Pakaikan Baju Sama Warna, Ibu Anak 5 Ni Ada Sebabnya Yang Tersendiri. Memang Terbaik!

Share

Mengenakan pakaian sedondon bila berjalan-jalan di tempat awam pastinya akan menjadi tumpuan orang ramai. Umumnya, senario berbaju sama warna ini lebih ramai menggayakannya pada musim-musim perayaan.

Namun berbeza dengan Puan Sarah Saifuddin ini yang mempunyai 5 orang anak. Baginya ada tujuan dan sebab tertentu, mengapa mengenakan pakaian sedondon untuk anak-anaknya setiap kali keluar ke tempat awam. Nak tahu apa kisahnya, jom baca perkongsian menarik daripadanya.


Setiap kali ke tempat yang crowded dan ramai orang, tak kira kenduri, supermarket, kedai buku. Saya wajibkan anak-anak berpakaian sama warna. 

Kenapa?

Ini tips dari saya untuk ibu anak ramai.

Dalam kesibukan ramai, jangan sampai hilang anak dari pandangan mata.
Cara mudah, baju sama mudah untuk ibu mengira bilangan anak. 
Bila anak dah masuk 6 orang ni, urat saya dah banyak putus. 
Saya tak panggil nama anak dah.

Maka otak saya automatik set, 
” 1.., 2.., 3.., 4.., 5!. Ok cukup 5 anak belaka.”

Dulu husband saya gelak mulanya.

Mana taknya, dengan jari sekali bergerak kira anak. Haha…Dia cakap kena panggil nama anak.  Tapi sekarang, baru husband faham. Sebab dia sendiri bila naik kereta, ayat wajib ditanya semua,

“Cukup tak anak ayah ni?
Ada sesiapa tertinggal tak.”

See.
Dan jangan pelik adakala husband pun pakai baju sama.  Senang umi nak cam dalam ramai orang, Mana bapa hensem ni. Hahaha.

Lagi best, kadang tengah kalut cari anak tak cukup sorang, ada parent lain tolong jagakan anak kita.Bila mak duk cari mana anak, selalu ada yg menyampuk, “Tu dia sorang lagi!” Hehe..

Tetapi dalam masa sama, ada satu tips juga membantu bila baju semua sama.


Sesama diaorang kalau hilang pun, diaorang nampak baju yang sama dari jauh!

Tips pakai gelang tali kat tangan tu memang terbaik. Saya suka. Malangnya saya tak dapat follow sepenuhnya. Bayangkan 5 anak nak ikat di 2 tangan ibu.  Silap hari bulan umi yang terduduk kat tengah.

sumber : Sarah Saifuddin