Pakej Remaja Keluarga Malaysia, Bayar Hanya RM30 Dapat 20Gb Untuk 3 Bulan. Rugi Kalau Dilepaskan!

Share

Bermula hari ini 15 Oktober 2021, ibu ayah bolehlah berlapang dada. Tidak perlu lagi  memikirkan berkaitan kos data internet yang selama rasa terbeban untuk ditanggung setiap bulan bagi memastikan pembelajaran anak-anak belajar secara dalam talian berjalan lancar. Ini memandangkan dengan adanya Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang diperkenalkan cukup berbaloi dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.

Sebagai mana umum ketahui, tawaran ini adalah sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi membantu anak-anak kita dan golongan remaja memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa sebarang kekangan data disamping mempertingatkan produktiviti dengan tawaran yang mampu milik.

Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia merupakan pakej prabayar, hadir dengan harga langganan RM30 untuk 3 bulan, dan pengguna akan menerima data sebanyak 20GB bagi tempoh tersebut.

Pada masa yang sama, pakej ini turut memberikan data 1GB secara percuma setiap hari untuk tujuan produktiviti – seperti pembelajaran atas-talian, bekerja dari rumah, dan sebagainya.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ini akan ditawarkan oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, dan juga YTL, untuk tempoh selama enam bulan, sehingga 15 April 2022 kelak.

Memetik berita lanjut di Harian Metro pada tarikh 14 Oktober 2021 dimaklumkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pakej diperkenalkan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada internet pada harga patut.

Menurutnya, Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Katanya, dengan bayaran RM10 sebulan dan dibayar RM30 untuk tiga bulan mereka akan mendapat data 20 gigabyte (GB), selain diberikan data 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari dan akses internet tanpa had.

“Pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej dan melayari internet manakala data produktiviti, pembelajaran dalam talian serta bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga di kementeriannya hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.

Pada majlis pelancaran ini beliau turut menyerahkan kedua-dua pakej berkenaan kepada penerima yang layak untuk menikmati manfaat tersebut.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia ditawarkan oleh enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL untuk tempoh selama enam bulan sehingga 15 April 2022.

Annuar berkata, Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula membolehkan pengguna memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan voice over long term evolution (VoLTE) secara percuma.

“Peranti ini dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan dengan 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

“Kita berharap pakej ini akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Saya menyarankan supaya wakil rakyat dapat memanfaatkan peluang ini untuk menaja pelajar yang tidak berkemampuan dengan mendaftarkan pakej-pakej tersebut dan saya juga menaja 1,000 individu untuk kedua pakej terbabit.”

“Mereka boleh tampil berbincang dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbabit dalam program ini,” katanya.

Sumber : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia & myMetro

 

ARTIKEL MENARIK:Nak Mengurus Wang Tak Akan Menjadi Kalau Tak Ubah Dulu 16 Tabiat Buruk Ni Dalam Diri!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club