“Paling Saya Terkejut Matematik Pun A..” – Sharifah Shahirah Bangga Anak Peroleh 2A SPM

Share

Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah bangga dengan pencapaian anaknya, Airell Zulkifly yang memperoleh keputusan A dalam dua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan, hari ini.

Airell yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati (SMKTM) memperoleh A+ dalam subjek Bahasa Inggeris dan A bagi Matematik.

Shahirah atau nama mesranya Shiera Ijoy mengaku dia bukanlah ibu yang suka memaksa anak dalam pembelajaran dan menerima setiap keputusan peperiksaan mereka dengan terbuka.

“Saya tidak menekan anak-anak untuk cemerlang sebab saya tahu keturunan saya bagaimana. Walau apa keputusan yang diperoleh, saya tetap bangga.

“Saya cakap pada anak, jangan tengok pada keputusan. Apabila membesar, jadilah insan yang membantu orang. Tidak kisahlah bawa Grab sekalipun, ia adalah pekerjaan yang membantu orang.

“Kalau tiada perkhidmatan Grab, kita tak dapat makanan yang dibeli.

“Jadi, walau gaji kecil macam mana pun, orang hina kita tak mengapa, janji kita kena hidup membantu orang. Maksudnya, jangan tidak bekerja langsung.

“Kalau dapat keputusan cemerlang pun tetapi berlagak dengan hidup awak, tak guna juga,” katanya.

Berkongsi mengenai keputusan diperoleh Airell, Shiera bersyukur anaknya cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Paling saya terkejut Matematik pun A. Saya ini, Matematik lemah. Alhamdulillah, dia tak contohi emaknya. Mungkin disebabkan pandemik COVID-19, dia banyak mengulang kaji.

“Subjek lain semuanya lulus… Alhamdulillah,” tambahnya.

Shiera menambah, Airell berminat dalam bidang muzik. Justeru, dia memberi sokongan jika Airell berminat menyambung pengajian dalam bidang itu.

“Saya katakan kepadanya, kalau hendak belajar muzik, carilah mana-mana tempat, saya boleh tolong. Saya nampak dia minat muzik, anime dan permainan video,” jelasnya.

Sumber : BH Online

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!