Sebelum ini ada yang berkongsikan tip menggunakan panadol atau paracetamol untuk menyuburkan tanaman.
Walau bagaimana pun, Dr. Azila Mohd Kasim, berkongsi pandangan mengenai hal ini. Menurutnya petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain.
Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja. Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan.
APAKAH PANADOL?
Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol™ atau Uphamol™.
Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL?
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.
Tahukah anda PARACETAMOL BOLEH MENDATANGKAN MUDARAT SEKIRANYA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BERLEBIHAN.
Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan PENYAKIT PADA HATI.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.
Ads
CARA PENYIMPANAN :
Simpan semua ubat-ubatan anda jauh daripada cahaya dan kelembapan dan jangan simpan di dalam bilik air.
Dalam pada itu Dr Azila turut berkongsi tip memastikan kesegaran daun herba seperti daun saderi, daun bawang dan daun limau.
Daun herba ini jika diletakkan dalam peti sejuk, semua daun dan batang ini akan layu kering dan busuk. Maka terpaksa dibuang ke tong sampah meskipun belum habis digunakan. Membazirkan kan?
TIPS UNTUK MENYIMPAN TUMBUHAN HERBA AGAR TAHAN LAMA ADALAH;
Ads
1️⃣ RENDAM DALAM AIR BESERTA AKARNYA.
Cara:
Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.
Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak dipintu peti sejuk. Dapatlah feel rasa macam ala-ala Cameron Highlands.
Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan 1-2 minggu. Cubalah..ini yang saya amalkan.
2️⃣ BEKUKAN DAUN HERBA.
Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan 1 atau 2, malah boleh bertahan sampai 3 bulan.
Akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contoh daun limau.
Caranya:
Daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.
Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.
Ads
Sumber 2: Pengguna TikTok @farahiylia.
Sekian, kongsikan ilmu dapur ini kepada yang tersayang.
Ibu mana yang sanggup melihat anak mereka menderita sakit. Nak nak lagi kalau anak itu masih kecil.
Demikian juga dengan penyanyi dan pengacara, Hunny Madu yang baru-baru ini memberitahu anak kecilnya mengalami masalah jantung.
Menerusi perkongsian di instagramnya tiga hari yang lalu, Hunny Madu memberitahu anak keduanya Adam Musa kini dimasukkan ke dalam wad dan bakal menjalani pembedahan.
Menurut Hunny, anaknya Adam Musa kini dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur PDA Stent ke-2 sejak lahir.
“Dia dilahirkan dengan hati yang kompleks dan perlu menjalani prosedur dan pembedahan yang lebih sedikit untuk memastikan hatinya tumbuh dengan baik.
“Saya percaya kepada pasukan Dato Mazni & Dr Marhisham dan jika saya tidak meminta terlalu banyak, berdoa untuk kembali kepada Adam Musa untuk kesihatan yang baik dan hati yang kuat. Insya Allah, ameen.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai pengikutnya memberi kata-kata perangsang dan doa buat si kecil ini.
ciklijaInshaallah amin, 4 years ago my baby also diagnose pda n done the surgery when she is 43 days of life, and now she is healthy and active.
dayazainodinyou are strong brave boy! God bless u baby ❤️
Dua hari lepas, Hunny sekali lagi berkongsi cerita mengenai anaknya yang selesai menjalani pembedahan. Kata Hunny, Adam Musa dalam proses pemulihan dan ditempatkan di ICU selepas prosedur PDA Stent ke-2nya.
Dia dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih banyak untuk ucapan dan doa dari orang ramai.
Semoga Adam Musa kembali sembuh dan membesar dengan baik seperti kanak-kanak lain. Kepada Hunny dan keluarga, banyakkan bersabar dengan dugaan tersebut.
Sumber: hunnymadu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sajian hujung minggu pastinya tidak terlepas daripada menyediakan juadah seperti spageti buat anak-anak dan keluarga. Menu istimewa ini bukan hanya sedap, paling penting nak buatnya sangatlah mudah. Anak-anak pun suka.
Pun begitu ada diantara kita masih kurang arif cara memasak spageti yang tepat. Spageti sebenarnya tidak sedap jika dibiarkan masak hingga lembut. Kenyal dan lembut adalah struktur yang tepat bagi memastikan spageti lebih sedap dimakan.
Jadi bagaimana memastikan spageti anda tidak terlalu lembik dan keras? Ini cara yang boleh anda ikuti untuk memastikan spageti dalam keadaan sempurna untuk dimakan. Sedap!
1. Pastikan air dididihkan terlebih dahulu dan kemudian selepas mendidih barulah dimasukkan spageti. Spageti yang dimasukkan terlalu awal buat spageti terendam lebih lama dan cenderung untuk lembik.
2. Nak masukkan spageti juga perlu ada caranya. Letakkan spageti di dalam periuk dan ratakan disekeliling permukaan periuk. Elakkan berkumpul pada satu kawasan supaya mengelakkan spageti tidak melekat.
3. Bagi memastikan spageti tidak melekat malah lebih cantik stukturnya, tambahkan sesudu minyak masak bersama sedikit garam. Ini wajib!
4. Spageti jangan dibiarkan terus mendidih sebaiknya mesti dikacau dengan kerap supaya tidak melekat malah masak dengan sekata.
5. Jangan masak terlalu lama. Anggaran dimasak hanya 8 hingga 10 minit sahaja bagi memastikan ia tidak lembik.
6. Periksa spageti dengan mematahkannya dan lihat di tengahnya. Jika di dalamnya berwarna putih, itu bermakna spageti sudah pun masak.
7. Sebaik diangkat, alirkan pada air sejuk dan toskan hingga kering.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.
Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.
Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.
Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.
Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .
Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.
Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam. Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.
Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...