Tipu la kan kalau orang tak mengimpikan bentuk badan yang kurus dan langsing kan?

Zaman sekarang ni, nak kurus ada banyak cara boleh buat tau! Cuma terletak kat diri la nak kurus dengan cara macam mana.

Bagi yang boleh bersabar, mereka akan mulakan dengan kaedah paling asas, iaitu jaga makan dan bersenam.

Malah, ada juga yang mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil makanan tambahan untuk menyekat selera makan dan semestinya mengamalkan pemakaian korset dek terjebak dengan iklan luar.

Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuatkan perut dan pinggul tampak lebih langsing berbanding biasa.

IKLAN

Sebenarnya korset ini bukanlah alat pembakar lemak di dalam badan, sebaliknya ia hanya menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk menjadikan bentuk badan tampak lebih menawan.

Dalam erti lain, pemakaian korset ini hanyalah untuk menyorok gumpalan lemak sahaja!

Tapi, tahukah anda, pemakaian korset ni mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan si pemakai? Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian dari Public Health Malaysia ini. 

IKLAN

Pakai Korset Sebab Nak Langsing. Takut Nanti Perut Tak Kempis, Penyakit Pula Datang!

Lebih ketat, lebih bahaya

IKLAN

Ramai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)

Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?

Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI