Alangkah sedapnya jika pada waktu-waktu begini boleh menikmati cendol yang lemak manis rasanya untuk menyegarkan tekak yang dahaga. Sambil-sambil itu pula dapat bersantai di bawah pokok menikmati angin petang. Alangkah nikmatnya! Namun di mana hendak dicari pada waktu-waktu PKP ni?
Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja dan nikmatinya di laman rumah. Memandangkan untuk menyediakan cendol ini tidaklah susah mana. Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Shida Ambok di facebook yang mendapat perhatian warganet.
Ingatkan susah buat minuman cendol ini dan siapa sangka untuk membuatnya tidak memerlukan masa yang lama dan cukup ringkas. Nak tahu resipinya, ini perkongsian penuh daripada Shida. Semoga bermanfaat.
RESEPI MUDAH CENDOL PUAS MAKAN SENDIRI
Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang.
Cendol
Bahan-bahan
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais
Cara-cara
1. Nak lebih umph pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
2.Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1tin. (Nisbah1:1)
3.Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4.Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5.Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Senang je rupanya. Tapiii rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap
Biarpun dipasaran banyak dijual bawang goreng ‘ready made’, namun ramai ibu-ibu memilih untuk buat sendiri.
Sebab apa? Lain tak bukan kerana keaslian rasanya, ternyata yang dibuat sendiri lebih sedap. Itu hakikatnya!
Rasanya lebih fresh, ranggup dan menyelerakan. Pun begitu, tak semua percubaan membuat sendiri bawang goreng rangup di rumah menjadi.
Bagi yang tak pernah buat, dan ingin mencuba kali pertama menyediakan bawang goreng ada yang terhangus atau mungkin juga terlembik dan tidak sedap rasanya.
Di sini dikongsikan petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup.
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui pasangan ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi. Lebih menggembirakan, mereka bakal menimang sepasang kembar buat kali kedua tidak lama lagi.
Isteri kepada angkasawan negara iaitu Datin Dr Halina yang kini sedang hamil 22 minggu meluahkan rasa syukur dengan kurniaan tersebut.
Menerusi laman instagramnya, Datuk Dr Sheikh Muszapahr memuat naik gambar imbasan 3D bayinya serta berkongsi kondisi diri isteri kesayangannya.
Menurutnya, anak kembar pertama seberat 485gram manakala anak kedua adalah 458gram. Anak pertama adalah lelaki dan anak kedua adalah perempuan.
Pic – Antenatal Scan today
Alhamdulillah – it’s a pair . A Boy and A girl . Truly excited … Dr Halina is 22 weeks pregnant now . Still a long way to go … Do pray for her well being Everyone . Amiinn …. Love As Always … PS – The twins are laying side by side . 😘
Dr Halina dan Sheikh Muszaphar sebelum ini sudah dikurniakan 4 orang cahaya mata dimana dua adalah perempuan dan satu pasangan kembar lelaki.
Anak-anak mereka adalah Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dalam satu perkongsian sebelum ini, Dr Halina mengakui kehamilan kali ini sedikit mencabar memandangkan usianya kini sudah 39 tahun.
“Terima kasih kepada semua atas doa anda. Alhamdulillah kami bersyukur dengan segala doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih lagi.
“Hamil di lewat usia datang dengan pakej cabaran yang berbeza. Saya dapat rasakan badan saya memberi reaksi berbeza berbanding kehamilan dulu. Yang sama hanyalah saya semakin membesar,” tulisnya di Instagram (IG).
Terbaru, Dr Halina meluahkan rasa syukur dengan tahap kesihatan serta perkembangan bayi-bayinya.
“Twinning in hot pink with my obgyn Dr @fara.azura today!!Both babies are looking good at 22 weeks old. Twin 1 is 485g and twin 2 is 458g. Mommy punya berat… toksah cakap lah 😁
“Im just so grateful and humbled with the news we received today.. inshaAllah, twin 1 is a boy and twin 2 is a girl. Allahuakbar!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.