Jarang sekali warganet berpeluang melihat keluarga Datuk Ac Mizal menerusi laman media sosialnya. Sebaliknya pengacara yang cukup terkenal dengan kaletah bersahaja dan melucukan ini sering berkongsi perkembangan kerjayanya.
Terbaru, Datuk Ac Mizal berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan hari lahir anak perempuannya yang disambut secara sederhana di rumah.
Anak perempuannya yang bernama Fea Eryssa kelihatan cukup gembira dan ceria diraikan oleh ahli keluarganya.
Fea yang kini memasuki usia 13 tahun tampak cantik dan manis. Wajahnya nampak iras mummy dan daddynya. Majlis yang bertemakan pyjamas party itu nampak simple tapi cukup menarik dengan pilihan tema warna ungu.
Perkongsian Ac Mizal itu dihujani ucapan tahniah. Namun tak kurang yang memuji wajah pengacara tersebut tampak lebih muda.