Pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian amatlah penting tidak kira direbus atau ditumis. Sayur pucuk ubi antara sayur yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan.
Sambal pucuk ubi goreng petai boleh dijadikan menu sayur yang paling sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Walaupun nampak ringkas, menu ini semestinya akan membuatkan anda makan bertambah.
Menurut resipi yang dikongsikan oleh @madam_musfirah lauk ringkas ini sangat sesuai dimakan bersama nasi yang dimasak sedikit lembik dan ketika panas. Jadi, jika anda penggemar pucuk ubi memang patut cuba resipi ini.
Sambal Pucuk Ubi Goreng Petai
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Goreng pulak pucuk ubi sampai garing, angkat, ketepikan.
– Blend cili api, bawang besar dan bawang putih guna chopper.
– Tumis dalam minyak yang panas hingga tumisan kering dan garing, masukkan ikan bilis goreng, petai dan pucuk ubi.
– Perasakan dengan garam. Siap!
Sumber: @madam_musfirah
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI