Soalan “kerja apa?” nampak macam biasa, tapi bagi sesetengah orang, ia boleh jadi sesuatu yang berat nak dijawab. Terutama bila orang menilai hanya berdasarkan pekerjaan, kereta, atau penampilan luar.
Menerusi perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol memilih untuk merendah diri dan mengelak daripada membuka cerita tentang pekerjaannya. Kenapa? Sebab biarpun bergelar seorang jurutebang dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai ‘drebar’ . Dia sedar, tak semua orang mampu melihat nilai sebenar seseorang di luar status dan harta benda.
Jom ikuti perkongsiannya
Semalam dalam post bila aku cakap aku kerja drebar, ramai yang tersenyum ingat aku bergurau senda.
Tapi hakikatnya camtulah bila aku ditanya oleh orang yang aku tidak berapa kenali… Siapa dia.
Bila pergi ke majlis kenduri atau open house kawan² aku atau kawan² orang rumah, antara soalan wajib yang selalu ditanya ialah “kamu kerja apa” atau “kamu kerja kat mana”…
Biasanya yang tanya ni pakcik dan makcik tapi kadang² ada juga ahli kariah surau atau masjid yang saja tanya sebab mereka nak berkenalan dengan kita.
Ads
Benda ni normal je bagi aku tapi bagi orang lain mungkin ada yang tak suka sebab rasa tak selesa.
Ada orang, mereka tak suka orang sibuk “busy body” pasal hal depa. Tanya pasal kerja apa atau kerja kat mana pun ‘sometimes’ sangat sensitif bagi mereka.
Bagi Aku yang kerja drebar ni, selalunya aku pun mengelak juga bagi tahu aku ni kerja apa…
Bukan apa, takut orang salah faham dengan kita. Maklumlah, kadang² orang menilai kita dengan pakaian atau kereta yang kita bawa.
Kalau aku jujur cakap kerja apa, mesti orang akan cakap aku menipu… Sembang tak nak jatuh kata mereka.
Ads
Yalah, aku biasanya kalau pergi ke majlis selalunya naik Axia… Kereta kecil ni senang menyelit bila nak parking.
Aku lebih suka “low profile” bila sembang dengan orang yang aku baru kenal sebab bila kita letak diri kita di bawah, baru kita nampak karektor orang yang berbual dengan kita tu camna.
Sesetengah orang bila aku cakap je kerja drebar terus dia berhenti sembang dengan kita… Perbualan terputus serta merta.
Maka layan la aku blues sorang² kat meja makan menjamu selera sambil tengok “orang kaya” bersembang sesama mereka..
Ads
“Woii sekarang duduk kat mana? Wei aku tinggal kat Mont Kiara bro”…Camtulah lebih kurang bunyinya.
Ada sesetengah orang kita ni depa lebih suka melihat pada kereta itu sebagai satu simbol kejayaan.
Sebab itulah ramai orang muda yang tersilap langkah kerana berlumba-lumba nak tunjuk siapa yang lebih berjaya.
Mereka mencari pengiktirafan dan nak tunjukkan kejayaan mereka dari orang² yang mengenali diri mereka.
Dan akhirnya hidup merana sebab sakit kepala dibelenggu hutang yang menyesakkan jiwa. Moga kita semua terselamat dari golongan “Biar Papa Asal Bergaya”…
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mulutnya berbuih dan bibirnya kelihatan sedikit biru,
matanya menjuling keatas,
rahang pula mengetap dengan kuat,
gigi terkancing rapi,
Anggota kaki dan tangannya kejang,
ada ketika pula tersentak-sentak,berselang seli keduanya.
“Ariel,Ariel!”,dipanggil ibunya pula langsung tiada respon.
“Tolong doktor anak saya tengah sawan”,ibunya kelihatan cemas sambil meluru masuk ke Zon Merah.
Kanak-kanak tersebut lantas dibaringkan di atas katil.
“Supp Valium stat”,pintaku kepada rakan setugas merangkap Penolong Pegawai Perubatan.
Kurang daripada seminit,
High Flow Mask Oxygen lantas ditekup ke muka,
Vital Signs probe dipasang dan bacaan kelihatan pada monitor,
Bacaan glucometer diambil,
Suppositori valium pun diberikan,
Dalam masa yang sama akses kepada vena (IV line) dicari.
“Saya baru sahaja beri minum kepada dia atas kereta tadi,tiba-tiba badan dia kejang,matanya juling ke atas dan terus dia jadi macam ini”,ibunya sedikit tenang.
“Dia dah demam panas dari semalam.Batuk dengan selsema pun ada.Tadi memang saya dalam perjalanan untuk dapatkan rawatan di sini”,tambah si ibu lagi
Selepas beberapa ketika,sentakan dan kekejangan otot mula hilang.Kanak-kanak itu kini kelihatan sedikit lemah dan seperti sedang tidur (post-ictal drowsiness).Selang beberapa minit,dia mula merengek dan kembali sedar seperti biasa.
Kes yang berlaku kepada Airel ini adalah contoh serangan sawan demam (Febrile fits) atau lebih dikenali sebagai Sawan Tarik.
Sawan demam (febrile fits) adalah sawan yang boleh berlaku apabila kanak-kanak mengalami suhu badan yang tinggi akibat daripada demam yang berterusan.Sawan ini paling kerap berlaku bagi kanak-kanak berumur antara 6 bulan sehingga 3 tahun.
Ibu bapa mana yang tidak akan resah dan panik apabila melihat anak dalam keadaan sedemikian,terutamanya jika itu merupakan pertama kali.
Hampir kesemua ibu bapa yang mengalami keadaan sedemikian akan menjadi panik,lantas buntu dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan.
Walaubagaimanapun perlu diketahui bahawa sawan yang berlaku sekali sekala sahaja tidak membahayakan nyawa dan kajian menunjukkan hampir semua kes pesakit akan sembuh seperti sediakala.
Ikuti tips ini untuk mengetahui apa yang perlu dan apa yang jangan anda lakukan.
LAKUKAN 5 LANGKAH INI APABILA ANAK ANDA TERKENA SAWAN:
1. Bertenang,jangan panik.
Ini langkah pertama dan yang paling utama kerana apabila kita panik,kita tidak akan tahu dan mampu berfikir apa yang patut dilakukan kerana “mental block”.
Fikir dengan jelas dan tenang sebelum bertindak.Tenangkan anak anda dan yakinkan orang sekeliling bahawa segalanya dalam keadaan terkawal.
2. Elakkan kecederaan.
Kanak-kanak yang sedang mengalami sawan akan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,oleh itu pastikan anak anda dalam suasana selamat dan jauh daripada sumber bahaya.
Misalnya jika dia berada di tepi tangga,bersebelahan dapur panas,objek keras dan tajam,di tengah jalan dan sebagainya cuba alihkan kedudukannya ke tempat yang lebih selesa.
3. Perhatikan anak anda.
Sebolehnya cuba perhatikan masa mula sawan itu berlaku.Perhatikan juga turutan peristiwa dan juga pergerakan badan yang terlibat dan berapa lama tempoh masa ianya berlangsung.Seandainya melebihi 5 minit,segeralah hubungi bantuan kecemasan atau ambulans.
Tempoh masa,sifat pergerakan dan kriteria sawan yang anda perhatikan ini akan membantu apabila anda ingin memberikan laporan kepada doktor nanti.
4. Pusingkan anak anda ke kedudukan mengiring dan pastikan dia dalam keadaan selesa.
Dalam bidang kesihatan,kedudukan ini dipanggil “recovery position” iaitu sebahagian daripana bantuan awal (first aid) untuk pesakit yang tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas untuk mengelakkan pesakit lemas(suffocate) disebabkan ruang pernafasan tertutup jika berbaring.
Pesakit akan diletakkan dalam keadaan mengiring sebelah badan,ini akan membantu supaya cecair atau apa-apa objek yang terdapat dalam rongga pernafasan akan mengalir keluar mengikut daya graviti.
Pastikan saluran pernafasan dalam keadaan terkawal dan longgarkan apa-apa disekeliling leher anak anda seperti butang mahupun tudung supaya lebih selesa.
5. Beri sokongan dan jadi ibu bapa yang sensitif terhadap perasaan anak.
Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh memahami,terutamanya apabila sudah bersekolah.Terangkan kepada mereka apa yang berlaku supaya mereka menjadi lebih tenang dan faham.
Dalam sesetengah situasi,pesakit juga boleh terbuang air kecil atau besar tanpa disedari,bantulah mereka membersihkannya.
JANGAN BUAT 5 PERKARA INI APABILA ANAK ANDA TERKENA SAWAN:
1. Jangan panik.
Bertenang.Yakin dan fikir dengan tenang apa yang anda ingin lakukan.Jangan cepat cemas,melatah dan PANIK.
2. Jangan pegang atau dakap anak anda dengan terlampau kuat.
Biarkan serangan sawan tersebut berhenti dengan sendirinya dan anda tidak perlu mendakap anak yang sedang sawan dengan kuat dengan harapan kejangan tersebut akan berhenti.
3. Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.
Ramai daripada kita salah faham bahawa kita perlu meletakkan objek keras seperti sudu mahupun kunci (ada juga yang meletakkan jari) bagi mengelakkan pesakit tertelan lidah sendiri.
Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah,juga boleh menyebabkan kepatahan gigi.
4. Jangan berikan makanan atau ubatan sehingga serangan sawan berhenti.
Tunggu dahulu sehingga sawan berhenti dan anak anda sedar sepenuhnya sebelum memberikan makanan,minuman mahupun ubatan.
Ini adalah bagi mengelakkan anak anda tercekik.
5. Jangan lakukan CPR dan resusitasi mulut ke mulut.
Kebiasaannya sawan yang sekejap tidak akan mengancam nyawa dan menyebabkan kematian.
Oleh itu anda tidak perlu panik sampai melakukan CPR,dikhuatiri ini akan menyebabkan kecederaan lain pula kepada anak anda.
SELEPAS SAWAN BERHENTI:
Biarkan anak anda berehat atau tidur selepas sawan.
Sekiranya ini merupakan kali pertama atau anak anda mempunyai jangkitan demam yang menyebabkan serangan sawan,dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital berdekatan.
Sekiranya anak anda kerap kali terkena serangan sawan berulang-ulang dan panjang,doktor anda mungkin akan mengajarkan anda cara-cara menggunakan Rectal Diazepam (dimasukkan ke dalam dubur) ketika sawan.Guna seperti yang telah diarahkan.
PENTING: Dapatkan rawatan doktor jika sawan berterusan melebihi 5 minit.
Sila tekan butang “share” dan kongsi dengan ibu bapa yang lain semoga bermanfaat juga moga kita menjadi ibu bapa yang cakna dan celik ilmu kesihatan demi kesejahteraan keluarga dan si cilik yang kita sayangi.
Sumber: FB Dr.Asmi Syabil
Doktor Kecemasan
Bapa cakna dan prihatin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, beliau memaklumkan ibu tercintanya, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi tadi.
“Dengan penuh rasa duka cita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagle.
“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.
“Jenazah akan dipersiap untuk dikebumikan di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Alfatihah.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah,” tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.
Risaukan bila anak tak dengar cakap. Perkongsian seorang ibu, mengenai sebab anak tidak mendengar cakap ada sebabnya. Ikuti perkongsian puan Wawa Shauqi yang amat bermanfaat.
Ada banyak sebab kenapa anak tak dengar cakap kita. Antara sebabnya:
1. Sebab suara kita tak cukup sedap macam suara kartun yang mereka biasa tonton di TV. Ini biasa berlaku untuk anak yang terlebih pendedahan skrin. Sindrom ni seolah deria auditori anak hyposensitif terhadap bunyi. Dan keadaannya sama macam anak yang ada masalah pekak.
Lepas ni boleh cuba cakap sambil menyanyi soprano macam dalam kartun Frozen tu, ok! Cakap dengan over ya! Nak lawan kesedapan suara kartun la katakan.
.
2. Untuk anak berusia 2 tahun, neocortex mereka yang memproses logik sesuatu alasan belum sempurna terbentuk. Anak belum ada ‘sense’ untuk bezakan buruk dan baik. Segala nasihat kita dibuat nohen oleh anak. Sebut la berkali-kali ‘jangan pukul, jangan sepah’ anak tetap tak boleh ‘apply’.
Pun begitu, teruskan ulang nasihat yang sama berkali-kali. Sebab nasihat berulang-ulang tu akan tersimpan di dalam minda diluar sedar mereka.
Bila usia mereka cecah 4 tahun, baru kita nampak satu demi satu nasihat kita yang dulu mereka akan apply.
.
3. Boleh jadi penggunaan bahasa kita tak berapa tepat. Cuba klik ni, kepada yang belum baca artikel saya. https://www.theproparenting.com/guna-je-7-bahasa-ni-untuk-anak-degil/
4. Mungkin kerana anak tak jelas apa yang nak kena buat. Boleh jadi sebab kita tak spesifikkan pilihan alternatif. Boleh jadi juga sebab kita tak modelkan perbuatan pada anak.
95% ibu bapa meletakkan ‘kindness’ sebagai prioriti dalam mendidik anak. Tapi tak sampai 80% anak-anak yang merasakan ibu bapa sendiri pernah memodelkan ‘kindness’ tersebut.
Ingat kan, Rasulullah sendiri pesan ‘kepimpinan sebenar adalah melalui teladan’.
5. Mungkin sebab kita sendiri tidak menjaga suruhan Allah. Sebelum kita nak marah anak melengah-lengahkan arahan kita, cuba selidik kita ada lengah-lengahkan arahan Allah tak.
Mungkin sebelum memperbetuli anak, kita perlu perbetulkan juga diri kita. Sobs! Myself is insof.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.