebut pasal ini. Boleh cari dalam Youtube atau mana-mana sumber dalam media sosial yang lain.
Pahala puasa kita tak akan terjejas apabila kita didik anak-anak dengan cara yang betul dan tidak menyeksa mereka dalam bab puasa.
Bayangkan, andai kita menongkah arus, memaksa mereka, menyeksa mereka dengan menyuruh berpuasa sampai habis, tak bagi mereka makan dan minum apabila lapar sedang mereka masih budak-budak, masih anak-anak kecil,agak-agak kita ini masih diberi ganjaran pahala atau tidak?
Semua dah besar panjang. Boleh berfikir secara waras. Tahu jawapannya.
Sumber : WS Adli W Muhammad,
Didik anak dengan cara yang betul, bukan ikut membuta tuli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesan kotoran dari alat solek terutama bedak melekat pada tudung memang sukar untuk ditanggalkan. Nak nak lagi bagi mereka yang memiliki kulit wajah jenis berminyak atau mereka yang suka memakai alat solek.
Adakalanya mengambil masa yang lama nak hilangkan kotoran tersebut mungkin pencuci yang digunakan kurang berkesan. Nak gosok lebih-lebih bimbang rosak pula tudung tu terutama jenis fabrik lembut.
Majalah Keluarga berkongsi petua bagaimana mahu menghilangkan kesan minyak dari alat solek yang terkena pada selendang.
Tip ini adalah daripada puan Tyma Saidini menerusi laman facebooknya. Jom cuba.
“Assalammualaikum girls semua ..kat sini tyma nk share tip cuci shawl yang ada kesan minyak muka .. girls memang suka mekap kan tapi bila cuaca panas muka kita mula pecah minyak dan minyak dari krim faundation menepek pada shawl .. susah nak hilankan kotoran lepas mencuci ..
“Dulu pernah cuba buat cara yang viral dengan letak bedak baby sebelum rendam dengan pencuci.. tapi gagal tak jadi apa .. tapi tyma buat je camni ..bilas dengan air pencuci kemudian letak bedak serbuk sekali. Kalau nak tahu hasil silakan mencuba . Tyma pakai Carrie Junior punya bedak serbuk.
Tip Tanggal Kotoran:
1) Masukkan tudung ke dalam baldi dan letakkan bahan pencuci yang biasa anda gunakan.
2)Kemudian masukkan air dan campurkan sekali bedak (tidak kira jenama). Gosok dengan lembut dan bilas bersih.
Cara ini bukan sahaja mudah dilakukan dan apa yang pasti, cukup berkesan untuk menanggalkan kesan makeup pada selendang.
Selamat mencuba!
Sumber : Tyma Sadini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.