
Siapa yang tak terkejut apabila mendapati ubat yang dibeli adalah tiruan.
Itulah situasi yang dihadapi oleh pengguna facebook, Rashidah Ahmad yang berkongsi mengenai ubat panadol yang didapatinya tiruan.
Nak tahu lanjut ikuti perkonngsian ini.
PANADOL FAKE
semalam sis beli panadol actifast kat kedai aceh.. sbb kat speedmart semua yilek.. sekali mula pegang dah rasa pelik sbb packaging dia tak kemaih langsung.. tak macam selalu..
bila bukak ja, pegang tablets tu dah rasa tak best sbb dia berdebu.. hangpa tengok la bentuk dia tu.. macam guna acuan cincai cincai..
akak pun amek gambaq ni dan send pada client akak.. dia kerja QC kat glaxo yg buat panadol ni.. dia kata jangan makan sbb fake panadol ni.. mujoq la sis tak makan malam tadi..
hati2 hangpa.. skrg ni banyak sgt benda fake.. sampai ke ubat ubatan pun depa sanggup demi kaut untung besaq .
Sumber: Rashidah Ahmad
Barli Pengganti Nasi, Bantu Turunkan Berat Badan. Sesuai Sangat Diamalkan Pengambilannya!

Lazimnya, bila sebut barli apa terbayang difikisaran enak dimasak bubur atau tidak pun dibuat air yang menyegarkan.
Pun begitu, jangan tak percaya barli jugan boleh dijadikan alternatif menggantikan nasi. Malah sesuai untuk dimakan buat mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Hal ini dijelaskan dengan detail oleh dr Zubaidi dan semoga bermanfaat.
MAKAN BARLI PENGGANTI NASI
Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.

Banyak manfaat barli, antaranya:
1. Merawat kencing kotor
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
Minum 2-3 gelas air barli sehari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.

Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini melambatkan proses penuaan.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Semoga bermanfaat.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Rasa Kebas & Sakit Urat Memang Tak Selesa, Nak Cepat Lega Buat Minuman Ni!

Terbeban melakukan kerja-kerja rumah dan dalam masa yang sama turut berkerja, tentu hari-hari yang dijalani cukup meletihkan. Hal ini tidak mustahil akhirnya menyebabkan badan terasa lenguh-lenguh hingga sakit urat dirasakan.
Andai dapat diurut satu badan pasti akan terasa lega. Pun begitu, mana mungkin aktiviti berurut ini boleh dilakukan dengan kerap dan untuk itu adalah lebih mudah jika diamalkan dengan minum air rebusan ini.
Menyediakannya cukup mudah dengan menggunakan bahan sedia ada didapur dan bukannya akar-akar kayu yang jarang-jarang ditemui. Atas sebab ini juga, tiada alasan untuk tidak mencuba dan rasai sendiri kesan daripada amalan minum air rebusan herba ini.
Untuk itu, di sini dikongsikan cara penyediaan dan pengambilan minuman herba ini untuk manfaat bersama.
PETUA UNTUK KEBAS DAN SAKIT URAT SARAF TANGAN ATAU MANA MANA ANGGOTA BADAN
Air rebusan serai, halia dan halba. Minum 3 kali sehari.( boleh campur daun pandan).
MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.
Caranya
Serai 6 batang diketuk
Daun pandan 2 helai dikoyak koyak
Halia besar 5 jari dimayang
Halba 2 sudu besar
Air 1 1/2 botol mineral besar atau bersamaan dengan 6 gelas air ( biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).
DAN Madu lebah asli 1 sudu besar/kecil
( masukkan dalam gelas minuman dan pastukan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.
Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.
Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku , baru boleh Campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar kedalamnya.
Minum 3 gelas sehari.
**yang penting:
Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.**
sumber : Ida Shahida II
Tip Sidai Dan Lipat Baju Dengan Pantas. Hanya 15 Minit Sahaja, Ibu-Ibu Mampu Buat. Jom Praktis Nanti!

Isi Kandungan
ToggleSelain cuci pinggan, sidai baju antara aktiviti yang kurang digemari. Nak nak lagi bagi ibu yang bekerja. Begitu juga dengan suri rumah Walaupun duduk di rumah namun macam-macam kerja yang perlu dibereskan jadinya pakaian yang baru dicuci adakala mengambil masa untuk disidai
Baju yang sudah siap dicuci jangan dibiarkan tidak disidai kerana boleh menyebabkan ia berbau hapak. Jadi, untuk memudahkan kerja rumah tangga, ibu-ibu boleh ikut cara Puan Ilidayana Sudirman ini.
Ok, mesin basuh ili 7kg je. Kalau korang punya lebih banyak, sila gandakan ikut nisbah la…Simple je, syaratnya…
1. Strategi
Serang pakaian kecik-kecik dulu, macam cik sotong, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Cara ili, sangkut di tangan. Rujuk gambar. Tu semua suar kecik dak sarah, stok 3 hari je tu. Sampai kat ampai, yang ni ili settle sepit dulu.
2. Set masa
ili selalu gunakan cerita kat tv yang best, masa iklan berdesup ili siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, pastu sarah akan tolong jerit : ibu, cerita dah start!! Jadi ili pun cam exercise gak la kan sebab pegi balik 2 kali.
3. Guna hanger
Bab ni ili paling suka sebab dari hanger di ampaian, baju dah kering dan sejuk terus je masuk almari, so tak payah melipat dan kurang keje menggosok. Haaa.. cubalah nanti tau. Buat lelaju ni best, kira macam buat Tabata, intense in short periods.
Tip Lipat Kain:
1. Buat bakul masing-masing, contoh kalau ada anak 5… maka sila sediakan 5 buah bakul untuk diorang.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun tu mula sikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walau baru sekolah rendah.
Apa pun semuanya dari belah pihak mak ayah ya, kalau anda sendiri pun suka longgokkan baju dalam bakul maka jangan pelik anak pun jenis tak suka lipat baju!