Dihujung-hujung Ramadan ini pasti diantara kita yang sudah tidak berselera untuk makan nasi. Ramai memilih untuk makan mi segera ketika sahur.
Pun begitu menurut pakar, ia bukan satu tindakan yang bijak malah tidak disyorkan untuk semua.
Menurut pengamal perubatan Dr Yunita Indah Dewi, dari petikan sumber Detik Health, mi segera bukan menu makanan yang ideal. Hal ini kerana, makanan ini mempunyai kandungan serat dan protein yang rendah dan lemak yang tinggi.
Keadaan menjadi bertambah buruk lagi terutama kepada pesakit yang mengalami gangguan asid perut atau ulser. Mi segera boleh memburukkan keadaan kesihatan ketika berpuasa.
Ads
“Lebih baik tidak mengambil mi segera ketika bersahur kerana ia rendah serat dan protein, tetapi tinggi lemak.
“Bagi penghidap ulser, ini boleh meningkatkan risiko sakit menjadi lebih teruk ketika berpuasa,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar pemakanan Dr Johanes C Chandrawinata, mi segera mempunyai kadar kalori yang tinggi yang mana dominannya ialah karbohidrat dan lemak.
Ads
Sementara yang paling sedikit ialah protein, sekali gus boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan sekiranya ia diambil terlalu kerap.
Ads
Bukan itu sahaja bahkan mi segera juga mempunyai kandungan garam yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi boleh mencetuskan keinginan untuk kencing lebih kerap yang membawa kepada risiko dehidrasi dan mengganggu kelancaran ibadah puasa.
Ambil mi segera dengan cara sihat
Pun begitu, kedua-dua pakar menyarankan beberapa cara yang boleh mengurangkan risiko kesihatan untuk menikmatinya.
Paling penting, usahalah untuk menambah sayur-sayuran serta sumber protein dalam satu hidangan serta mengurangkan jumlah kuantiti mi segera itu agar tidak terlalu banyak.
Anda boleh juga menggantikan mi segera dengan mi shirataki. Mi shirataki adalah sejenis mi tradisional Jepun yang diperbuat daripada keladi konjac dan ia sesuai dijadikan alternatif kerana rendah kalori dan karbohidrat serta bebas gluten.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sindrom polycystic ovari (PCOS) adalah masalah akibat ketidakseimbangan hormon. Ia biasa terjadi pada wanita dalam jangka umur reproduktif iaitu di antara umur 12 – 49 tahun. Ia melibatkan kira-kira 10% wanita dalam kumpulan umur ini.
Ia juga merupakan satu masalah kesihatan yang tidak boleh sembuh sepenuhnya. Ia boleh memudaratkan wanita dalam jangka masa panjang kerana ia bukan hanya melibatkan masalah ginekologi tetapi juga boleh mendatangkan penyakit lain secara keseluruhan jika tidak dirawat dengan baik.
Sebab sebenar mengapa seseorang wanita tersebut menghidapi PCOS tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada sindrom ini termasuklah :
Kelalian badan terhadap insulin
Insulin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas, berfungsi menurunkan paras gula di dalam badan. Seseorang yang mengalami PCOS mempunyai kandungan insulin di dalam badan yang tinggi, namun begitu sel dalam badannya tidak sensitif pada insulin ini dan menyebabkan paras gula di dalam badan sentiasa tinggi. Ini mengakibatkan penghidap PCOS mudah mendapat masalah kencing manis.
Insulin yang berlebihan ini juga berupaya meningkatkan paras hormon lelaki (androgen) dalam badan wanita itu seterusnya menyebabkan wanita tersebut mengalami pertumbuhan bulu atau rambut yang berlebihan dan juga menghadapi masalah kesukaran ovulasi (yang akan mengurangkan tahap kesuburan wanita berkenaan).
Berlebihan hormon androgen
Dr Wan Norizah Binti Wan Musa, Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari hospital Pakar Annur berkata, sejarah keluarga boleh memainkan peranan menyebabkan seseorang itu menghidap PCOS.
“Tanda-tanda seseorang itu menghidapi PCOS mula dikesan secara kebiasaanya apabila kitaran haidnya mula menjadi tidak teratur. Bagi sesetengah wanita, mungkin tiada mandated PCOS pada mulanya, sehinggalah ia timbul kemudian apabila berat badannya bertambah secara mendadak dan berlebihan.
“Ia semakin serius sekiranya wanita tersebut mempunyai masalah obesiti. PCOS boleh dikenal pasti apabila terdapat simptom berkaitan PCOS, melalui pemeriksaan tahap hormon di dalam darah dan juga dengan melakukan imbasan ultrasonik.
“Kitaran haid yang normal adalah di antara 21 – 35 hari. Bagi wanita yang menghidap PCOS kitaran haid menjadi tidak teratur kebiasaannya melebihi 35 hari setiap kitaran atau tiada haid langsung dalam jangkamasa yang panjang.
“Tempoh datangnya haid juga tidak teratur boleh jadi terlalu pendek atau terlalu panjang dan dengan lelehan yang banyak sehingga boleh menyebabkan wanita tersebut kehilangan darah dan kelihatan pucat. Kitaran haid yang tidak normal ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu agak sukar untuk mengandung,”jelasnya.
Selain itu, Menurut Dr Wan Norizah lagi, terdapat juga tanda fizikal berkaitan hormon kelelakian (androgen) pada tubuh seseorang wanita itu yang menyumbang kepada PCOS.
“Setiap wanita mempunyai hormon androgen di dalam badan mereka tetapi dalam jumlah yang sedikit. Bagi wanita yang menghidapi PCOS, hormon androgen dalam badan mereka adalah lebih daripada kebiasaan.
“Di antara tanda yang menunjukkan hormon ini berlebihan adalah wanita tersebut mempunyai rambut atau bulu di badan yang tebal, kelihatan seperti misai yang nipis (hirsutism), jerawat di muka dan mungkin masalah keguguran rambut menyebabkan kebotakan. Masalah berlebihan hormon androgen ini melibatkan 70% wanita PCOS.
“Imbasan ultrasonik yang menunjukkan saiz ovari yang besar dan mempunyai banyak folikel yang tidak matang sepenuhnya. Selain itu, tanda seperti kulit gelap dan tebal di sebahagian badan seperti di leher, celah kelangkang dan di bawah buah dada,” ujar Dr Wan Norizah sambil memberitahu kesan PCOS boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
Mengalami keguguran berulang.
80% daripada wanita yang menghidapi PCOS mengalami masalah berlebihan berat badan. Wanita-wanita ini kebiasaannya mengalami simptom PCOS yang lebih teruk dan kadang-kadang amat sukar untuk dirawat. Mereka juga mempunyai risiko mendapat komplikasi yang lebih tinggi.
“Masalah perubatan kepada wanita seperti sindrom metabolic, terdiri daripada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi yang boleh mengakibatkan mudahnya mendapat masalah serangan jantung atau angin ahmar.
“Selain itu, kanser pada dinding rahim (endometrial cancer). Apabila masalah haid berterusan dan tidak dirawat sebaiknya, ia akan mengakibatkan dinding rahim semakin tebal (endometrial hyperplasia) dan berisiko bertukar menjadi kanser.
“PCOS adalah satu dari penyebab utama kanser dinding rahim bagi wanita muda,” jelas DR Wan Norizah Sambil memberitahu ada antara pesakit PCOS yang mengalami pernafasan berhenti sewaktu tidur (sleep apnoea) selain kemurungan disebabkan oleh masalah yang dihadapi dan obesiti.
Begitu pun, Dr Wan tidak menafikan sebahagian daripada wanita yang menghidapi PCOS adalah bertubuh kecil.
“Mereka juga mungkin mengalami masalah haid atau kesukaran untuk menimang cahaya mata. Bagi kumpulan wanita ini, penurunan berat badan adalah tidak perlu tetapi mereka masih perlu mengamalkan pemakanan yang betul. Mereka juga perlu sentiasa melakukan senaman supaya berat badan tidak bertambah.
“Ianya bertujuan mengawal keberkesanan tindakan insulin di dalam badan. Rawatan ubat-ubatan mungkin diperlukan untuk menangani simtom-simtom lain berkaitan PCOS seperti masalah kitaran haid, kesukaran mengandung dan berlebihan hormon androgen dalam badan.
“Menurunkan berat badan adalah cara rawatan yang paling berkesan bagi wanita bertubuh besar yang menghadapi PCOS sekiranya ingin menimang cahaya mata. Penurunan berat badan sebanyak 5% sahaja dapat membantu mengurangkan masalah PCOS.
“Ia boleh dilakukan dengan cara senaman serta mengamalkan diet yang mengandungi karbohidrat yang rendah. Disamping itu, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian sempurna perlulah diutamakan. Ubat-ubatan yang dapat mengurangkan kelalian insulin dalam badan seperti Metformin juga boleh digunakan bagi wanita yang menghidapi PCOS.
“Kedua-dua kaedah ini dapat mengurangkan masalah kelalian badan terhadap insulin, dan dengan itu mengurangkan hormon androgen di dalam badan, mengawal kitaran haid dengan lebih baik dan menambahkan peluang ovulasi seseorang wanita.
“Ia juga dapat mengurangkan komplikasi sewaktu mengandung seperti risiko keguguran berulang serta mengurangkan risiko komplikasi lain seperti sindrom metabolik dan kanser dinding rahim.
Terdapat juga wanita yang memerlukan rawatan tambahan seperti pil atau suntikan kesuburan bagi menghasilkan ovulasi dan akhirnya memerlukan prosedur permanian berhadas (IUI) atau persenyawaan in-vitro (IVF). Pembedahan seperti `ovarian drilling’ adalah satu lagi rawatan sekiranya kaedah ubat-ubatan untuk menghasilkan kandungan tidak berkesan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sakit lutut jangan dibuat main. Memang sudah nak melakukan segala kerja kalau sudah alami masalah ini.
Nak bersolat pun rasa sakit terutama sekali ketika rukuk dan bangun. Masalah sakit lutut ini disebabkan oleh sendi yang lusuh dan haus.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, apa kata cuba petua semulajadi ini dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Bahan-bahan ini sudah diketahui mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai penambah rasa dalam makanan, tetapi juga kesihatan dan kecantikan.
Petua ini dikongsikan oleh No Or di laman facebooknya. Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua terutama bagi yang mengalami masalah sakit lutut.
Ramai sangat yang sakit lutut zaman ni, ramai yang pm tanya apa petua dan tips lagi yang boleh Cik No kongsikan. No problem, Cik No tak kedekut ilmu pun. Boleh je share ngan korang. Ni antara lain untuk PETUA HILANGKAN SAKIT LUTUT.
1. CUKA EPAL
Di sebab kan sifat alkalinya, ia mampu untuk larutkan mineral dan toksin yang berbahaya dalam sendi lutut. Ia jugak mampu untuk pulih kan pelincir dan kurangkan sakit.
Cara: Campurkan 2 sdt cuka epal ke dalam 2 cawan air. Minum sepanjang hari untuk setiap hari. Amalkan sehingga pulih sepenuhnya.
2. MINYAK BIJI SAWI
Urutan yang lembut dilutut yang sakit dengan minyak biji sawi suam mampu tuk kurangkan sakit.
Cara: Panaskan 2 sdt minyak biji sawi. Goreng seulas bawang putih yang dah di cincang sampai tukar kaler keperangan. Kemudian, sejukkan minyak dan tapis.
Guna minyak tadi untuk mengurut (buat dalam gerakan bulat). Lepas tu tuam dengan towel (suam panas). Buat 2 kali sehari selama 1 – 2 minggu.
3.HALIA
Adalah ubat yang berkesan untuk kurangkan sakit dan kurangkan bengkak. Ini disebabkan sifat halia tu sendri yang anti radang.
Cara: Hancurkan sekeping halia ke dalam secawan air. Didihkan selama 10 minit. Tapiskan air rebusan tadi. Tambahkan perahan lemon dan 1 sdt madu. Sedia tuk di minum. Amalkan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
4. LEMON
Berkesan untuk rawat sakit lutut yang berpunca dari artritis. Asid sitrik dalam lemon boleh jadi pelarut untuk kristal asid urik.
Cara: Potong 1 – 2 biji lemon menjadi kepingan kecil. Bungkus ke dalam kain kapas. Celup bungkusan kain tadi ke dalam minyak bijan. Letakkan kain pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari sehingga sakit hilang.
CANNELLA
Haaaa. Dah baca macam macam petua kan, yang Cik No dah kongsi. Kalau masih beralasan lagi, meh cuba #Cannella je la! Senanggg. Goncang – Tuang – Minum. 2 sudu je punnn.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu-ibu tentu panik kan kalau tiba-tiba diri sendiri atau anak kecil digigit serangga? Reaksi sakit yang dialami sudah tentu membuatkan kita panik dan bimbang akan keselamatan diri sendiri atau anak.
Untuk makluman, serangga kecil seperti lebah atau tebuan akan menyerang lantas menyengat apabila berasa diri mereka terancam.
Situasi ini akan berlaku apabila ada manusia berada terlalu dekat dengan sarangnya dan mungkin mengganggu habitat mereka di situ.
Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang terkenal dengan perkongsian pemakanan semula jadi untuk rangsangan otak dan rawatan semula jadi berkongsi petua untuk melegakan kesakitan akibat digigit serangga.
Legakan Bengkak Dan Jangkitan
Kalau kena gigit serangga lebah tebuan. Ni petua semula jadi legakan bengkak dan sakit serta elak jangkitan.
1) Apple cider vinegar
Campurkan apple cider vinegar dengan jus lemon.
Sapu pada tempat kena gigit. Bantu kurangkan sensasi sakit akibat sengatan.
2) Bawang putih
Foto: Canva.com
Tumbuk sekali dengan halia. Lumurkan.
Halia ada ciri anti radang untuk kurangkan rasa sakit pedih.
Bawang putih ada ciri antimiktobial untuk elak jangkitan.
Sekarang ni musim hujan ribut. Air bertakung. Ideal untuk nyamuk membiak.
Kalau kena gigit banyak nyamuk. Ni petua paling efektif. Pelik tapi benar.
3) Kulit pisang
Foto: Canva.com
Guna kulit pisang yang belah dalam tu.
Sapu pada tempat kena gigit.
Ciri anti-inflammatory dalam kulit pisang bantu hilangkan kesan gigitan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...