Ramadan tahun ini pastinya cukup berbeza buat pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Buat pertama kalinya, dia bakal menyambut bulan mulia ini tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di sisi.
“Ini kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah). Sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.”
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas Sarah.
“Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
Berbicara juga mengenai keperibadian arwah isterinya, Shuib berkata, aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka mereka sekeluarga.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja.
“Tak adalah ‘heavy’ sebab memikirkan hari pertama puasa ini sahur macam mana, berbuka macam mana, anak-anak punya perasaan termasuk ‘daddy’ dia punya perasaan juga,” katanya lagi.
Apa pun, Shuib berkata insya-Allah, bulan puasa ini adalah ruang terbaik untuk dia sekeluarga berbuat amal jariah, sedekah dan beribadat.
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Shuib bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club