Paksa Anak Belajar Cara Biasa, Rupanya Anak Auditory.

Share

Ibu ayah mana tak risau apabila anak yang berusia tujuh masih belum tahu mengeja dan membaca.

Anak pula dianggap tidak pandai. Sedangkan tanpa sedar ibu ayah mendidik anak cara yang salah.

Ikuti perkongsian coach parenting, Mohd Fhais Salim mengenai cara mengendalikan anak jenis auditory learner.

“Kakak tak pandai !”

Ini mungkin pengalaman “tak elok” saya yang kita semua boleh jadikan pengajaran.

Anak saya yang sulung ni agak lambat untuk pandai membaca, 7 tahun masih lagi mengeja membaca.

Bukan salah dia tapi salah saya yang tidak alert pada kemampuan & kemahiran belajar dia dulu.

Dulu saya tak ambil serius sangat tentang kemahiran auditory learner dia.

Duk paksa paksa dia belajar ikut cara biasa yang bukan untuk anak auditory. Aduh.

Suruh dia buat latihan itu ini.
Suruh dia hafal perkataan.
Suruh dia tulis perkataan ratus kali.
Suruh dia guna flash card.
Suruh dia hafal suku kata.

Semua tak menjadi !

Akhirnya jadi marah. “Kenapa tak pandai pandai ni padahal dah buat latihan macam-macam.”

Benda ni jadi masa umur rania 5-6 tahun. Memang menyesal sangat tak jaga mulut.

Natijahnya sampai sekarang ni masih saya masih berusaha untuk buang mental block “saya tak pandai” dari minda dia.

Asal dia rasa susah sikit je atau tak faham-faham dia akan cakap “kakak tak pandai”

INI YANG IBU AYAH KENA BUAT

Apa yang patut saya buat dari dulu untuk anak auditory ialah belajar cara orang auditory selesa.

– dengan irama
– dengan berbual
– dengan pujian
– dengan motivasi
– dengan inspirasi
– dengan bercerita
– dengan mendengar ulang-ulang.

Bukan bermakna budak auditory tak boleh belajar dengan cara visual & kinestetik, boleh je.

Cuma cara auditory akan lebih mudah, lebih selesa & lebih cepat dia belajar.

Kadang kadang.

Bila anak kita dah usaha, dah ikhtiar sehabis baik tapi masih lagi tak berhasil kemungkinan besar kaedah belajar yang digunakan tidak serasi dengan jiwa belajar dia.

Dia bukan tak pandai tapi cara belajar yang tak tepat buat dia rasa dirinya tak pandai.

Alhamdulillah. Sekarang rania dah hebat membaca, pantang nampak papan tanda tepi jalan pasti dia akan baca kuat kuat nak bagi kita dengar sebab nak minta di puji. Layankan..

Wallahu a’lam..

Sumber: Mohd Fhais Salim