Pakar Jahit Langsir Ni Share Cara Buat Pengikat Langsir Tanpa Perlu Dijahit! Mudah & Cantik.

Share

Perkongsian kali ini menarik untuk dicuba, apatah lagi kalau ada yang ingin membuat DIY untuk cantikkan lagi kediaman agar nampak sempurna untuk seisi keluarga.

Mari Buat sendiri pengikat langsir 

Daripada membeli bagus buas sendiri jimat lgI. lg untuk orang yang banyak masa di rumah-

Noi Chntiq Curtain.

Betul juga kata Puan Noi ini, selagi boleh berjimat ada baiknya kita buat DIY seperti mana yang dikongsikannya ini.

Jom semak


Bahan-bahan:

Cd, chopstick, reben, glue gun, gunting, jarum dan benang.

Cara Buat :

1. Potong bahagian tengah cd membentuk bulatan seperti di dalam gambar.

2. Lilit cd dengan reben dan gamkan kemas. Ketepikan.

3. Ambil chopstick dan lilitkan juga dengan reben dengan kemas.

4. Serikan dihujung chopstick dengan ikatan reben. Gamkan kemas.

5. Jika kreatif serikan juga dengan kraf bunga dan gamkan pada cd yang siap dililit tadi.

6. Siap untuk digunakan.

Sumber : Noi Chntiq Curtain