Beberapa hari yang lalu, , pelakon cantik manis Ika Nabila tampil dengan imej bertudung mendapat perhatian ramai terutama peminatnya.
Berkongsi gambar berhijab menerusi Instagram miliknya, Nabila memberitahu dia kini dalam proses menyesuaikan dirinya dengan imej baharu itu dalam masa yang sama menjadi ibu dan isteri yang baik.
“Saya menerima banyak panggilan dari semua medium yang bertanyakan banyak soalan mengenai imej baharu saya.
“Sebenarnya saya sedang menyesuaikan diri dan masih mencuba untuk menjadi seorang yang lebih bagus, sebagai seorang isteri dan ibu juga.
“Doakan saya ya, sepertimana saya mendoakan kamu semua. Segan sebenarnya,” katanya.
Ditanya sejak bila dia mula terbuka hati untuk bertudung, jawab Ika, dia belum bersedia sepenuhnya untuk berkongsi berita tentang penghijrahannya kepada orang ramai.
Sebelum itu, Ika dilihat berkongsi momen-momen bermakna melalui muat naik video bersama putera sulungnya, Muhammad Noah Zayn.
Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang dilahirkan pada 23 Oktober tahun lalu.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Boleh cuci mata di sini
Sumber: ikanabella