Wanita sememangnya cukup bertuah. Mereka mempunyai banyak sumber pahala untuk membantu kaki melangkah masuk ke syurga.
Selain berkorban nyawa melahirkan zuriat demi penyambung warisan keluarga, ada juga yang terpaksa berpenat lelah bersengkang mata dalam membahagikan masa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja membantu suami demi kelangsungan hidup.
Justeru, wanita memerlukan penjagaan yang lebih baik bagi memastikan kesihatan tubuh dalam keadaan yang baik. Berikut beberapa pesanan daripada Dr Hamid Arshat kepada wanita di luar sana, satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anak.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
Ads
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
Ads
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
Ads
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagaimana suami tak bekerja dan saya yang kerja dengan segala bayaran bil saya buat? Itu antara persoalan yang ditujukan buat Prof Muhaya oleh sesetengah kaum isteri.
Menjawab persoalan tersebut, Prof Muhaya menerusi perkongsiannya di instagram mengakui terdapat segelintir suami yang bersikap sedemikian.
“Ramai yang tanya pada saya tentang soalan ini. Tagline saya mudah sahaja, suami malas akan suka cari isteri yang berdikari.
“Cuba tengok kalau kita jenis lelaki yang nak kan wanita yang berdikari, yang ada kerjaya. Takut-takut nanti kita malas menjalankan tanggung jawab. Ingat, setiap kali anda tidak memberi nafkah, kelak akan dituntut.
Tambah Prof Muhaya lagi, sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah andai tidak solat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
‘Pada semua suami yang tak solat sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga maka sia-sia sahaja hidup. Cuba audit diri kita dan berhenti lah berkawan, mengeteh dan sebagainya, sebaliknya tengok keluarga kita dahulu ,” ujar prof Muhaya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat maklum balas dari pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut.
puterisyasya93setuju.. Tapi kalau nak tgok laki tu rajin ke pemalas, tgok ayah laki tu, kalau ayah dia rajin, anaknye mesti rajin?tapi tak semua la yg mcm nie kan, hati orang lain²?
sharifahyasirah Ni lah yg buatkn sy ckup berhati2 prof takut terkena lelaki mcm ni walhal kita yg nk menumpang mrk alih2 mrk yg menumpang kita
mehrajbeautyboutique Betul tu tx for sharing @profmuhaya . Memang betul . Suami begini perlu di hadapkan ke muka pengadilan kerana buat2 lupa tanggungjawab . Mereka perlu dipenjarakan , dirotan dan akaun bank mereka perlu disita. Barulah mereka akan sedar akan seriusnya erti suatu perkahwinan dan tanggungjawab kepada isteri dan anak2. Jadi kes mencari isteri yg berpelajaran tinggi dan berkerjaya dgn pendapatan yg tetap akan berkurangan kerana para bakal suami ni akan memastikan mereka juga perlu punya kelayakan yg sama utk memiliki isteri yg berdikari . Kebelakangan ni ramai isteri yg menghadapi dilema seperti ini. Para suami seolah2 membuli dan tidak ambil peduli. Ada yg berpura2 pergi kerja tapi tidak membawa apa2 nafkah pun . Yg pelik balik lambat segala urusan keluarga isteri yg urus dari byran kepada kebajikan anak2.Mohon pihak berkuasa membuat suatu perundangan terhadap para suami yg membuat ‘jenayah tersembunyi’ ni.
kasih_ke_syurga Sy nk cari suami yg rajin kerja tetap dn tahu tanggungjawab dunia akhirat..jika wajah hensem tp pemalas menyusahkan hidup isteri. baik tk yah kahwinkan pro..apa apa pun sy akan berdoa minta pd allah swt suami yg soleh beriman baik menyenangkan hati perasaan bertanggungjawab dunia akhirat..aamin…impikan family yg soleh soleha menuju ke jalan allah swt…???
nurul.din Agree Prof! Bila isteri berhenti kerja dia tinggalkan kita pulak.
sarkina_bee Setujuuuu sangat2 Prof…bila dpt isteri yg berdikari..pandai cari rezeki..bkh handle rmh tangga..mendidik dan membesarkan anak2….suami lps tgn…nafkah kat isteri?Hrmmmm..jgn harap..nak kikis lg ada laa…isteri mkn hati..hanya dpt bersabar..berdoa dab berikhtiar….dunia mungkin terlepas tapi di akhirat pasti terima balasan setimpal…
____ladysss Masuk akal sangat2, setiap kata2 @profmuhaya ni.. dan itulah masalah yg selalu kita tengok dlm kehidupan harian.
Bagi keluarga yang memelihara kucing selalunya akan rasa serba salah jika terpaksa meninggalkan kucing di rumah bila bercuti panjang terutamanya di musim perayaan ini.
Andai kata diletak di boarding/hotel kucing pula hati tetap rasa tidak senang, apatah lagi bila selalu sangat dengar pengalaman kurang menyenangkan daripada orang lain. Ada sahaja masalahnya jadi terus ambil jalan selamat dengan bawa bersama kucing pulang ke kampung.
Orang kata senang, kucing sentiasa ada depan mata!
Jadi buat anda yang mengambil keputusan untuk bawa si bulus pulang ke kampung, bolehlah praktikkan seperti tips yang dikongsikan oleh Klinik Haiwan Dkaz untuk dijadikan panduan bersama.
Tips Bawa Kucing Balik Kampung
Kenali kucing kita sendiri, adakah kucing mudah takut, motion sickness, tenang dan sebagainya. Ini paling penting dalam persediaan untuk membawa kucing menaiki kenderaan demi keselamatan mereka dan kita.
Sebelum perjalanan jauh, bawa kucing beraptai menaiki kenderaan untuk perjalanan jarak dekat seperti pergi ke 7E berdekatan rumah. Mulakan sesi raptai ini lebih awal. Paling kurang pun 3 hari sebelum perjalanan sebenar. Paling baik, 2 minggu sebelum perjalanan sebenar.
Jika kucing jenis sangat penakut, maka jelas sekali kucing memerlukan ‘pertolongan’ untuk membuatnya tenang. Mohon bawa ke berjumpa Vet bagi mendapatkan nasihat yang sesuai.
Paling baik, kucing diletakkan di dalam carrier sepanjang perjalanan.
Tutup sebahagian ruang terbuka carrier supaya kucing lebih tenang.
Seeloknya mulakan perjalanan di malam hari kerana suhu yang lebih sejuk. Kucing mempunyai suhu badan normal yang lebih tinggi dari manusia. Dan, mereka tak mampu membebaskan haba seperti kita. Jadi, mereka lebih mudah terkena strok haba.
Elakkan memangku kucing di atas riba jika terpaksan bertolak pada cuaca panas. Ini akan membuatkan kucing lebih mudah terkena strok haba.
Sebaiknya, seekor kucing, satu carrier. Ini bagi mengelakkan kucing yang mudah upset bila nervous mencederakan kawannya.
Puasakan kucing dari makan dan minum 2 jam sebelum perjalanan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan muntah dengan banyak.
10.Sediakan barangan keperluan mereka dengan secukupnya lebih awal. Bawa segala dokumen berkaitan kucing sebagai langkah berjaga-jaga.
11.. Simpan semua alamat dan nombor telefon Klinik Veterinar yang beroperasi semasa Raya yang terletak sepanjang perjalanan balik kampung. Ini akan memudahkan kita jika ada kecemasan berkaitan kucing berlaku dakam perjalanan.
Seeloknya, bawa sekali sangkar kucing yang cukup besar untuk menempatkan kucing di kampung. Elakkan melepaskan kucing bebas di kampung kerana kebanyakan kucing yang tak biasa di tempat baru akan menghilangkan diri tanpa dikesan. Kucing memerlukan 2 minggu untuk menyesuaikan diri dan ‘ingat’ tempat baru.
Jika mahu berhenti untuk makan, berehat atau solat sepanjang perjalanan , elakkan sama sekali meninggalkan kucing di dalam kereta apalagi dalam cuaca panas. Jika terpaksa, cari parking redup dan buka sedikit tingkap kereta.
Tempatkan kucing di tempat paling sejuk di dalam kereta. Elakkan tempat yang tak terkena aircond.
Sediakan leash kucing. Ini penting jika kucing ‘membuang dalam carrier mereka. Pastinya kita ingin cuci carrier dan juga kucing yang terkena kotoran. Pasangkan leash sebelum pintu kereta dibuka atau membawa mereka ke tandas. Pastikan leash kukuh dan dipegang kemas supaya kucing tak mudah terlepas.
Beri kucing minum jika nampak tanda-tanda mereka kepanasan. Contohnya, panting dan air liur meleleh.
Di kampung, elakkan kucing dilatakkan di tempat yang sibuk, di mana ramai yang akan lalu lalang. Mereka yang sudah pun stres akan bertambah stres dengan kehadiran orang baru.
Pastikan kucing sudahpun diberikan ubat kutu dan ubat cacing sebelum ke kampung. Walaupun kucing dikurung, ini tidak menjauhkan mereka dari terkena kutu dan sengkenit. Kerap kali kes kucing dihinggapi kutu lembu jenis ticks apabila berada di kawasan yang ada ternakan.
Bawa sekali ubatan mereka dan jangan lupa memberi mereka ubatan mengikut masa yang ditetapkan walaupun kita sibuk dengan urusan persiapan Raya.
Sampai sahaja di kampung, berikanlah kucing makanan yang mereka paling suka untuk mengurangkan rasa stres mereka. Fan, kucing akan rasa seperti diberi reward setelah melalui pengalaman yang mungkin pahit bagi mereka, iaitu berada di dalam kereta.
Keberkatan sering disebut dalam setiap perkara yang dilakukan, terutama berkaitan kerja dan rezeki yang diperoleh.
Apabila berhadapan dengan kesukaran atau kesempitan, akan ada individu yang menyatakan ia mungkin berpunca daripada rezeki yang dilakukan itu tidak mendapat keberkatan.
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan keberkatan dan adakah ujian yang diterima seseorang individu itu menandakan bahawa kehidupannya tidak berkat?
Para ulama hadis seperti Qadi ‘Iyad, al-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya waktu sebagai hilangnya keberkatan.
Pendapat tersebut dikuatkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari yang bermaksud “Allah s.w.t. mencabut semua keberkatan daripada segala sesuatu, termasuk keberkatan waktu. Dan ini merupakan salah satu tanda dekatnya kiamat.”
Menyoroti perkongsian penceramah bebas Ustazah Asma’ Harun di laman Facebooknya, keberkatan yang dijelaskan juga berkait rapat dengan ‘kesenangan’ dalam melakukan setiap urusan.
Ia berikutan terdapat beberapa individu bertanyakan tentang tip pengurusan masa supaya berkat dan banyak perkara boleh dibuat mahupun diselesaikan setiap hari.
Menjawab pertanyaan tersebut, beliau memaklumkan perkara utama yang perlu dilakukan adalah melakukan sesuatu perkara sehingga selesai.
Malah katanya tiada amalan khusus yang dilakukan untuk memperoleh setiap ‘kemudahan’ yang dirasai seperti andaian sesetengah pihak.
Pun begitu, beliau berkongsi beberapa amalan yang dilihat membantunya menyelesaikan masalah dengan mudah.
Pertama: Mengelak daripada bercakap tentang manusia lain walaupun individu tersebut melakukan kesilapan serta ia ‘sedap’ untuk dibicarakan.
Kedua: Elakkan berdebat dan masuk dalam perdebatan orang lain terutama sekali isu viral yang tidak berkesudahan, silih berganti sampai kiamat.
Daripada Abi Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat”. – Riwayat al-Tirmizi (3176) dan Ibn Majah (47)
Dan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang meninggalkan perdebatan, sementara dia berada di atas kebatilan, maka Allah akan bangunkan sebuah rumah baginya di pinggiran Syurga. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan, padahal dia berada di atas kebenaran, maka Allah akan membangun sebuah rumah baginya di Syurga teratas.” – HR Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas bin Malik.
Menurut Asma’, dunia hari ini menyaksikan perdebatan di media sosial hingga membuatkan manusia banyak membuang masa berharga sehingga akhirnya emosi dan tindakannya pada hari tersebut terpengaruh dengan apa yang dibaca, lihat mahupun dengar.
Namun, jika perdebatan itu bermanfaat dan perlu, maka ia wajar diteruskan tanpa ada mana-mana pihak saling merendah, menghina, mencari aib tersembunyi atau memperlekehkan individu yang lain.
“Saya dapati ramai manusia yang sehariannya sangat produktif, mereka menyibukkan diri dengan membuat persiapan untuk bekal akhirat dan banyak kerja buat untuk keluarga dan agama.
“Kalau dah hari-hari suka baca komen sana komen sini, lagi-lagi isu yang menjadi pergaduhan warganet, walaupun hanya silent reader, lama-lama akan jadi ketagih dan tabiat.
“Bahaya sangat jika berterusan, ingatlah bahawa segala yang kita buat walaupun rasanya tidaklah sampai dosa besar, ia tetap dicatat,” ujarnya tegas.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.