Pakai Sarung Tangan, Ibu Terkejut Jari Anak Mati Bertukar Hitam.

Share

Bahaya sarung tangan bayi jika salah pemakaiannya. Ia boleh menyebabkan perkara yang tidak dingini berlaku seperti kejadian yang tular di media sosial sebelum ini.

Apabila seorang bayi baru berusia lima bulan di bawa ke hospital akibat jarinya sudah kehitaman mati atau dikenali sebagai necrosis.

Ia juga boleh berlaku jika rambut atau bebenang terlilit pada bahagian jari atau kaki bayi, Situasi ni yang dikenali sebagai Hair Torniquet Syndrome akan menggangu aliran darah sehingga menyebabkan bahagian itu menjadi kehitaman atau necrosis.

 

Jika ia berlaku ia akan menyebabkan jari sudah tidak lagi berfungsi sehingga terpaksa di potong. Jadi ibu ayah kena alert mengenai hal ini terutama buat anak yang masih bayi dan memakai sarung tangan.

Sebagaimana peringatan Dr Ahmed Kamarulzaman (Klinik Perubatan Ikhram) ini sebagai peringatan kepada ibu ayah agar berhati-hati ketika menguruskan pemakaian anak yang masih bayi.

Biarpun situasi ini sudah lama berlaku, ia harus menjadi teladan kepada ibu muda yang menguruskan anak. Take note ye!

Baru tadi, seorang bayi 5 bulan dibawa ke hospital atas sebab jarinya sudah pun mati (necrosis)

Dijemput ibubapa dari pengasuh setelah tamat kerja. Ketika itu, bayi sudah pun disiapkan oleh pengasuh untuk tidur. Lengkap berpakaian tidur, beserta sarung tangan dikedua belah tangan.

Keesokan paginya, ingin dimandikan dan disiapkan sebelum dihantar ke pengasuh.

Sarung tangan kiri dibuka. Kelihatan jarinya yang sudah pun HITAM!

Segalanya disebabkan oleh benang sarung tangan secara tidak sengaja terlilit di jari tengah bayi tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Ibubapa terkejut, lalu dibawa bayi ke hospital. Namun, segalanya sudahpun terlambat.

Jarinya sudahpun mati dan tak boleh dikembalikan. Bayi tersebut dijangka menjalani pembedahan membuang jarinya yang telahpun mati itu.

Pesanan untuk Ibubapa : Sila periksa jari anak-anak anda yang dipakaikan sarung tangan / sarung kaki. Jangan biarkan tangan dan kaki tertutup lama.

Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Pegawai Perubatan
Klinik Perubatan Ikram, Gong Badak

 

Sumber: Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman

Sumber:

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club