Ramadan tahun ini pastinya cukup berbeza buat pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Buat pertama kalinya, dia bakal menyambut bulan mulia ini tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di sisi.
Berkongsi momen kenangan setiap kali ramadan, Shuib berkata, dia dan arwah suka pergi ke bazar bersama-sama untuk pilih dan membeli kuih-muih, termasuk mencari makanan kegemarannya iaitu pajeri nanas.
“Ini kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah). Sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.”
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas Sarah.
“Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
Ads
Berbicara juga mengenai keperibadian arwah isterinya, Shuib berkata, aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka mereka sekeluarga.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja.
“Tak adalah ‘heavy’ sebab memikirkan hari pertama puasa ini sahur macam mana, berbuka macam mana, anak-anak punya perasaan termasuk ‘daddy’ dia punya perasaan juga,” katanya lagi.
Apa pun, Shuib berkata insya-Allah, bulan puasa ini adalah ruang terbaik untuk dia sekeluarga berbuat amal jariah, sedekah dan beribadat.
Ads
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Shuib bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan.
Bersempena Hari Raya Korban ni, ada macam-macam kisah juga kita dengar. Ada kes lembu korban terlepaslah, ternakan korban menangislah dan macam lagi.
Malah kes lebih serius tentang agihan daging korban yang tidak telus hingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati.
Memberi lebih kesedaran dan penerangan berkaitan agihan daging korban, mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya berkongsi info. Jom semak.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Menurut Pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, menerusi kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Jerman berkata, seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan lebih panjang umurnya sebanyak lima tahun.Kajian ini membincangkan kaitan antara sentuhan dan tahap kesihatan seseorang individu.
Tak susah pun nak buat pasangan anda rasa bahagia. Caranya, peluk dengan ikhlas dari hati, itulah hadiah yang cukup bermakna dan membuatkan isteri atau suami rasa lega.
Malah, ada kajian yang membuktikan pelukan setiap pagi mampu membuat sistem reproduktif wanita lebih cergas dan aktif dengan kuasa pelukan ini.
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.
Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.
#santaidiklinikdrzubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua orang sedia maklum, pengurusan masa yang baik pastinya akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih bermakna dan bermanfaat. Tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa adanya perancangan dan jadual dalam kehidupan, pengisian masa seseorang itu akan berlalu begitu sahaja. Begitu juga halnya dalam menunuaikan ibadah, jika ada jadualnya tentu sahaja ibadah lebih mudah dibuat.
Berikut untuk mencapai matlamat untuk lebih konsisten dalam melakukan ibadah, apa kata ikuti jadual harian yang disediakan oleh ustaz Ismail Kamus ini yang dikongsikan di akaun fb Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Jom semak jadual ini.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...