Pancake Gebu & Nampak Menyelerakan. Pasti Anak Suka, Ni Resipinya!

Share

Enaknya menikmati pancake bil dimakan bersama madu, jem, kaya, butter dan pelbagai jenis sapuan mengikut citarasa. Rasanya memang sedap!

Tambah membuatkan tiba-tiba terasa teringin untuk menikmati pancake bila terlihat pancake yang terhidang dimasak sempurna dan gebu.

Untuk mendapatkan hasil yang sebegitu, di sini dikongsikan resipinya untuk dicuba.


Assalamualaikum….petang nie omputeh sikit pancake lembut.

Resepi pancake

Bahan A:
1biji telur
3@4sdb gula
2sdb minyak
1/2 cawan susu cair
1sdk asen vanilla
(blend/whish tangan semua bahan hingga gula larut)

Bahan B
1cawan tepung gandum
1sudu kecil baking powder

Caranya:
-ayak bahan B
-kemudian tuang bahan A yang siap di blend ke dalam bekas tepung
-kacau sebati….ok siap


*saya tambahkan sesudu madu dalam adunan..
*boleh tuang atas pan sesenduk JANGAN ratakan bior je dia gerak sendiri.

*lepas tu api sederhana je…bila dah nampak pancake tu lubang-lubang kat atas baru terbalik kan okey?

“SELAMAT MENCUBA”

Sumber : Arm Ika via BIKMM