
Mengenakan pakaian sedondon bila berjalan-jalan di tempat awam pastinya akan menjadi tumpuan orang ramai. Umumnya, senario berbaju sama warna ini lebih ramai menggayakannya pada musim-musim perayaan.
Namun berbeza dengan Puan Sarah Saifuddin ini yang mempunyai 5 orang anak. Baginya ada tujuan dan sebab tertentu, mengapa mengenakan pakaian sedondon untuk anak-anaknya setiap kali keluar ke tempat awam. Nak tahu apa kisahnya, jom baca perkongsian menarik daripadanya.
Setiap kali ke tempat yang crowded dan ramai orang, tak kira kenduri, supermarket, kedai buku. Saya wajibkan anak-anak berpakaian sama warna.
Kenapa?
Ini tips dari saya untuk ibu anak ramai.
Dalam kesibukan ramai, jangan sampai hilang anak dari pandangan mata.
Cara mudah, baju sama mudah untuk ibu mengira bilangan anak.
Bila anak dah masuk 6 orang ni, urat saya dah banyak putus.
Saya tak panggil nama anak dah.
Maka otak saya automatik set,
” 1.., 2.., 3.., 4.., 5!. Ok cukup 5 anak belaka.”
Dulu husband saya gelak mulanya.
Mana taknya, dengan jari sekali bergerak kira anak. Haha…Dia cakap kena panggil nama anak. Tapi sekarang, baru husband faham. Sebab dia sendiri bila naik kereta, ayat wajib ditanya semua,
“Cukup tak anak ayah ni?
Ada sesiapa tertinggal tak.”
See.
Dan jangan pelik adakala husband pun pakai baju sama. Senang umi nak cam dalam ramai orang, Mana bapa hensem ni. Hahaha.
Lagi best, kadang tengah kalut cari anak tak cukup sorang, ada parent lain tolong jagakan anak kita.Bila mak duk cari mana anak, selalu ada yg menyampuk, “Tu dia sorang lagi!” Hehe..
Tetapi dalam masa sama, ada satu tips juga membantu bila baju semua sama.
Sesama diaorang kalau hilang pun, diaorang nampak baju yang sama dari jauh!
Tips pakai gelang tali kat tangan tu memang terbaik. Saya suka. Malangnya saya tak dapat follow sepenuhnya. Bayangkan 5 anak nak ikat di 2 tangan ibu. Silap hari bulan umi yang terduduk kat tengah.
sumber : Sarah Saifuddin
“Tak Sangka, Akak Bagi Anak-Anak Pada Puaka Untuk Dijaga.” Ibu Ini Syak Arwah Anak Didera Kini Menuntut Keadilan.

Berat mata meandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu mana yang dapat menerima kehilangan insan yang disayangi sekelip mata sahaja. Si kecil yang sihat dalam jagaan, namun kini pergi tak kembali gara-gara perbuatan yang tidak bertanggung jawab orang lain.
Ini kisah ibu kepada dua beranak yang menceritakan bagaimana anak keduanya meninggal dunia akibat perbuatan pengasuhnya yang tidak bertanggung jawab. Ibu muda ini mahukan keadilan supaya kematian anaknya bernama Yuri tidak sia-sia selain bagi memastikan tiada lagi kanak-kanak lain yang menerima nasib sama.
Ikuti kisah yang diceritakan oleh Noyu Mohamad yang dimuat naik menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Akak mempunyai 2 orang anak bernama Ryu dan Yuki. Akak ni orang berniaga online dari rumah, suami pula rakan kongsi sebuah kantin di UiTM jengka. Oleh kerana ekonomi suami dan akak yang tak berapa bagus, akak pun terpaksa mencari kerja . Cari punya cari maka dapat ler kerja Japanese speaker customer service bagi sebuah syarikat penerbangan.
Akak mula bekerja pada 12 March 2018. Oleh kerana tidak tahu dan pertama kali mencari pengasuh jadi kami mencari di faceboook iaitu Kelab pengasuh Selangor dan Kuala Lumpur. Yang paling dekat adalah seorang pengasuh yang bernama Norhafizah Laily Tajuddin (Fiza) di Puncak Perdana.
Akak dan suami melawat dulu rumah Norhafizah dan mendapati beliau ada 3 orang anak yang masih kecil berumur 4 tahun ,2 tahun dan setahun kesemua lelaki. Anak lelaki akak pula Ryu berumur 3 tahun dan baby Yuki 10 bulan. Oleh kerana dia ada anak2 kecil, keadaan rumah masa tu pun bersih {maybe dia dah kemas siap siap sebelum kami datang nak kenal} dan tambahan pula dia bercakap dengan lemah lembut, jadi akak rasa dia adalah calon sesuai.
Pada 16hb March 2018 akak mula tinggalkan anak anak bawah jagaan Norhafizah. Cerita bermula pada 19hb March dimana akan mula perasan ada lebam2 pada Yuki dan Fiza bagi alasan Yuki terjatuh dan lengannya biru sbb diheret oleh budak- budak yang tengah main. Akak yang baru balik dan PENAT BEKERJA tidak mengesyaki apa2. Mungkin TIDAK BOLEH BERFIKIR secara logik kerana terlalu penat. Pada 22 March pula ada kesan lebam pada pinggang Ryu dan Fiza mengatakan Ryu bergaduh dengan anak-anaknya. Akak tanya samada dia ada pukul anak akak tetapi dia menafikan dengan bersumpah dia tak buat perkara yang macam tu dan berjanji akan lebih berhati2 menjaga anak akak. Akak tanya lagi, Betul ke tak da pukul atau tangan budak2 ni? Sebab Ryu citer Fiza pukul dia. Fiza jawab,”Alah kak,time depa bising2 rebut mainan tu ,mmglah. marah pun takat marah anak, pukul pun gitu2 bagi takut je, xda la sampai nak mendera”.
Pada akhir-akhir bulan March, Fiza mengambil lagi 2 org anak asuhan,adik beradik yang berumur 2 tahun bernama Adam dan setahun bernama Aira. Tanpa beritahu kat akak sepatah pun.Sedangkan dia TAHU masa akak cari pengasuh, mmg akak cari yang tak da jaga anak orang lain.Akak dah mula risau kerana ramai sangat, bila akak bertanya kepada Fiza, dia kata tak da masalah, boleh uruskan lagipun dia mmg xada bt apa yang lain dan itu saja mata pencariannya. Jadi akak masih percaya lagipun kalau akak hantar nursery keadaan pun sama juga.
Pada 20hb April ada kesan lebam di dahi Yuki dan perut Ryu. Fiza minta maaf kepada akak katanya terjatuh sofa dan Ryu pula bergaduh dgn Adam {anak parent satu lagi} ketika tu dia tengah solat. Jadi pada malam tu saya mula mencari baby sitter yang lain. Pada 23hb April pula ada kesan lebam di tengkuk kiri kanan dan kemaluan Yuki. Fiza kata dia sental daki Yuki terlalu kuat dan tinggal bekas.Takkanlah baby punya leher berdaki kut…Hati saya dah mula ragu2 dan mula mengesyaki yang bukan-bukan.
Pada 25hb April akak mintak adik lelaki akak mengambil Ryu dan Yuki kerana akak masih di tempat kerja dan mungkin terlambat sikit dari hari biasa. Biasanya 4.30 ptg habis kerja akak terus pergi ambil anak-anak. Adik akak bagi salam, tengok pintu memang terbuka dan TERNAMPAK FIZA PUAKA DENGAN SEBELAH TANGAN MENYENTAP LENGGAN BABY AIRA yang berumur setahun (iaitu adik kpd Adam, anak asuhan parent yang lain) DAN MENGHERETNYA dari depan pintu ke tengah ruang tamu.
Sejak hari itu akak tidak lagi meletakkan anak akak dengan Fiza dan adik ipar akak tolong menjaga anak akan buat sementara waktu. Yang peliknya Fiza tak bertanya sepatah pun kenapa akak tak letak anak akak dengannya dah. Akak minta no contact n fb Mak Aira, tapi Fiza tak bagi. Akak bercadang untuk menghubungi Mak Aira untuk bagitau kejadian anaknya diheret. Akak juga nak melaporkan kepada pihak polis kesan2 lebam anak akak sepanjang penjagaannya. Sesambil tu akak jenguk2 jugak Taska Atau babysitter atau Bibik sana sini.
Malang sekali, kedua – dua anak akak telah mula demam2 pada 26hb April 2018. Akak bawa anak-anak ke klinik. Akak teringat, sebelum akak keluarkan anak-anak dari jagaan Fiza, Fiza ada tanya Akak.. “Eh kak…Yuki ni mmg jenis kejap2 demam ya?’(Rupanya dia dah prepare diri siap2 supaya senang nak salahkan kita kalu anak tak sihat..padahal blakang aku lemau kau balun budak2 ni semua. Pandai ko blakon tnya tu ni) Anak akak kalau ada tak sihat je, akak akn ambil cuti dan takkan letak kat dia, sbb tahu ramai anak lain lagi dalam rmh tu. Akak perasan, sejak akak letak anak- anak dibawah jagaan Fiza, anak-anak kerap panas badan on off, makin kurus dan muka start nampak pipi cengkung. Bila ditanya anak –anak makan tak? Dia jawab anak- anak makan banyak. Sedangkan setiap kali dah ambil, anak-anak makan mcm lahap kelaparan. Yuki ,akak bekalkan breastmilk, bila kita check tengok breastmilk bekal freeze tak bergerak, tanya kenapa? Fiza jawab, Yuki tak nak minum, dia nak minum air kosong je. Baby kut lagi…takkan taknak susu kan?

Pada 5hb May 2018 Yuki dan Ryu demam lagi dan dimasukan ke KPJ Selangor. Pada 13 MAY Yuki meninggal dunia di KPJ Selangor, sedih dan pilu hati akak hanya tuhan saja yang tahu. Akak whatsaap kat Fiza pada 14MAY jam 2:26ptg ,bagi gambar Yuki dah meninggal,gambar jenazah,tanpa apa2 komen,nak tengok reaksi Fiza, dia buka whatsapp jam 3ptg,hari yang sama,online,blue tick,tapi dia boleh buat tak tau!!!
Lps 5 jam baru dia reply{reply wasap ya,bkn call} tanpa rasa terkejut atau rasa sedih {anak asuhan kan..anak- anak pun panggil dia dgn panggilan MAK} Nak tahu apa wasap reply dia? “Innalillahiwainnailahiroji’un Takziah kak…Semoga Yuki ditempatkan di syurga adnin”…..akak berdebar dan speechless…..hati rasa remuk.
Lps tu Akak dah mula suspect yang dia mmg dah tau perbuatan yang dia rahsiakan dari kami tu, sesuatu yang MMG KEJAM dan DILUARJANGKAAN parents.Dengan kesan kesan lebam di badan anak-anak asuhan semua tu. Sebab tak puashati, Akak post dalam FB di beberapa kelab pengasuh untuk nak dapatkan nombor mak Aira, dan akhirnya dapat juga. Ramai parents yang bertanyakan dekat Akak apa yang terjadi dan kenapa pengasuh tu tak nak bagi nombor mak aira.
Selepas akak post di Fb Kelab pengasuh,ramai parent di area yang sama, yang nak letak anak di bawah jagaan Fiza,tetapi tak tahu perangai sebenar Fiza, {Asal Fb Fiza : FIEZA NHL, then lps Yuki Meninggal dia punya Fb : NHL LONG.Dan Lps dah dapat warning dari JKM, jangan buat lagi babysitter sbb dah ada 2 report polis atas dia,dia buka lagi iklan cari anak asuhan bawah FB : MAK LONG }.
Even Yuki dah meninggal pun,even JKM dan penguatkuasa dah dtg rumah dia,bagi warning pun, Fiza masih berleluasa buat iklan cari anak asuhan dgn guna fake FB dgn no telefon yang berlainan. Buat setakat ni Akak dah selamatkan 3 parents yang mmg dah berhubung dan dah pergi jumpa Fiza untuk letak ank.
Ada parent yang dah pergi bagitahu akak, dahi anak dia yang bongsu , yang umur setahun tu bengkak biru, lebam, bila ditanya knp? Fiza jawab sambil senyum2 dan gosok2 dahi anaknya ..”Oooo…ni nyamuk gigit”. Sah lah anak- anak dia pun mmg mangsa tangan dia. Fiza bebas tanpa sebarang hukuman. Sampai bila benda ni nak berlarutan??sampai anak- anak orang lain jadi mangsa ???
Dapat je nombor mak Aira pada 18hb May akak terus hubungi dia dan sangat sangat terkejut kerana info mak aira kesan lebam tu mmg sama dgn anak-anak dia iaitu Adam dan Aira. Alasan juga adalah sama, JATUH SOFA , GADUH ANTARA BUDAK BUDAK,SAH SAH ANAK-ANAK KAMI KENA DERA!! RASA SESAK NAFAS MCM NAK PENGSAN, akak bagi anak akak pada PUAKA untuk menjaganya!! Pada esoknya 19hb May 2018 suami akak dan mak Aira terus buat report di IPD Shah Alam. Akak tak boleh pergi sebab Ryu masih dalam wad masa tu. 20hb May Ryu dari KPJ Selangor dipindahkan ke Hospital Shah Alam kerana kes polis mesti pada hospital kerajaan.
Pihak polis ada melawat ,ambil statement dan ambil gambar semua yang jadi mangsa tangan Fiza. Baby Aira dan abangnya Adam pun ditahan di wad yang sama untuk check up dan siasatan kerana takut terjadi nasib macam arwah anak akak, Yuki. Tetapi masalahnya menurut IO kes ini susah nak dibuktikan. Akak ni tak tahu nak kata apa masa tu, dah la pilu, putus harapan dibuatnya.
Akak pelik gak sebab orang dah jadi abu pun boleh dikesan pembunuhnya, yang dalam tong drum pun lagi boleh dicari. Mungkin kes ni tak high profile kut.Ye lah, sapa lah akak ni kan???? Tapi masa tu akak tawakal je dulu, biar anak akak yang sorang ni, Ryu ni betul2 sihat, akak panjat turun naik mana-mana pejabat atau jabatan yang sudi dengar , hulur tangan dan tolong orang2 yang anak- anak senasib dengan akak.
Bila Ryu dah keluar wad ramai yang suruh viralkan, tapi akak dan suami mmg tengah sangat down. Memang rasa putus asa… sebabnya ibarat serah anak untuk DIKORBANKAN!! Harapkan baby sitter, Baby sitter BERPUAKA!!
Ryu pulak sampai sekarang terpaksa dirawat dan bawah treatment di klinik psikiatri Hospital Shah Alam… sebab asyik mengigau, tingkah laku tak normal, dan paling sedih sekali dia asyik tanya ADIK MANA MOMMY!! ADIK MANA???!KENAPA MOMMY TINGGAL ADIK YUKI KAT HOSPITAL!!!BAGI BALIK ADIK YUKI!
Akak berusaha untuk move on ,nak nangis lepaskan rindu ingat kat Yuki, terpaksa tahan-tahan…takut Ryu nampak.Sbb Doc Pskiatri Ryu dah pesan…if mother not happy..Ryu boleh rasa. Sedangkan kita nak bagi Ryu sihat dari trauma yang dia tengah alami.
Nak dijadikan cerita (ALLAH MAHA KAYA) kami terjumpa seseorang yang mengenali Fiza ni.. ‘Fiza ni memang suka GONCANG BUDAK KAK, DIA PANAS BARAN, ANAK DIA PUN DIA GONCANG, DIA NI KAKI BOMOH, LAKI DIA PUN DIA BAGI MINUM AIR KENCING, ETC ETC’ Akak tanya dia, “Mana adik tau?”Dia ckp, ” Lar kak.. dia goncang anak dia yang baby tu depan kami. Supaya diam.Perasan tak kak, anak dia yang sulung tu tak boleh bercakap elok lagi,padahal dah umur Ryu. entah apa dia dah buat kat anak-anak dia . Anak orang lain lagi lah kak.Yang kes bagi laki dia minum air kencing tu dia sendiri yang cerita kat saya.Supaya laki dia tunduk kat dia.Sbb tu depan saya pun dia tengking tengking marah laki dia”
Lemah rasa satu badan bila Akak dengar citer ni. ALLAH saja yang tau…Menitik air mata terbayang kesakitan yang anak-anak dah alami akibat perbuatan Fiza….. SAH LAH FIZA NI MMG PERANGAI PUAKA DAN SUKA PUKUL BUDAK!
Bila akak gugel akak baru tau yang baby, bila digoncang tidak semuanya on da spot dapat kesannya, tetapi dalam tempoh masa beberapa hari atau bulan yang boleh menyebabkan kematian .
Orang macam Fiza ni tak boleh dibiarkan merayap dalam kelompok masyarakat. Patut diletakkan dalam penjara!! Genap 100hari Yuki meninggal , semua info pasal Fiza, siapa Fiza yang sebenar, semuanya datang dengan sendirinya.
Akak berharap dengan berkongsi apa yang akak dah alami ni, mendapat sokongan dan pertolongan dari netizen agar anak akak Yuki dapat PEMBELAAN dan KEADILAN.
“Pakat Ketuk Kepala Ramai-ramai..”- Rupanya Dr. Tengku Asmadi Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli

Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Jadi, hentikan buli. SAY NO TO BULLY.
Sumber : Dr Tengku Asmadi
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“1 Dalam Sejuta.” Tengku Hassanal Tolong Angkat Skrol Jatuh Ketika Istiadat Raih Perhatian.

“1 Dalam Sejuta.” Tengku Hassanal Tolong Angkat Skrol Jatuh Ketika Istiadat Raih Perhatian.
“1 Dalam Sejuta.” Antara komen warganet setelah melihat sikap ‘humble’ Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40.
Ketika Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-40, secara tidak sengaja seorang penerima iaitu Leftenan Muda Sarah Monika Mohd Roni Sow Abdullah kelihatan gagal menyambut skrol yang diserahkan Tengku Hassanal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka, reaksi spontan Tengku Hassanal mengambil sendiri skrol berkenaan membuat ramai pihak kagum.
Dalam pada itu, Sarah Monika berkata dia mengakui bersalah tidak dapat mengambil sendiri skrol berkenaan dan terpaksa mengikut protokol majlis.
“”Saya sangat gementar naik ke pentas ketika itu sehingga orang terdekat pun menyedarinya.
“Bagaimanapun, saya gagahkan diri juga naik dan lain pula jadinya apabila skrol diserahkan Tengku Hassanal terlepas daripada genggaman tangan saya.
“Ikutkan hati saya nak tunduk dan ambil sendiri skrol itu tetapi terpaksa tahan kerana mengikut protokol.
“Tak sangka pula baginda sendiri tunduk dan ambil skrol berkenaan sebelum petugas sempat datang membantu.”
Katanya lagi, mengikut polisi dan protokol baginda tidak boleh tunduk dan akan serahkan semula skrol seperti biasa.
“Saya kagum dengan keperibadian baginda kerana bersikap rendah diri walaupun berstatus Putera Raja.”
@nadia_rhtv Pemangku Raja Pahang, Raja yang humble…Allahu Akbar Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku! #pemangkurajapahang #kerabatpahang #tengkumahkotapahang #tengkuhassanalibrahimalamshah #tengkuhassanal #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #viral #palapes #pentauliahandiraja #ukm #kaptenraeiz #kaptenraeizhamed #raeizhamed #captraeiz #captraeizhamed #extudm #bekastentera #tudm #veteran #veteranATM #Malaysia #rajaberjiwarakyat ♬ original sound – Nadia_RHTV
Meninjau di ruangan komen rata-rata kagum melihat cara baginda yang sangat humble.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club