Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Share

Kalau sebut tentang penjagaan tulang, antara perkara pertama yang terlintas difikiran kita adalah dengan cara minum susu. Memandangkan umum mengetahui susu diakui sebagai salah satu sumber kalsium penting untuk pembinaan, perkembangan dan menguatkan tulang.

Pun begitu untuk memastikan tulang kita kekal kuat, ada baiknya kita ketahui detail mengenai punca kemerosotan tulang dan otot, serta ketahui juga tips pemakanan yang baik sebagaimana yang dikongsikan secara live di facebook Keluarga di dalam segmen Medic Keluarga yang dibawakan khas oleh Anlene baru-baru ini.

Menyentuh tentang bagaimana kemerosotan tulang dan otot boleh berlaku serta mengetahui tips pemakanan yang baik, Dr (Mr) Farid Fikri Bin Shukri, Doktor Pakar Orthopedik, General Traumatologi Dan Kecederaan Sukan dari Hospital SALAM Shah Alam bersama Puan Megawati Suzari, merupakan Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik & Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia berkongsi info untuk manfaat semua.

Menurut Dr Farid, “Sistem muskuloskeletal tubuh kita terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain. Sistem ini memberikan bentuk dan sokongan untuk badan dan kestabilan serta kekuatan untuk bergerak bagi membolehkan kita menjalankan aktiviti harian dengan bebas

“Tulang mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an¹. Semakin berusia, kita mungkin kehilangan kepadatan tulang sehingga 20%², rawan sendi, yang bertindak sebagai ‘kusyen’ antara sendi, mungkin merosot dengan ketara pada usia 40-an³. Kekuatan otot mungkin merosot sehingga 29%⁴ apabila usia kita meningkat.

“Kemerosotan tulang, sendi dan otot apabila usia meningkat boleh menyebabkan wujudnya beberapa keadaan seperti osteoporosis dan osteoarthritis yang boleh menjejaskan pergerakan jika kita tidak menjaga tubuh kita.  Sesetengah keadaan ini mendatangkan rasa sakit (seperti sakit lutut akibat osteoarthritis), rasa tidak selesa seperti bangun dari kerusi, mengekalkan keseimbangan tubuh dan postur semasa berjalan atau pergerakan menjadi semakin perlahan. Perlahan-lahan, mereka akan sukar bergerak secara bebas serta kualiti hidup mungkin terjejas.”

Antara Cara-cara Untuk Melambatkan Proses Kemerosotan Tulang, Sendi & Otot

Menyedari kepentingan untuk kita mengekalkan kesihatan musculoskeletal ini, Puan Megawati menyarankan untuk kita kerap bersenam dan penting juga mengambil diet yang seimbang.

Pengambilan diet seimbang, merangkumi semua kumpulan makanan termasuk susu adalah penting untuk mendapatkan nutrien penting yang diperlukan harian untuk membantu menyokong keperluan tubuh badan termasuk tulang, sendi & otot.

Contoh nutrien yang penting dalam penjagaan tulang dan otot termasuklah :

  • Kalsium : Membantu membina & mengekalkan tulang kuat
  • Protein : Membantu membina & memperbaiki tisu-tisu badan termasuk otot
  • Vitamin D : Membantu penyerapan kalsium dalam badan
  • Vitamin B2 : Membantu membebaskan tenaga. Kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk kekal aktif setiap hari.

Ekstra info :

Kajian baru-baru ini mendapati bahawa orang yang mengambil 2 gelas susu ditambah dengan MFGM dan nutrien penting, berserta dengan senaman kerap mengalami penambahbaikan dalam fleksibiliti, keseimbangan dan jisim otot. Elemen tersebut adalah penting untuk menyokong pergerakan harian.

Produk Pilihan

Anlene GOLD 5X dirumus secara saintifik untuk orang dewasa yang berusia 45 tahun dan ke atas. Ia ditambah dengan MFGM Active™ & nutrien-nutrien penting. Kita semua perlu menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat untuk kekal aktif setiap hari.

Antara nutrien dan ramuan unik yang terkandung dalam rumusan termasuklah:

  • MFGM Active™: Sejenis ramuan tenusu yang unik. Ia membekalkan komponen yang hampir serupa dengan cecair sendi badan
  • Kalsium: penting untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat
  • Protein tinggi: penting untuk membina & membaiki tisu badan termasuk otot.
  • Sumber kepada vitamin & mineral: vitamin B2, B6, B12, C, D, E; magnesium, zinc
  • Tiada penambahan gula

¹ Buchanan JR et al. (1988) J Bone & Mineral Research. 3(5): 583-587.

² National Osteoporosis Foundation, 2009.

³ Chung (1966) Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95.

⁴ Daly R et al. (2013) BMC Geriatrics 13:71.

⁵ Daly RM et al. (2020) The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446.