Nak rumah cantik, nak keluarga bahagia dan nak hidup tenang tanpa stress pastikan hidup dengan aura positif. Begitu juga jika nak rumah cantik, kena rajin mengemas, kena rajin jaga halaman dan semuanya kena rajin.
Jika nak halaman penuh dengan bunga-bungaan kena rajin tanam pokok. Tapi kena ada ilmu. Bukan main terjah je nak tanam itu dan ini. Kesian pokok mati begitu aje.
Bagi nak berjinak-jinak nak tanam pokok bunga, Cita-cita nak cantikkan halaman rumah, apa salahnya belajar cara ni.
Menarik perkongsian daripada yang pakar, memang kena tahu. Nano Nursery ni ada caranya nak tanam pokok. Pilihan pokoknya adalah pokok bunga kertas. Nampak simple ajer, tapi nak buat pokok ini merimbun dan tumbuh dengan bunga yang lebat ada caranya.
Apa lagi ikut cara pakar ini.
“Saya tunjukan cara tanam bunga kertas yang rimbun boleh cuba kat rumah.”
Ikut gambar ini untuk rujukan
Wow mudah ajer. Yang penting kena rajin. Apa lagi, ilmu tanam pokok bunga kertas dah tahu. Jom kita tanam pokok minggu ni.
Selamat mencuba!
Sumber: Nano Nursery