
Ibu ayah mana tak risau apabila anak yang berusia tujuh masih belum tahu mengeja dan membaca.
Anak pula dianggap tidak pandai. Sedangkan tanpa sedar ibu ayah mendidik anak cara yang salah.
Ikuti perkongsian coach parenting, Mohd Fhais Salim mengenai cara mengendalikan anak jenis auditory learner.
“Kakak tak pandai !”
Ini mungkin pengalaman “tak elok” saya yang kita semua boleh jadikan pengajaran.
Anak saya yang sulung ni agak lambat untuk pandai membaca, 7 tahun masih lagi mengeja membaca.
Bukan salah dia tapi salah saya yang tidak alert pada kemampuan & kemahiran belajar dia dulu.
Dulu saya tak ambil serius sangat tentang kemahiran auditory learner dia.
Duk paksa paksa dia belajar ikut cara biasa yang bukan untuk anak auditory. Aduh.
Suruh dia buat latihan itu ini.
Suruh dia hafal perkataan.
Suruh dia tulis perkataan ratus kali.
Suruh dia guna flash card.
Suruh dia hafal suku kata.
Semua tak menjadi !
Akhirnya jadi marah. “Kenapa tak pandai pandai ni padahal dah buat latihan macam-macam.”
Benda ni jadi masa umur rania 5-6 tahun. Memang menyesal sangat tak jaga mulut.
Natijahnya sampai sekarang ni masih saya masih berusaha untuk buang mental block “saya tak pandai” dari minda dia.
Asal dia rasa susah sikit je atau tak faham-faham dia akan cakap “kakak tak pandai”
INI YANG IBU AYAH KENA BUAT
Apa yang patut saya buat dari dulu untuk anak auditory ialah belajar cara orang auditory selesa.
– dengan irama
– dengan berbual
– dengan pujian
– dengan motivasi
– dengan inspirasi
– dengan bercerita
– dengan mendengar ulang-ulang.
Bukan bermakna budak auditory tak boleh belajar dengan cara visual & kinestetik, boleh je.
Cuma cara auditory akan lebih mudah, lebih selesa & lebih cepat dia belajar.
Kadang kadang.
Bila anak kita dah usaha, dah ikhtiar sehabis baik tapi masih lagi tak berhasil kemungkinan besar kaedah belajar yang digunakan tidak serasi dengan jiwa belajar dia.
Dia bukan tak pandai tapi cara belajar yang tak tepat buat dia rasa dirinya tak pandai.
Alhamdulillah. Sekarang rania dah hebat membaca, pantang nampak papan tanda tepi jalan pasti dia akan baca kuat kuat nak bagi kita dengar sebab nak minta di puji. Layankan..
Wallahu a’lam..
Sumber: Mohd Fhais Salim
Berjaya Transform Bilik Guru Jadi Lebih Modern Kontemporari & Hipster Hanya Bajet RM1200, DIY Dalam Masa 10 Hari. Para Pendidik Ini Dapat Pujian Warganet.

Siapa sangka, bilik guru yang dulunya biasa-biasanya tetapi setelah di transformasi menjadi sebuah sebuah bilik hipster, kontemporari dan modern.
Umum sedia maklum sesi persekolahan yang sepatutnya bermula hari ini, 20 Januari secara bersemuka telah tertunda ekoran peningkatan kes Covid-19.
Namun begitu, tempoh ini tidak menjadi halangan buat guru-guru untuk memastikan sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa mengikut jadual waktu belajar.
Oleh itu, demi merelasasikan mood pengajaran buat guru lebih ceria dan agresif, para pendidikan di sebuah sekolah di negeri Terengganu mengambil iniasitif bagi mencantikkan bilik guru.
Perkongsian oleh guru, Nordin Ismail begitu inspirasi mengenai transformasi bilik guru berkenaan.
Menurutnya makeover dalam tempoh 10 hari dengan bajet RM1200 hasil sumbangan cikgu-guru yang dilakukan secara DIY. Menarik jom kita lihat. buat guru-guru sekolah lain boleh cuba cara ini, barulah ‘jiwa muda’ untuk mendidik generasi muda hari ini.
“Feeling2” nak ada office cam office CEO syarikat besar cam dalam drama tv yg slalu aku layan.. Konon2 je la. Haha Tapi memandangkan bajet kurang and masa pun terhad…dapat make over bilik guru yg ala2 office CEO pun jadi la kan.
Walaupun sedikit sedih sbb sesi persekolahan tuk sesi 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti yg aku harapkan disebabkan pendemic covid 19 yg semakin menggila tetap tak mematahkan semangat aku tuk make over bilik guru aku dan rakan2 guru. Amukan dalam tempoh 10 hari dengan berbekal bajet rm1200 hasil sumbangan cikgu2.
Bilik Guru SK Pak Ba, sebuah sekolah kurang murid (SKM) yg terletak diluar bandar Setiu, Terengganu berjaya di make overkan dari keadaan cam tongkang pecah kepada bilik guru yg berkonsep HIPSTER, KONTEMPORARI, MODERN LOOK dan yg paling penting hampir 100% melakukan DIY sendiri. Nak jimat duit punya pasal. Bila bajet ciput memang memaksa aku tuk lebih berkreativiti.
Dari segi penggunaan warna.. aku lebih berani kali ni dengan menggunakan warna gelap yg tak semua berani nak cuba iaitu warna coklat gelap yg jadi trend jugak la. Penggunaan playwood adalah cara paling tepat, cepat dan mudah tuk melaksanakan projek DIY yang memberikan impak besar kepada proses deko bilik guru kali ni. Tak hipster lagi tak tau la.
Susunan perabot dan penyelarasan ruang jugak penting memandangkan bilik guru kami agak kecil tp nak diadakan macam2 ruang seperti ngeteh corner, ruang pantry dan ruang ict. Hope..menjadi la kali ni. Setelah berbelas tahun akhirnya Bilik Guru SK Pak Ba akhirnya bertukar wajah pada Tahun 2021.
Aku sangat berterima kasih kat Guru Besar yang kacak lagi bergaya Ustaz Ghani Ali dan rakan2 guru yg sangat memberikan sokongan, kerjasama, kepercayaan dan sumbangan kewangan tuk menjayakan projek makeover bilik guru kite.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat individu belakang tabir yg banyak membantu aku tuk merealisasikan idea menjadi satu kenyataan iaitu Pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman dan Saifol Mizan, akak kerani Kak Yah Zamaliah AbdWahab, Tukang kebun Mohd Rizal Mohd Rizal, akak clear kak dah Junaidah Junaidah dan bekas murid sk pak ba Hamdi Yaacob .
Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan2 diluar sana if terdetik nak deco bilik guru sekolah masing2. Lain padang lain belalang.. lain orang lain citarasa.
DIY YANG HEBAT!

RUANG KERJA PARA GURU

KEMAS SUSUN ATUR RAK PENGAJARAN

RUANG REHAT




Ruang keseluruhan PAK BA PANTRY
Wow hebat kan! Boleh buat di sekolah lain. Apa yang penting kena ada kerjasama.
Sumber: Nordin Ismail
Begini Peraturan Penting Mendidik Anak di Rumah. Perkongsian Bapa Ini Sungguh Bermanfaat

Bila bergelar ibu bapa ni, pelbagai kerenah anak-anak ditempuhi. Namun nak didik anak-anak kenalah bermula dari rumah. Perkongsian dilaman facebook bapa ini, Mohd Fhais ini amat bermanfaat apabila berkongsi peraturan mendidik anak-anak di rumah. Jom semak catatannya.
4 Peraturan Penting Mendidik Anak di Rumah.
Benda ni nampak simple, tapi kesan dia sangat besar dalam diri anak-anak.
Kalau anak malas pergi sekolah, selalu tidur dalam kelas, lambat tangkap semasa cikgu mengajar maka semak la semula 4 peraturan ni.
Ada atau tidak.
Menurut hasil dapatan dari ceramah Dr Shukri Abdullah semalam ini 4 peraturan yang wajib ada dalam setiap rumah.
1. Perihal Solat
Didik anak solat ni penting. Kalau tak ajar anak hormat agama, hormat Allah, makanya susah juga dia nak hormat mak ayah.
Apatah lagi cikgu di sekolah, lagi la tak di hormatinya. Bila tak hormat mulalah kena marah sikit berdendam, cikgu mengajar di depan dia tidur.
Sujud ini yang akan bentuk anak kita jadi manusia cemerlang. Tak bongkak, tak keras kepala dan mudah di lentur. Percayalah mak ayah sekalian.
Solat banyak manfaatnya. Salah satunya ialah ia mendidik anak tentang displin. Solat kena ikut waktu, dan tepat pada waktunya. Tak boleh ikut suka hati nak solat. Ini displinnya.
Jaga solatnya maka terjaga akhlaknya.
2. Perihal Belajar
Pastikan ada waktu belajar semasa di rumah setiap hari, setiap minggu. Tegas beliau lagi, belajar bukan buat kerja sekolah sahaja. Kalau tak ada kerja sekolah tak perlu belajar.
Bukan begitu!
Kerja sekolah tu hanya latihan, untuk memantapkan lagi pemahaman apa yang di belajar di sekolah.
Selain tu, anak kena buat sendiri ulangkaji pelajaran, baca buku berulang kali, buat latihan tambahan dan latih tubi sebanyak yang mungkin. Ini maksud belajar di rumah.
Mak ayah kena beri sokongan penuh. Semasa anak belajar jauhkan segala gangguan, tutup televisyen, tutup handphone. Ini berkenaan masa depan anak kita juga.
Pengorbanan mak ayah hari ini boleh jamin masa depan anak-anak.
3. Perihal Tidur
Tidur kena cukup. Tidur kena awal. Jam 9-10 malam mesti kena tidur dah. Baru anak tak susah nak bangun pagi. Bangun pun tak layu. Jangan ajar anak tidur lewat walaupun cuti sekolah.
Dah terbiasa tidur lewat nanti susah nak hilangkan tabiat tu. Tabiat nak buang bukan mudah. Boleh bergaduh bab tabiat ni. Dendam pun ada.
Sebelum tidur jauhkan pengaruh skrin seperti televisyen, handphone, tablet dan sebagainya. Benda ni semua parasit. Parasit ni la yang akan hasut mata anak kita untuk terus leka main games, tengok video dan main media sosial.
Lagi satu penting! Jangan bagi anak bawa telefon masuk bilik tidur. Percayalah, mereka tak tidur. Mesti main handphone punya sampai ke tengah malam.
Tidur ni kalau betul-betul jaga boleh jadi penawar segala penyakit termasuk penyakit malas dan ketagihan. Kalau sanggup tak tidur main handphone maknanya anak dah sakit la tu.
4. Perihal Sarapan
Anak yang tak bersarapan waktu pagi akan pergi sekolah dengan otak seakan sama seperti orang tua umur 70 tahun.
Lembap, tak fokus dan mudah berangan !
Ini punca anak tak bertenaga semasa di kelas. Bukan sahaja fizikal tapi mental juga. Cikgu mengajar dia lambat tangkap, dalam kelas boleh tertidur dan paling parah cikgu mengajar tapi fikiran dia melalut perkara lain.
Remeh je kan sarapan ni, tapi kesan dia amat dasyat sekali.
Saranan beliau lagi, sarapan paling baik waktu pagi makanan yang ada protein seperti ikan, telur, ayam, kekacang, daging dan susu.
Selain perut kenyang, otak anak pun lebih cergas dan mudah tangkap bila belajar. Insyaallah.
Begitulah, sebenarnya kalau nak anak kita jadi hebat di dunia yang luas ini mulanya mesti dari rumah.
Mak ayah la kena tunjuk contoh teladan yang betul. Bak kata pepatah, kuih mesti ikut acuannya kan.
Kalau kita boleh ikut 4 peraturan ni dengan baik, nescaya anak pun tak akan banyak beri masalah pada kita kelak.
Belum terlambat untuk berubah, nak anak berubah kita kena berubah dulu.
Sumber: FB Mohd Fhais
“Suami Lafaz Cerai Talak 1. Kes Selesai 10 Minit Tetapi Menghancurkan Rumah Tangga Dibina 14 Tahun Lamanya”. Luahan Wanita Ini Menyentuh Hati.

Ikatan pernikahan menyatukan dua jiwa menjadi satu, melayari bahtera rumah tangga bersama-sama. Segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditempuhi.
Namun benarlah orang kata, lelaki diuji tatkala memiliki segalanya, manakala wanita diuji tatkala tak punya apa-apa. Kisah rumah tangga pasangan ini cukup sesuai dijadikan contoh dengan perumpamaan ini.
Lihat bagaimana seorang lelaki bergelar suami yang sanggup berpaling tadah dan mempunyai wanita lain, sedangkan isterinya sanggup berkorban apa sahaja. Namun apabila sudah senang, wanita tersebut dibuang ke tepi.
Semoga kisah ini menjadi manfaat buat pasangan berkahwin supaya menajdi iktibar dan pedoman bersama!
17 tahun dulu
Kami sama sama menuntut di sebuah universiti di utara tanah air. Aku junior, dia senior. Tiada langsung rasa cinta. Bermula dari kawan bertukar menjadi kekasih. Kami rapat selama 3 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkawin.

14 tahun dulu
Berkahwin pada usia muda. Penuh cbaran. Suami kerja cukup makan sahaja. Prnah aku kerja kilang 12 jam. Tertidur di celahan mesin. Walaupun kami keduanya seorang siswa dan siswazah. Pernah berhutang barang maknan di kedai. Pernah hanya tinggal 10 sen (masa ini dh ank 2). Aku rela bertahan asal bersama orang yang tersayang.
Rezeki kami semakin baik. Suami dpt kerja sebagai penjawat awam. Manakala aku rela sambung belajar untuk kesenangan hidup kami suati hari nanti.
Betullah ckp org, org lelaki diuji ketika senang. Wang dah semakin tebal. Aku pun da dapat gaji yang baik untuk membantu suami. Pada masa ini dia dah mula aktif melepak berkonvoi dengan kawan kawan. Skandal usah cakap lah. Kaki tangan juga sudah mula naik ke muka dn badanku.
Aku masih bertahan lagi. Aku hanya fikirkan anak yang masih kecil. Pernah kepalaku berjahit. Mataku lebam. Rasa betapa b0dohnya masa tu. Naif. Nafkah ank anak sudah mula culas. Alasan banyak hutang. Aku fikir tak apa lah bantu suami. Redha lagi. Keadaan ini berterusan sehinggalah…
tahun lepas.
Suami kemalaangan jalan raya. Patah kaki. Terlantar selama 6 bulan. Perit jerih air mata menguruskn dia dn anak anak. Usah cakaplah. Kawan kawan cakap tak apa. Besar pahalanya. Syurga buat kamu. Aku tersenyum memikirkn ada hikmahnya. Pernah aku tukarkn pampers diatas katil itulah aku dan suami sama sama menangis. Aku bagi kata semangat. Walau apapun terjadi. Walau awak lumpuh sekalipun saya akan tetap jaga awak hingga ke akhir hayat awak.
6 bulan kemudian dia disahkn sihat dan boleh kembali bertugas seperti biasa. Bagai batu menghempap kepala. 3 bulan seterusnya ku dspst perkabaran dia dah berkahwin lain di negara jiran. Bermsksud sehabis sembuh dia terus bernikah.
Aku namakan dia x (perempuan itu x sanggup nk sebut namanya) masih lagi balajar di universiti tempatan. X berkahwin mmbelakangkn keluarga. Semenjak dari itu hidup kami kucar kacir. Yang no 2 lebih dominan dari no 1. Pelik kan. X minta suami ceraikan saya. Tak nak bermadu. Padahal siapa yang rela jadi madu. Allahu. Saya masih cuba menaruh harapan. Memperbaiki keadaan. Berdoa semoga suami berubah dan tinggalkn x itu. Anak anak diabaikan. Saya urus segalanya. Siang dan malam
Selama 1 tahun 5 bulan saya bertahan. Nampknya jodoh setakat ini sahaja. Hari ini suami telah melafazkan cerai talak 1 di hadapan hakim. Kes selesai dalam masa 10 minit tetapi telah menghancurkn rumah tangga yang dibina 14 tahun lamanya. Dengan itu saya faham bahawa dia dh buang kami dan pilih budak hingusan tu.
Walau saya punya kerjaya. Rupa menarik. (ini kwn yg ckp). Dan segala penat lelah menjaganya selama ini terbalas begini. Sy cakap padanya saya dah puas hidup dengannya kerana saya tidak ada hutang langsung dengannya. Malahan dia yang banyak ‘berhutang’ dengan saya.
Jatuhnya talak itu bmksud dia da buang saya dn anak anak. Dan bermula dari hari ini saya juga akan buang dia terus dari hidup sy. Hidup daripada susah. Pengorbanan setinggi gunung bukan menjamin bahagia hingga akhir hayat. Tiada lagi rasa sayang untuk dia. Saya juga berhak bahagia.
Sumber: KUASAVIRAL.COM