Bagi wanita yang berkerjaya, pasti bab masa sangat penting memandangkan terpaksa memastikan urusan keluarga dan kerjaya seimbang. Justeru, kehadiran pembantu rumah amat penting dalam membantu membereskan segala urusan di rumah terutama dalam menjaga anak-anak.

Namun, ada antara ibu bapa yang mengalami kesulitan bila mana pembantu rumah berhenti atau tamat kontrak menyebabkan urusan anak-anak terpaksa dilakukan sendiri.

Itu yang dirasai oleh pelakon dan usahawan Betty Rahmad dan suami apabila sudah beberapa minggu tanpa pembantu rumah, tetapi mereka tetap melakukan yang terbaik untuk anak mereka.

“Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah.” Tiada Pembantu, Betty Rahmad & Suami Ada Rutin Baru!

“My world, my bestfriends, my everything. Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.

“Nasib baik lah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah,” kongsi Betty dalam satu perkongsian di Instagram miliknya.

Ads

Menurut Betty lagi, bukan setakat rutin baru tetapi juga dia sangat seronok melihat sikap suaminya yang turut membantu menjaga anak dan mengemas rumah.

“Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah.” Tiada Pembantu, Betty Rahmad & Suami Ada Rutin Baru!

“The best part bila tengok husband tolong jaga anak & kemas rumah. Alhamdulillah syukur dapat partner yang sangat membantu.

“We’re good its just mummy tak boleh nak focus kerja. Doakan dapat nanny yang boleh layan @ardywira_ main,” tulis Betty yang berharap mendapat pembantu rumah untuk membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja.

Ads

“Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah.” Tiada Pembantu, Betty Rahmad & Suami Ada Rutin Baru!

Awal Oktober yang lalu Betty berkongsi cerita mengenai pembantu rumahnya yang meminta izin untuk pulang ke kampung. Biarpun tidak dibenarkan memandangkan pandemik COVID-19 masih belum reda, namun pembantu tersebut tetap berkeras.

“Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah.” Tiada Pembantu, Betty Rahmad & Suami Ada Rutin Baru!

Ads

Officially Maidless
Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka. The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi. Bukan sengaja tak bagi, with this covid yang tengah teruk sekarang macammana lah nak balik & masuk sini balik.

Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew. Kita mintak dia balik January depan bila covid semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram.

“Paling Best Tengok Suami Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah.” Tiada Pembantu, Betty Rahmad & Suami Ada Rutin Baru!

Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu 😔

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI