Pakai Bedak Sejuk Cara Ni, Kalau Nak Muka Jadi Lebih Licin & Jeragat Pudar!

Share

Lain padang lain belalangnya, macam itu jugalah kalau nak cerita bab masalah kulit wanita.  Lebih-lebih lagi bila dah semakin berumur ni.

Dulu masa remaja,  mungkin kulit wajah kita berjerawat dan kini tinggal parut. Lagi sedih bila dah berusia ni ada pula jeragat di wajah.

Jika dah puas mencuba pelbagai cara nak rawatnya,  apa kata cuba petua kecantikan ni pula.  Ianya telah dikongsika  oleh Maria di akaun fbnya.


Semua orang kenal dua benda ni iaitu BEDAK SEJUK dan ASAM JAWA kan.

Tapi sebenarnya banyak khasiat tau untuk kecantikkan kulit. Korang asyik guna scincare ja tapi pernah tak terfikir nak rawat guna bedak sejuk dan asam jawa.

Haa, kita kena juga rawat cara traditional korang. Lagipon bahan dia mudah dah ada tersedia dah haa kat dapur. Save bujet gitu kan.?

Kenapa Kak Mar guna asam jawa sebagai bahan utama.

Khasiat asam jawa merupakan sumber dari antioksidan, flavonoid, vitamin C dan vitamin A, fungsinya untuk mencegah efek buruk dari radikal bebas, manfaat asam jawa juga untuk mencerahkan kulit ,mengurangkan bintik2 hitam dan kesan parut bekas jerawat.

Kalau korang rajin buat in sya Allah parut jerawat dan juga jeragat pudar nanti.

Walaupon simple tapi kalau praktik in sya Allah kulit boleh cantik. Ok Jom tengok setiap pic ada cara penyediaan. 

 

1. Asam jawa dijadikan pes.

2. Campurkan dengan bedak sejuk.

3.  Ratakan di wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dicuci bersih.

Sumber : Maria ismail