Isu kekurangan ayam mahal dan segar di pasaran baru-baru ini membelenggu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna.
Rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut lebih-lebih lagi peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian kepada pelanggan tetap mereka.
Dalam satu perkongsian, pemilik ladang ternak ayam menerusi laman facebooknya Wak Akob berkongsi permasalahan tersebut.
Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak
Ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses, dan perniagaan ayam
Harini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir2 ini,
ayam tiada di pasar,
KFC tiada ayam goreng,
ayam naik harga,
—————————————————-
Harga ayam naik turun
Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun
Harga bergantung apa? Bergantung kos
Kos naik, harga naik,
kos turun, harga turun,
Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai.
Kemudian, pada tahun lepas
Harga bahan mentah import meningkat mendadak
Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan.
Jadinya,
Harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021)
Harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021)
Harga gandum meningkat
Semua ini, bahan2 yang menjadi kandungan utama dedak(lebih 80%)
Dan bahan2 ini, diimport.
Ayam makan jagung bijirin
Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya
Ayam daging ni, dedak2nya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien ,boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan,
Dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.
Baka2 ayam ini kebanyakannya baka2 import
Seperti COBB, ROSS, Indian River
Mereka bukan makan jagung manis cameron highland
Mereka makan jagung bijirin
Yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia
Bahan2 ni, kita bukan import sikit2
Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport
Boleh kita hasilkan sebanyak tu? Boleh.
Memang boleh.
——————————————
Tiada konspirasi, tiada agenda
Jadi bila bahan2 mentah ini naik harga, harga dedak meningkat
Dari RM80/50kg kepada RM120/50kg (meningkat lebih 50%)
Bila meningkat, kos ternakan meningkat,
Dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat
Dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.
Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30
Tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak
Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan
Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi
Penternak makin tersepit dan ada gulung tikar
Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan
Sementara kami nampak titik keluar
Jadi sebab itulah ayam kurang
Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup
Kemudian, harga kawalan makin turun
RM9.10,
kemudian RM8.90
ada pula buat RM8…
Penternak makin tersepit, dan ada yang dah gulung tikar
Bukan anak ayam tiada atau bermasalah,
Tapi, siapa yang nak ternak ayam bila rugi?
Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Kami harap titik tengah dapat dicapai
Supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik
Sekian
Yani Hardinata Hairuddin
Tokey Ayam Wak Akob
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club