Setiap hari pasti kita akan menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian.  Pun begitu, tahukah anda walaupun ‘tugas’ utama mesin basuh adalah untuk mencuci bagi membersihkan pakaian kotor kita, tapi sebenarnya mesin basuh juga boleh menjadi kotor dan berkeladak jika tidak dicuci!

Ini bukan suatu perkara pelik memandangkan pasti ada daki, habuk, lumpur dan sebagainya melekat pada pakaian kita dan apabila dicuci dengan menggunakan mesin basuh pasti akan terkumpul pula di bahagian dalaman mesin tersebut.

Cuba bayangkan jika sudah lama anda menggunakan mesin basuh tersebut dan anda langsung tidak pernah lakukan kerja-kerja membersihkannya.  Jadi bagaimanalah rupa keladak yang tertimbun sekian lamanya itu, mungkin tidak mampu digambarkan!Jadi apa harus anda lakukan, adakah cukup sekadar dijirus dengan air atau bagaimana?

Menjawab persoalan ini, Radi Apiz di dalam fbnya telah berkongsi langkah demi langkah untuk memberi lebih kefahaman kepada semua. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.


 

“Sejak pakai mesin basuh baru ni la pertama kali saya cuci. Setahun lebih jugak la saya beli mesin ni. Akhir-akhir ni bila cuci baju ada keping-keping habuk melekat kat baju. Pastu saya google la cara-cara nak cuci mesin basuh. Pagi tadi saya try buat. Memang puas hati la tegok keladak-keladak  mesin itu keluar. Guna 2 bahan saja iaitu cuka dan baking soda.”

 

Bahan-bahan :

Ads

300ml Cuka

200gm Baking soda

Langkah demi langkah :

Pakar Cuci Tunjuk  6 Step Bersihkan Mesin Basuh.  Sila Buat, Kalau Tak Berkeladak!

  1. Buka penapis ini dan cuci bersihkan. Lepastu pasang semula.

 

Ads

Pakar Cuci Tunjuk  6 Step Bersihkan Mesin Basuh.  Sila Buat, Kalau Tak Berkeladak!2. Masukkan baking soda di tempat sabun dan masukkan cuka. Nanti soda itu akan berbuih-buih.

 

Pakar Cuci Tunjuk  6 Step Bersihkan Mesin Basuh.  Sila Buat, Kalau Tak Berkeladak!3. Pilih program tub clean. Water level paling maximum.

 

Ads

Pakar Cuci Tunjuk  6 Step Bersihkan Mesin Basuh.  Sila Buat, Kalau Tak Berkeladak!4. Biarkan mesin berpusing-pusing. Amil masa 2 jam.

 

Pakar Cuci Tunjuk  6 Step Bersihkan Mesin Basuh.  Sila Buat, Kalau Tak Berkeladak!5. Tegok kat dasar dia dah keluar keladak mesin.

 

Pakar Cuci Tunjuk  6 Step Bersihkan Mesin Basuh.  Sila Buat, Kalau Tak Berkeladak!6. Hasil keladak mesin yang terperangkap kat penapis

Sumber : Radi Apiz

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI