Bila sebut kek coklat kukus tentu kita sudah dapat membayangkan betapa moist dan sedap rasanya. Lebih istimewa jika kek tersebut disaluti topping coklat, menyempurnakan lagi rasa dan sekali gus nampak begitu menyelerakan.

Kalau boleh handak juga dicuba untuk menyediakannya sendiri, dapatlah merasa air kek dari air tangan sendiri. Mesti puas hati dan untuk yang pertama kali mencuba apa kata menggunakan resipi yang dikongsikan ini.

Tentunya apabila menggunakan sukatan cawan, lebih mudah untuk sesiapa membuatnya dan paling unik, kek ini juga boleh dikukus menggunakan periuk nasi. Menarik bukna?

Jadi tunggu apa lagi, jom cuba!

Bahan-bahan kek :

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!

1 cawan gula

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

3 biji telur

2 cawan tepung

1 sudu kecil baking powder

IKLAN

1 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 cawan air panas

 

Bahan topping

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu pekat

Sedikit air panas

Cara penyediaan:

IKLAN
  1. Masukkan gula dalam blender bersama dengan serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak masak.

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!

2. Blender semua bahan ini sehingga sebati.

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!

3. Masukkan ke dalam bekas atau loyang dan kemudian masukkan tepung yang telah diayak.

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!

4. Masukkan juga soda bikarbonat dan baking powder.

5. Akhir sekali masukkan air panas. Kacau hingga adunan sebati.

6. Masukkan dalam bekas dan kukus hingga masak.

Pun begitu wanita ini memberi alternatif kepada sesiapa yang tidak mempunyai periuk kukus di rumah juga boleh menyediakan kek ini dengan menggunakan periuk nasi untuk mengukus kek ini dan ini kaedahnya untuk yang ingin mencuba.

IKLAN

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!

  1. Didihkan air dalam rice cooker dan masukkanke dalam pengukus.

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!

  1. Tutup dan Biarkan selama 30-45 minit.

Ini bahagian topping coklat pula

  1. Kecilkan api dapur,masukkan minyak masak.

Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!2. Kemudian masukkan serbuk koko, susu pekat dan sedikit air panas. Kacau sebati.

 

Taraaaa!!! Masyaallah sodap dan lembut yakmattt

Posted by Seera Maheran on Thursday, 7 November 2019

3. Kemudian curahkan ke atas kek tadi sebelum dimakan.

 

sumber : Seera Maheran via MAHN

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI