Jika ada ahli keluarga yang disahkan postif covid-19 dan terpaksa kuarantin di rumah sebelum mereka dimasukkan ke hospital atau pusat kuarantin, maka sewajarnya sama ada anda sebagai pesakit, penjaga atau kontak rapat perlu waspada dan jangan ambil mudah. Bimbang nanti terjangkit dan rantaian virus tidak dapat diputuskan.
Ini sebagaimana apa yang terjadi pada seorang ibu ini yang dijangkiti virus Covid-19 berpunca daripada memakaikan samping kepada anak lelakinya yang positif Covid-19.
Menurut laporan di Harian Metro, bagi Siti Noraisah Mohd Nazri, 38, pemahamannya mengenai Covid-19 ketika itu masih lemah dan menganggap virus itu tidak menular semudah dan secepat itu.
“Anak lelaki saya berusia 11 tahun disahkan positif Covid-19 selepas mendapat jangkitan di sekolah dan menjalani kuarantin di rumah.
“Bagaimanapun, satu hari saya mendekati anak saya yang positif dan membantunya mencuba samping untuk Hari Raya Aidilfitri.
“Mungkin ketika anak saya bercakap dan air liurnya terkena saya menyebabkan saya positif manakala suami dan empat anak lain negatif,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, pemahamannya yang salah mengenai Covid-19 ketika itu menyebabkan dia positif dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) Serdang.
Ads
“Anggapan saya ketika itu, anak saya tiada sebarang gejala dan pasti tidak berjangkit dengan mudah. Tidak sangka selepas ujian swab kedua, saya positif manakala suami dan empat anak lagi negatif. “Apabila saya fikir balik, mungkin ketika memakaikan samping untuk anak, saya dijangkiti Covid-19,” katanya yang dimasukkan ke Maeps pada 2 Syawal lalu.
Guru sekolah menengah itu berkata, selepas dijangkiti Covid-19, pemahaman dan kepercayaan dia terhadap virus itu mula berubah.
Ads
“Sebelum ini saya ragu-ragu dengan Covid-19, tetapi apabila anak dan saya positif serta saya dihantar ke Maeps, ini bukan propaganda pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Manakala bagi Norsuhaila Mahdi, 40, dia mendapat jangkitan ketika hadir majlis berbuka puasa dengan ahli keluarga menyebabkan 10 anggota keluarganya positif virus itu.
“Puncanya kami berkumpul di rumah abang untuk berbuka puasa pada 1 Mei lalu, kebetulan salah seorang ahli keluarga sudah demam tetapi dia tidak hadir, hanya emak yang tinggal dengan abang hadir.
Ads
“Mungkin kami dapat jangkitan dari situ selepas saya mulai demam dan hilang deria bau serta rasa. Selepas melakukan ujian swab, saya, suami dan dua anak, emak yang berusia 72 tahun, abang dan lima beranak serta seorang kakak ipar disahkan positif,” katanya.
Menurutnya, selepas dijangkiti Covid-19, dia percaya virus itu memang wujud dan hanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi saja cara terbaik untuk tidak dijangkiti.
Mendidik anak memang mencabar buat ibu ayah. Lagi lah bila ada anak yang ramai. Tambah lagi sekarang dalam tempoh PdPR ramai ibu yang berkerja dirumah perlu melakukan kerja dan mengajar anak.
Sudah tentu ia suatu yang sukar. Namun untuk mengurus supaya emosi kita lebih stabil, sudah tentu ada caranya.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ustazan Aminah Mat Yusof cara mengurus emosi agar dapat membantu anak belajar.
AMALKAN SURAH INI DAN URUS EMOSI
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
Berlapang dada, baru tak salahkan pihak lain
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
Amalkan ayat ini
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shaheizy atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 38, berkongsi kegiatannya membina landskap berupa taman mini untuk mengisi masa lapang.
“Saya bila tidak ada kerja, mulalah buat itu, buat ini. Sebab dah terlalu b0san duduk rumah. Kerja-kerja seperti ini (berkebun dan bertukang) sebenarnya merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi bila kita buat sampai jadi (siap),” katanya.
Sam menggunakan waktu terluang dengan membina sendiri taman mini di kawasan kediamannya.
Pelakon Polis Evo itu berkata aktivititi tersebut setidak-tidaknya boleh menghilangkan keb0sanan daripada sekadar duduk di rumah.
Akui suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan dan berasa sangat puas hati jika membina sendiri taman mini di pekarangan rumahnya.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu turut menggesa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sektor industri kreatif kembali dibuka sepenuhnya.
“Jadi tolonglah pihak MKN supaya membenarkan kami untuk kembali menjalani penggambaran. Kalau tidak, lama-lama rumah saya jadi macam kondominium. Sikit-sikit tambah (ubah suai rumah),” katanya.
Tentunya bila kita bertemu dengan orang yang lebih berusia dan matang, tidak dinafikan pasti banyak ilmu dan pengalaman hidup mereka boleh kita ‘cedok’ untuk diteladani dan dijadikan panduan.
Begitu juga halnya bagi wanita yang bergelar doktor pakar ini yang begitu berasa kagum dengan ibu mertuanya dalam bab penjagaan kesihatan hingga dirasakan ibu mertuanya itu adalah sebagai pesakit diabetes contoh.
Nak tahu kenapa dan apa sebabnya doktor ini berkata begitu, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya dan semoga dapat dijadikan panduan untuk pesakit diabetes yang lain.
SETENGAH CAWAN CUKUP
Saya cukup hormat ibu mentua saya. Bukan semata sebab dia ibu yang melahirkan buah hati saya, tapi sebab dia lah pesakit diabetes contoh bagi saya.
Satu perkara yang saya perasan, beliau sangat menjaga diet beliau sehari-hari. Amalan berpuasa sunat Isnin dan Khamis juga jadi kebiasaan beliau. Pernah juga beliau berpuasa hampir setiap hari dalam bulan Rejab dan Syaaban.
Amalan makan mengikut masa beliau juga patut dipuji. Breakfast seawal jam 7.30 pagi, diikuti dengan aktiviti berkebun keliling rumah. Ni amalan yang sangat bagus bagi warga emas seperti beliau untuk mengeluarkan peluh. Kalori dibakar, vitamin D daripada cahaya matahari pun dapat, bunga dan sayur-sayur pun banyak dapat. Memang untung!
Satu lagi amalan beliau yang saya puji ialah beliau amat menjaga kaki. Penjagaan kaki amat penting bagi pesakit diabetes seperti beliau sebab kaki mudah tercedera dan dapat komplikasi. Setiap kali lepas wudhu atau mandi, beliau akan mengesat kaki sehingga kering. Setiap celah jari kaki beliau akan dibelek dan dikesat untuk mengelakkan kelembapan yang jadi kegemaran ‘kulat kaki’.
Kalau saya ikut beliau ke kenduri perkahwinan di hujung minggu, saya perhatikan beliau cukup hati-hati memilih makanan. Kuantiti yang diambil pun dijaga. Memang payah juga, sebab ada makanan manis yang beliau gemari. Selalu saya perasan, kalau beliau ambil cendol atau air manis, kuantitinya selalu separuh. Lepas dah merasa, dia akan hulurkan kepada bapa mentua saya untuk dihabiskan.
Sejak itu, setiap kali saya ambik minuman atau makanan manis di majlis atau di buffet, saya akan cuba untuk ambik dalam kuantiti yang sedikit. Cuma untuk hilangkan rasa ingin.
Saya mungkin doktor pakar, tetapi tetap ada banyak perkara yang saya belajar dari orang-orang tua keliling saya. Bukan saja dari segi penjagaan masalah diabetes. Kalau dari mak mentua saya, yang paling penting ialah belajar macamana nak layan suami sebaik yang beliau lakukan.
Itu pun penting juga kan?
sumber : Sakinah Sulong
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.